Thursday, April 14, 2011

Ireland's Story: 2nd visit; Belfast.

Assalamualaikum peeps!
Aku baru balik dari Asda nia,fuhhh...!
Banyak betul borang fruit juice n buah2an..Sihat kan?
hihi!
:P
ok,korang mesti taknak tahu pun cerita Asda aku.
Takpe aku ade cerita panjang tentang Belfast.
Nak sambung cerita dari Dublin.
:)
Jom,sudi2 kan baca.
^_^
Ohya,yang tertinggal cerita Dublin,klik bawah ni:
Ok,
Setibanya d Belfast,kami pun jalan2 lah kat town dia,g kat City Hall,


IMG_6956
*Sebahagian ahli Jaulah kami :)*
then g kat Queen University.
IMG_7115
Ha,kami picnic kat situ and main orang kampung,mafia,couple and ahli sihir.
Seronok gak main game ni.
Thanks to Anis yang conduct this game.
Alhamdulillah,
ibrah dari game tu is setiap dari kita kena sedar kita masing2 ada peranan sendiri.
So,pandai2lah jalankan peranan masing2.
Sama ada nak pentingkan diri sendiri,
atau melaksanakan tanggungjawab pada orang lain.
Agak 'zass' kot!
Yelah,
kita kadang2 terlalu reserved for ourselves.
Mungkin bukan kita,
tapi diri aku sendiri nia.
Padahal,
kita ada peranan masing2.
Yang bukan hanya untuk memikirkan hanya tentang diri kita,
tapi juga masyarakat sekeliling.
Oh,zass nye!
:')

Ok,dah puas main2 kat taman University tu,
kami dibawa ke rumah Kak Win.
Kak Win ni pakar sakit puan tau.
Salute to her,
dalam kesibukan dia bekerja,dia masih sempat luangkan masa untuk kami,
untuk sharing ngan kami.
:')

Apa yang kami dapat dari Kak Win?
ni tajuknya:
'Generasi Al-Quran yang unik'
Yup,
sangat tersentuh bila dengar sharing ni.
Korang tahu siapa dia generasi al-Quran yang unik?
Meh aku share ape yang aku faham dari sharing ngan Kak Win tu ye..:)
Dakwah Islamiyah telah pun melahirkan satu Al-Quran yang unik,generasi sahabat Rasulullah SAW, Ridhwanullahi alaihim, iaitu suatu generasi yang paling istimewa di dalam sejarah Islam dan di dalam sejarah umat seluruhnya. 
Generasi itu tidak pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu,
walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah
 tetapi tidaklah lahir lagi segolongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu pula, seperti yang telah muncul dan timbul di dalam peringkat pertama dari penghidupan dakwah ini.
:')
Sedihkan bila dengar generasi itu dikatakan hanya muncul pada zaman tu,
tapi,
Al-Quran yang menjadi sumber dakwah ini masih berada bersama-sama kita.
Hadis Rasulullah SAW dan petunjuk-petunjuk daripada perjalanan hidup dan sirahnya yang mulia itu juga masih ada di samping kita, seperti juga kedua-duanya telah ada bersama-sama dengan generasi yang terdahulu itu, tidak jejas oleh perjalanan sejarah dan tidak lapuk oleh perkembangan zaman; hanya diri peribadi Rasulullah SAW sahaja yang telah tiada lagi bersama-sama kita sekarang.
:')
So,
ayuh,
sama2 kita berusaha,
mendalami dan memahami al-Quran serta isinya,
mencontohi sunnah dan akhlak baginda Muhammad SAW
:')


Personally,
aku tersentuh dengan sharing dari Kak Win ni.
Ohya,
dia juga cakap tentang jahiliyah dalam diri kita yan diumpamakan macam chewing gum!
Betul kan,
kalau ada chewing gum melekat kat tapak kasut,
tak selesa kan kita nak bergerak.
Samalah dengan diri kita.
Masih ada khilaf dalam diri,
yang seharusnya perlahan-lahan kita perbaiki
supaya perjalanan kita untuk menjadi hambaNya lancar dan mudah.
Sekali lagi,zass kat diri sendiri!
:')
After sharing kami makan sama2 dan malam tu bermalam d rumah Kak Win.
:)
Esoknya,pagi2 lagi bus yang bawak kami untuk Belfast tour dah datang jemput.
Have nothing much to say but,
SUBHANALLAH
Sangat speechless bila tengok scenery yang sangat2 tak terkat indahnya.
Kiri kanan bukit bukan yang sangat2 luas menghijau,
LAut yang berlayer2 warna biru,hijau, turquoise.
dengan kambing biri2 yang gebu2 belaka!
Ok,
hari tu aku baru tahu yang Ireland juga dikenali sebagai island Sheep.
IMG_7313

