Thursday, August 11, 2011

Recipe : Apam Gula Hangus.

Assalamualaikum!
dah 11 Ramadhan kan?
Alhamdulillah!
^_^
Petang2 macam ni,
juadah berbuka mesti dah siap kan kat dapur tu?
Hari ni Nopa n ibu masak Soto Johor.
Korang makan apa nanti?
:)
Okok,
Macam biasa
saje nak share resepi nia.
Semalam buat Apam Gula Hangus.
First time buat,
teruja sebab menjadi,
Alhamdulillah!
;)
 So,
kalau berminat nak try,
cepat2 amik pen dan kertas salin resepi ni ya?
Bahan2 untuk buat apam ni senang sangat tau!
^_^



Bahan-bahannya:

1 cawan gula pasir
1 cawan air
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara:
Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim,
jom buat gula hangus/caramel dulu ye:

Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air panas.kemudian sejukkan
Next,
sediakan blender ya?

Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit.
Then,

Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
p/s:Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Ni yang Nopa buat semalam:
Gebu..hihi!
^_^




Ok,sekian saje entri hari ni.
^_^
selamat mencuba.
Dah cuba nanti share2 lah sikit~
heee!

Salam Ramadhan!
Semoga Ramadhan kali ini kita tidak rugi..
:'D



Tuesday, August 9, 2011

Recipe : Caramel Pudding.

Assalamualaikum!
Salam Ramadhan!
^_^
Macam mana diary Ramadhan korang?
Pejam celik pejam celik dah 9 Ramadhan kan!
Cepat sangat masa berlalu.
Nopa pun dah sebulan cuti kat Malaysia ni.
Huuu,Dear TIME,please move slower..
:')
Nway,
Lama sangat dah kan tak update my blog ni.
So hari ni macam terajen je nak update.
^_^
Saje nak kongsi resepi nia.
"Pudding Caramel"
Mudah je buat puding ni sebenarnye.
Jom,amik pen and kertas kalau awak2 semua minat nak try ok?
:)

So,
ini bahan2 nya:

1 tin susu cair
1 tin air
5 biji telur
3/4 cawan gula halus
1 t/s esen vanilla

Untuk caramel :

1/2 cawan gula
*Sedikit air

Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim,jom mula masak.
^_^
Kite kena sediakan caramel dia dulu ok?
Jadi,
 Untuk penyediaan caramel,
mudah je..camnia:
1.Masak gula dalam kuali sehingga cair dan bertukar ke warna coklat
[Jangan sampai hangus nanti hangit. pahit rasenye~>.<]
2.kemudian masukkan air panas [sukatan 1/4 cawan camtu] dan kacau sehingga gula cair semula. 
3. Tuang ke dalam loyang yang hendak digunakan. 
4.Panaskan kukusan dan masukkan bekas yang telah diisikan dengan gula hangus.
Ok,biarkan caramel itu.
Now adunan pudding kite.
5.Pukulkan telor + gula + esen vanilla (supaya gula hancur). Jangan pukul dengan kuat atau sehingga telor berbuih ye sebab nanti puding akan berlubang lubang,dah tak santek.
6. Lastly tuangkan susu dan air dan kacau bagi sebati. Tuang dalam loyang yang berisi caramel tadi. Kukus dalam 20 - 30min.
7.Sejukkan ya!:)

Gambar pudding Nopa buat.
Sempat snap 1 je nia:

Tak elok sangat rupenye pon!
Sebab terganas time keluarkan dari loyang.
ehe!
^_^"
Selamat mencuba!

Salam Ramadhan kawan2!
Semoga Ramadhan tahun ini kita tidak rugi.
:')

Tuesday, July 19, 2011

Mencari Soleh Solehah

Assalamualaikum!
Sobahalkhair!
!صَبَاحَ الخَيْرِ
Selamat pagi!
Good morning!
Zhao shang hao!
Kepagian!
Ohayo gozaimasu!
Bonjour!
Hihi!
Semangat pulak belajar macam2 bahasa pepagi hari ni!
:P
Anyway, Nopa nak share Surah an-Nur,ayat 26 yang sangat fofular gitu kan.