:'P
*Jakun!haha!*
First stop kat castle.
Cantik.
IMG_7145


IMG_7168
tapi castle kat Uk ni aku rase lebih kurang je bentuknye.
Heee!
Then perjalanan ke jambatan gantung.
Seriously,
I was amazed and sangat2 tak terkata ape.
IMG_7228

Subhanallah, cantiknya.

Subhanallah,indahnya.
Subhanallah,luasnya.
kalimah2 tu tak lekang d bibir.
:')
IMG_7244
IMG_7257
IMG_7271
IMG_7265
Hijau kan?
Laut sangat luas.
MasyaAllah,
:
:

Fatir [41]
Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumisupaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Dia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.



Then perjalanan diteruskan ke Giant Causeway.
IMG_7275

eh,seronok tau dengar pakcik bus tu bercerita tentang Giants Causeway and sejarah mitos2 ape semua tulah!heee!

Nak tahu?
klik sini:
Giants Causeway


IMG_7414

Batu kat sini semuanya berbentuk hexagon,
IMG_7445
and semua ni bukan cause by human but Allah yang mengizinkan alam membentuk batu2 tu jadi macam tu.
Nak tahu cerita dia klik la link kat atas tu ye?
Siyes best!
:')

Jadi,
inshaAllah,
ni je kot cerita d Belfast.
Ahli jaulah yang membaca,
kalau Nor ade tertinggal mana2 isi,bagitahu ye?
:')
Akhir kalam,
next cerita d Cork.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Sekian dulu dari saya!
*Sopannye!haha!*
Waallahualam.
^_^Eh,you,senyumlah sikit!-->trademark entri2 kat blog ni!hihi~
[^_^.]v
notakaki: Pengalaman adalah sesuatu yang perlu kita rasai sendiri. Terkadang ia sangat2 sukar d gambarkan dengan perkataan. MasyaAllah. :')

Monday, April 11, 2011

Ireland's Story: 1st day, Dublin.

Assalamualaikum peeps!
Alhamdulillah,it's just another beautiful day in spring!
:')


FYI,
on 31st March till 10th April 2011, I was away to Ireland.
Team jaulah kami got 12 people,10 from Canterbury and 2 dari London.
:)
Alhamdulillah,it was a great journey and what I should admit that I've learnt many new things!
Bukan sekadar jalan2 biasa,tapi penuh dengan pengisian dan sharing dari sisters.
Words can't really tell what I feel.
Alhamdulillah,
sungguh,
Dia yang membukakan hati untuk menerima perkara2 baru dan peringatan ni.
:')


So,
lemme start with Dublin story.
Di Dublin,
kami stay d rumah sisters kat sana.
Turun2 flight,dapat sejambak bunga dari sisters Dublin!
Then Che Ain and Nadira terus bawa kami ke rumah diorang.
^_^
Eh eh..i should mention this : Ireland got ramai Doctors and bakal doctors ok! hehe~
Masa stay d rumah sisters, I got to know nama rumah tu is 'Insyirah'
Kat rumah Insyirah,
malam tu we got some activities which were 'Taaruf' and 'Sharing by sisters from Dublin'
:)
ok,
cuba tengok air.
Jernih kan.
Air,
we use it to clean our body,aite?
juga kita guna for wudhuk.
Senang cakap we use air untuk bersuci,bersihkan lahiriah kita.
Sebagaimana air itu kita gunakan untuk bersihkan lahiriah badan kita dari setiap kekotoran,
why not we purify ourselves sejernih and sebening air itu..?
Rambut sama hitam,hati lain2.
Hati kita,
adakah sebersih,sejernih,sebening air yang kita gunakan?
MasyaAllah,
me rasa sangat tersentuh dengan sharing ni.
Air yang Allah ciptakan itu juga boleh menjadi sesuatu buat muhasabah diri.
:')
Bicara tentang hati,
sungguh,
Rasulullah bersabda,
"...Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal darah, sekiranya ia baik maka baiklah seluruh jasad, sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasad, ketahuilah bahawa ia adalah Qalb” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

now,
take your tafsir and check Surah ke 6,starting from ayat 74 till 83.
MasyaAllah,
ada kisah Ibrahim dalam surah ni.
:)
to summarise,
I should say:
Nabi Ibrahim adalah seorang yg banyak berfikir.
He looks everything from different views.
Dia seorang yg berfikir jauh and critical to judge everything that surround his life.
Ok,
me nak share this;
"Pandang-pandang alam ini,sambil pandang difikiri..
Mana bumbung langit tinggi,
mana lantai bumi;
Tiap satu yang terjadi,
tak mungkin tersendiri,
cuba cari jawapan andai meragui"
So,where we can find the answer then?
Check out your Al-Quran,
Allah dah susun cantik2 ayat2 dalam tu
yang menerangkan kejadian alam dan kekuasaan Sang Penciptanya
untuk kita berfikir.
Ok,
jom check Al-Baqarah ayat 117.
ni baru satu,
nak lebih banyak list petikan dari Quran?
klik sini:
Heaven and Earth
Dari kak Fas,
dapat 1 sharing bertajuk:
"Tingkatan Cinta"
Terkadang kita melebih-lebihkan sesuatu,menyayangi sesuatu berlebih-lebihan tanpa kita sedar.
dan itu memang fitrah kita sebagai manusia.
Sedar tak,
kadang-kadang cinta kita pada Allah tu tak sebanyak cinta kita pada ayah ke,ibu ke,adik,abang,kakak,kawan2 atau suami isteri kita.
takpun,cinta pada Facebook tu ha.
Berapa banyak masa kita habiskan menghadap Facebook
and
berapa banyak pula masa kita habiskan untuk baca ayat2 Allah,baca kisah2 nabi dan para sahabat?
Dush2,
sangat terkena pada diri sendiri.
>_<
Jadi,
jom..perlahan-lahan bertatih mengenal Allah melalui al-quran.
Al-quran,
kalau benar kita faham tiap pengertiannya,
is a direct touch from Allah.
Banyak kisah-kisah umat terdahulu dan peringatan2 dari Dia yang boleh diamabil sebagai pengajaran.
:')
We can use Quran to check our level of iman.
Dan sungguh,Quran itu bersifat pemurah.
kenapa?
Sebab,
you'll get what u want from Quran.
Syaratnya,
bercintalah denga Al-Quran,
Fahami ayat2nya,
Kalimah cinta dari Allah S.W.T.
waallahualam.
 ok,
inshaAllah tu yang me dapat semasa di Dublin.
Cerita jalan2 di Dublin?
Moh chek cita naa...
heee!
Kat Dublin,
me n my frens g jenjalan city dia.
g taman,
g picnic,
g makan.
heee!
Ringkas je.
tengok gambar ok?
:)
IMG_6397
We travelled by Ryan Air~:)
IMG_6672
Tulips!In love with Flowers!!^_^

IMG_6763
Dublin City Centre!
IMG_6813
Makan2!^_^

IMG_6817
79 dishes for 7.99 euro,buffet,makan lah banyak2 ok!heee~
^_^

So,
tulah cerita d Dublin.
Cerita lebih panjang,
tunggu next entry d Belfast, inshaAllah.
^_^

notakaki: Subhanallah,indahnya ukhwah! Jazakkillah buat sisters d Dublin,Nor banyak belajar dari kalian..:')

Sunday, April 10, 2011

Quick Update.

Assalamualaikum dear readers!
Awak semua sihat?
Alhamdulillah,kalau boleh online n blogwalking,sihat lah tu kan?
Dudududu~
:P


Papepun,this is just a quick update from me.
Thanks untuk beberapa FB friends yang PM me on FB asking bout my dear bloggie.
Maaf lama tak update,
last update was on 29 March kan2?
Sekarang nih tengah cuti spring,tuan belog nih pon sakan lah bercuti.
Hihi!


P3300007
*Setiap sejarah bermula dengan 1 langkah*


10 days Jaulah kat Ireland, and hari ni baru je sampai Canterbury semula.
InshaAllah will update lagi untuk share cerita sepanjang jaulah d Ireland.
For now aku cuma nak kate:

Jauh perjalanan luas pemandangan.
Sambil memandang zikrullah terkalam.
Subhanallah,
indahnya pengalaman.
Pengalaman itu tarbiyah kehidupan.

Waallahualam.
Ohye,Ireland banyak biri2!
Cecomel semuanya!

:')


notakaki: pandang2 alam ini,sambil pandang difikiri. :)

Tuesday, March 29, 2011

SAD.

Assalamualaikum.
Sorry,aku nak tacing2 sikit kali nih.
P3290184

Walaupun sekarang musim bunga n hati aku berbunga-bunga melihat bunga2 itu,bunga2 itu tak dapat tolong sangat pun bila aku
:
:
:
:
:
-HOMESICK-
Bila rindu,
tu sangat sakit tawu?
Ibu ade dalam video call.
Abah ade dalam skype.
Aku nampak,
Ibu lipat kain baju macam biasa.
Tapi dia sengsorang.
Dah 6 bulan kot aku tak tolong dia lipat kain baju.
Jahatnya aku.
Abah minum kopi cenkudu yang selalu aku bancuhkan dulu.
Bezanya,
dah 6 bulan ni abah bancuh sendiri kopi dia.
Kejamnya aku.
Ok,
Sakit betul rindu ni.
:'(
Bila skype,
Seolahnya mereka ade begitu dekat,bersebelahan aku je.
Hakikatnya?
Nak cuit pipi ibu pun tak boleh.
Nak peluk lengan abah apetah lagi.
Aku rindu sentuhan ibu.
Aku rindu pelukan abah.
Aku rindu ciuman di dahi dari abah dan ibu.
Aku rindu nak berjabat tangan,cium tangan abah ibu meminta restu mereka.
Secanggih-canggih teknologi,
takkan boleh cipta pintu suka hati macam cite Doraemon tuh.
Ok,
I can't do nothing to cure this homesickness.
I can't simply take the flight n fly back to Malaysia.
NObody can actually help me too
but there's 1.
Allah.
Kepada Dia aku mengadu rindu.
Kau telah kurniakan bagiku sebaik-baik abah dan ibu d dunia ini.
Syukur Alhamdulillah.
Aku mohon sungguh2 ya Ilahi,
Moga Kau lindungi abah ibu dan keluarga ku,mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi aku dari saatnya aku lahir hingga sekarang ini.
:')
P3290151

notakaki: Syukur ada kawan2 yang support dari belakang,kita sama2 jauh dari family..:')

Saturday, March 26, 2011

Cerita March lagi.

Assalamualaikum readers!
Yosh!
Last time me update blog was 19th March,that was a week ago aite?
Well,
as I mentioned kat my previous post, March adelah busiest month ever for me and my colleague too!
Gosh!
Assignments!
Presentations!
Micro-teaching!
Drama!
Zapin for Malaysian day!
Fuhhhhh!
Lega dah sekarang nia!
Walaupun still ade portfolios n assignments yang kena hantar on this April.
Atleast dah kurang sikit kerja ni.
>___<
Ni update2 belog sambil makan Maggie goreng.
Teringin~Dudududu...Tetiba je cite pasal maggie lak.
:P
ok,

Yang nak tengok gambar2 event,p tengok my FB yeh.
:P
ohye,
Klik sini kalau nak tengok my drama:
Blah Blah Blah
Sesungguhnya tidaklah senang menjadi seorang assistant director,merangkap orang yang uruskan props, yang juga seorang pelakon,seterusnya choreographer yang takdelah bertauliah sangat~
:P

hukhuk!
Lucky me kawan2 sekelas tu semuanya berbakat and without too much words diorang boleh buat.
Thanks to all!
:')
Dah habis drama,ade pulak Malaysian Fest.
Masak2.
Rumah aku buat karipap.

Menari.
Zapin.

Ok,
Done jugak!
Paling tak boleh lupa kuih buah Melaka.
and badak berendam.

Sedap!
Thanks seniors!
Ohmy,seriously masa event tu aku rindu giler Malaysia!
:'(
Nak2 balik2 je dari Uni,aku tengok warga Parham Road sibuk angkut barang2 depa pakat balik kampung semua!
*FYI,Parham Road tu student's village untuk CCCU's students*
Grrrr...!
Aku nak balik jugak tawu?
T___T


Ok,ekcelli kitorang dah start cuti sebulan nia..
Easter break.
Spring break.
Entahla ape nama cuti ni.
Janji yang aku tahu Spring is here!
Yeaaay!!
Dah boleh la pakai baju bunga2,
takyah pakai coat or jacket tetebal lagi.
:'D

Urm2!
InshaAllah akan ke spring camp d Ireland and berjaulah seminggu d sana.
:')
Then,
nak jenjalan kat London kot.
Pape pun,
semoga cuti ni di isi dengan sempurna.
[Amboi,ayat!hik2!!:P]

Maka,itulah saja report untuk bulan March d Canterbury ini ye.
Till then,
Cuddles and smooches!

From Canterbury with love...


Hey You!Senyumlah sikit!!!
[^________^.]v


notakaki: tak pernah jemu merindui Malaysia tercinta!:')

Saturday, March 19, 2011

On the brightside

Assalamualaikum and good day peeps!
Subhanallah,hari ni cuaca sangat cantik.
As my meja is facing the window,I can see cotton clouds moving,birds fly and sing happily,the sky is very2 blue and plus3,the sun shines and touches my face!
Wah...rasa segar je!
:P
Well,as I beryoutubing *is the such word??haha!*
terjumpalah this 1 song by NeverShoutNever
It's a nice song!
The lyrics too!
Best!
It can motivate people though!
Tajuk pun sedap:
Yollz can click on the title to listen to the song on Youtube ok?
:)
*Ok,izit sounded as if me promoting this band??lol!btw,indeed,i'm a good promoter duhh~:P*
So,let's go through the lyrics ya:
:
Again,click on the title to look for the lyrics!
ehe!
:P
Well,what to conclude?
yollz perasan tak I've highlighted serangkap lyric dalam lagu ni?

You're only as tall
As your heart will let you be
And you're only as small
As the world will make you seem
And when the going gets rough 
And you feel like you may fall
Just look on the bright side
You're roughly six feet tall

Ha,me likey this part!
Whenever u feel u can't do it,or u feel u're not good enough,
It's all OKAY!
Ya,I mean,it's ok lah.
Just look on the brightside, you roughly six feet tall.
Well,we're imperfectly perfect aite??
^_^
Just be happy being yourself,ok?
Indeed,
everything happens for reason aite?
and
last but not least,
Live this life to the fullest!
and
"Never let anything breaks your spirit"(SyamKamarul,2008)
Yeay!
^_^
till then,
cuddles and smooches!
Hey You!
Senyumlah sikit!
[^_^.]v

notakaki:
When it seems everything goes wrong,try to look from the beginning and find where's the reason..:') 

Thursday, March 10, 2011

March.

Assalamualaikum readers!
Konnichiwa anyo!
Harap korang baik2 aje ok?
:')

Aku rasakan,
aku ngan kawan2 cohort aku la paling busy bulan 3,4,5 nih!
*I mean it! :'P*

Well,
assignments as usual!
Duhh!
I bet you guys dah read my short notes on d side bar of miss bloggie ni..
:P
So,
March thingy:
Language Awareness 9 March -checked!
ICT presentation 15 March- checked!
Language Development presentation 17 March-checked!
Drama presentation 23 March- Checked!
Owkey!
Takyah list pepanjang,
Migrain karang!
=.=

Like siyesly,
dengan Micro teachingnya lagi,
Fengsan you!
:'P
So,
sape kata senang nak jadik cikgu ni?
Sape kate?
Sapeeee??
:P
Nak mengajar pun kena ikut methodology yang betul tawu.
Eliciting lah,
correcting students lah,
tu la,ni la..
Adoi!
But never mind,
Best la jugak sebenarnye!
*Ikhlas ni tau!*:')
Pastu2,
drama kitorang 23 March.
Penat gak la nak berlatih.
Even though aku cuma Assistant Director,
penat jugak asyik terpekik,terlolong kata
"cut,semula boleh?!"
Ok,tipu.
Aku takde la garang sangat jerit camtu.
dududu~
Tapi,ilang gak suara ni bila nak betulkan mana2 part time latihan drama.
Nasib baik kawan2 kelas aku cepat belajar and pelakon yang hebat2 semuanya.
Senang je kerja ngan diorang~
:')
Btw,
there are friends asking about the weather here.
Well,
I should say that Spring is coming!
Hoyeh!
:')
~Ni daffodils kat CCCU~
The temperature now is between 3,4 to 10 degree.
It just nice!
Tak panas sangat,
tak sejuk sangat,
Ok2 je la tu.
Cumanya,
When the wind blows,
oh,
itu adalah saat yang tidak nice ye.
Gigil~Gigil~Gigil jugak..
:'P
Ok,I'm in love with this shirt!
Superman!
Ehe!
Peace yo!

Till then,
cuddles and smooches!

Hey you!!
Senyumlah sikit!
[^_^.]V

notakaki:
Sesibuk mana pun kita,jangan sampai terlupa mencari masa yang ada untuk mendekatkan diri pada Nya..:')

Wednesday, March 9, 2011

Resepi: Mashed Potato..Kentang Putar

Assalamualaikum readers!
Anda teringin kentang putar?
yang ala-ala Kepsi tuh?
Jom,try resepi ni!
Aku dah berjaya buat!
Ngeeeee~
[^_^.]v

All you need is: 
For mashed potato:
10 biji kentang [potong kiub ya!:)]
1 tsp black pepper powder
1/2 cup fresh milk
salt [secukup rasa~:)]

For the sauce:
650ml water
5 tbsp chicken stock [I used 2 cube brand Maggi~:)]
1 bawang besar dicincang yep.
1 batang saderi cincang [tak letak pon boleh..]
40 gm butter
20gm flour
1 tbsp tomato sauce
1 tbsp oyster sauce
black pepper powder
kicap pekat
garam

Cara-caranye:
1.
Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..........
:')

2.
Rebus kentang dgn sedikit garam sampai empuk.

3.
Toskan air, mashkan bagi hancur yep!

4.
On your hand mixer, putar kentang sampai smooth.
:)
5.
Sambil putar,masuklah pula susu,garam dan juga black pepper ye akak2 abang2 sekalian.

6.
Siap!
^_^

Untuk sos pula:
1.
Bismillahirahmanirrahim dulu ya!
:)


2.
Masak air dengan stok ayam,saderi and bawang besar. Renihkan dalam 10 minit camtu,pastu tapis,ambil 'air rebusan' je ye?
:)

3.
Cairkan mentega and masukkan pula tepung. Kacau atas api sederhana sampai tak lekat pada tepi periuk.

4.
Tuang sikit2 air rebusan tadi. Sambil kacau2 tau,supaya tak bergentel.

5.
Masukkan sos tomato and oyster and beberapa titik kicap pekat. Actually kicap nih untuk bagi warna je kat kuah tu.
6.
Jangan lupa masukkan garam and lada hitam.


7.
Masak sampai pekat.
Ikut korang lah suka pekat camne kan.

Ha...Siap pun!
Alhamdulillah.

Jadi dah mashed potato kita ye!
^_^

Selamat mencuba!!
Till then,
cuddles and smooches!


Hey you!
Senyumla sikit!!^^


notakaki:
minggu ni tak dapat buat kek baru sebab sibuk dengan kelas,latihan drama,and assignment!!
Tapi takpelah,sabar itu iman...:')

Saturday, March 5, 2011

E-Diary!

Assalamualaikum readers!
Hak bersuara,
Kitakan 1 Malaysia.
*Entri takde kena mengena dengan slogan tu pun*
Isu emo,marah,gaduh,tulis shout out/ status kat FB.

Ala2 E-Diary lah FB ni kan?
:P
Ada orang cakap: 
"Tak suka la emo2 tunjuk kat FB, kecoh je,cakap baik2 sudah"
Ade pula kata:
Burok la gitu,semua orang tahu kang korang gaduh.
Ade yang bagitahu:
Bio kan aje le,FB dia.
Ade pula berpendapat:
Ala,FB kan public. Ko taknak baca dia emo2,ko hide lah dia dari home.
Ade yang kate:
Camtu pon nak bagitahu ke??
Ok
Sekarang
Aku nak share ape yang aku rasa: 
FB memang tak  dicipta as E-diary.
Ia dicipta untuk KOMUNIKASI.
nama pun social website.
tapi
nak buat macam mana.
Everyone seems love to share ape yang diorang buat,rasa,hadapi kat FB tu.
Well,
Sukala hati orang tu nak emo kat mana pun.
As long as dia tak mention any name,
or memburukkan orang.
Kan??
Dia punya FB kot.
Biar la.
Yang duk kata gtu,last2 dia pun buat status emo.
Aku rasa cam...
pffffftt...!
=.=
So,peeps,
takyahla korang sibuk2 bila orang tu share ape yang dia buat ari tu, or kot la diorang tunjuk 'keEMOan' mereka kat FB tuh.
Last2 korang pun buat jugak.
contoh status FB yang pernah aku jumpa:
"Aku bengang lah bila orang buat FB ni macam diary diorang"
Lagi satu yang aku ingat;

"Hey friends,FB is not your diary. Hari ni saje aku penat tengok home yang penuh dengan luahan perasaan"


Lah,yang korang duk tulis tu bukan luahan rasa or diary korang ke?
O.o"
Jeng jeng jeng!!!
:
:
:
:
:
:
:
Well,nowadays it seems that FB is all-time favourite diary for everyone aite?
Bila....
Saket perot tulis kat FB.
Aku la tu.
Hari hujan update kat FB.
Aku lagi.
Dapat elaun tulis kat FB.
Pernah kot update gini!
:P
Pergi dating bagitahu FB jugak.
Oh,aku tak pernah g dating lagi setakat ni
:')

Rasa gembira share kat FB.
Aku juge.
Tengah masak sempat tulis kat FB.
haha,selalu aku buat.

Assignment banyak ngadu kat FB.
Aku lagi.
Nak tidur pun sempat lagi tulis d FB.
Aku juga.
Baru bangun pun terus buka FB.
Aku la tu,nak say morning!:P
Korang ada tak wat gini?

Ada tak?
Ada tak?
Dudududududu~
Pucuk pangkal,
FB lah diary kita zaman sekarang.

and
FB juga adalah
The bestest place to pass "the messages" to people yang susah nak paham.
Dah termasuk isu lain dah ni.
Ala2 topic :
Sindir menyindir,Sentap hati maknak!:P
So kalau ada yang terasa pedas pahit masin,
al mintak maaf lah.
Ok,aku terbaca ni.Jom refleks balik.

Hadis Anas bin Malik r.a: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling BENCI-MEMBENCI, DENGKI-MENDENGKI dan SINDIR-MENYINDIR. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya."

Cepat2 lah rujuk kat orang tuh,kot la korang ade terbuat salah ke hape ke kan??
and paling penting
don't judge b4 you ask,people!
it makes things getting worse.

Biasalah people *termasuklah aku ok!*,
"Salah orang cepat je nampak.
Buruk orang cepat je perasan.
Salah sendiri?
Pura2 tak mengerti."
Paling worse bila tak sedo2 diri tuh salah,
rasa asyik dia je betul.
Astaghfirullah al azim!
End of topic sindir menyindir.


So peeps,
what's ur opinion on FB?
Izit a really the bestest place to expose yourself?
Your feeling?
Your messages?
Your recent activities?

Well,
frankly speaking
I should say,
Sometimes it's good to share.
Sometimes it's bad.
Sometimes nobody even cares.
LOL!
Semua pun depend kat yourself ok.


So,
till then,
cuddles and smooches!
Thanks for reading.
Im just sharing my opinion.
Cheers!
:)
Hey you!!
Senyum lah sikit...
[^_^.]v


notakaki: Ciri2 orang beriman ialah mereka yang memaafkan :')
Ohya,status aku kat FB baru2 ni :
Alangkah indahnya dunia bila semua orang bersangka baik.

Ok,memang susah nak bersangka baik,bila syaitan asyik berbisik.
Tapi,tengok tu,still nak salahkan syaitan,padahal penyakit hati sendiri kot bila bersangka buruk.
Hati kita yang tak bersih.
So,jom,sama2 renung2kan,sambil berusaha bersihkan hati.
May Allah bless setiap niat baik kita.
:')