Allah S.W.T berfirman.maksudnya, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


Woot!
Indah ayat cinta Allah ni kan.
:')
Boleh tak kalau Nopa simpulkan jadi macam ni:
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah.
Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal.
Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..
kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.
Sama2 perbaiki diri,minta pada Allah.
Dia mengetahui,sedang kita tidak mengetahui bukan? [2:216]
:)
InsyaAllah..
Sorry ek kalau ayat kat atas ni berbelit sikit,nak bersastera kononnya!
Hihi
:P
Nopa penah tanye pada ibu,
macam mana nak tahu yang dia tu orangnya.
Jawab ibu,
"Istikharah"
dan Istikharah itu bukan buat hanya sekali,niat bukan hanya kerana semata cinta pada manusia,
tapi
semoga pilihan itu pilihan dari Dia,
yang akhirnya penuh dengan cerita bahagia.
Kalau pun bergaduh,bersengketa,jangan lama2.
Anggap saje itu asam garam hidup.
Pelbagai perasa,semoga tak tawar rasanya.
Cantiknya Hawa bukan untuk semua,
tapi untuk yang teristimewa.
Inilah kisah dalam redhaNya.
WaAllahualam.
Itu pesan ibu.
:')
Lagi,
Nor ade dengar tentang istikharah ni.
Jawapan untuk Istikharah tidak semestinya dalam mimpi saje.
Ade ustaz cakap,
Boleh jadi petanda tu datang dalam bentuk detikan hati yang sangat kuat mengatakan dia orangnya.
Tapi,untuk dapat detikan hati tu,
hati kena la bersih dulu kan?
:')
Lepas tu,
cuba tengok orang sekeliling.
Asyik sebut2 tak nama orang tu?
Bila sampai tibanya waktu,
jodoh dari Allah tu senang je jalanNya.
Sebab,datang dari Allah kan?
:')
Ustaz tu cakap,jangan pening2,sedih2 bila putus cinta.
Jangan nak salahkan sesiapa.
Dah memang itu bukan jodoh kita.
Allah dah rancang yang terbaik untuk hamba2Nya.
Yang penting
SOD BA RO.
Sabar.
Sabar tu payah tapi manis hujungnya.
Ni sekadar perkongsian dari talk yang pernah Nopa dengar.
Sorry sebab tak ingat nama ustaz tu.
My bad.


Ok,
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa ALLAH ciptakan untuk kamu (kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu perasaan mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). (al-Rum, ayat 21)
OkOk,
kenapa Nopa bagi surah di atas?
andai betul orang tu jodoh kita,
kita pasti rasa senang dengannya.
Allah dah sebut dalam Al-Quran kan.
:)


Sedang Adam kesunyian dalam syurga,
Allah ciptakan Hawa untuknya,
Dari rusuk kiri Adam.
Bukan dari kepala untuk dijunjung tinggi.
Bukan pula dari kaki untuk dijadi alas berdiri.
Tetapi dari rusuk kiri yang letaknya dekat dengan hati.
Untuk disayangi.
Dekat dengan tangan untuk dilindungi.
Hawa,
jagalah diri untuk Adam kamu.
:')
WaAllahualam~
notakaki: Sudikah kau menjadi insan yang mengimamkan solatku,yg halal membatalkan wudhuk ku ;)

Friday, July 15, 2011

Panasnya!

Assalamualaikum!!
How are you guys?
Sihatkah anda?
Sakitkah anda?
Eh2,kalau sakit takyah nak online2,p berehat kan lagi elok ;)
Ok2,
Nopa saje nak share 1 cerita yang d ceritakan oleh Hilal Asyraf.
Menarik ceritanya tau.
So,kalau minat nak baca,meh ler baca.
Tak panjang pun ceritanya.
Ceritanya macam ni:
Hari ini saya teringat lawak seorang sahabat saya ketika panas terik di Perlis dahulu.

"Panas hari ini," keluh sahabat saya.

"Kalau panas dunia pun tak tahan, macam mana nak tahan panas neraka nanti?" Saya jawab.

Sahabat saya memandang saya dengan pandangan hairan.
"Buat apa nak berlatih tahan panas api neraka? Kita kan nak masuk syurga? Pelik enta ni."

Tersenyum Nopa bace cerita ni.
Kena batang hidung youu!
hihi!
Kita terbiasa jawab "Ni baru panas dunia,panas neraka ape tah lagi"
Matlamat kita Jannah Dia kan?
Jom,sama2 perbaiki amal untuk melayakkan diri d syurgaNya1
:')
"Berlumba-lumbalah membuat kebajikan"~[Al-Maidah:48]

Kita kan mahu kejar syurga Dia?
MashaAllah...zass sungguh cerita ni!
:')
Ramadhan sangat la around d corner.
Tak sabar nak bertarawih!
Moga kita sempat bertemu Ramadhan tahun ini!
:')

Sekian dulu update Nopa.
Notakaki:Sedang menikmati masa2 cuti bersama keluarga :'D


Thursday, June 30, 2011

Makan untuk hidup kan?

Assalamualaikum kawan2!
Anda sihat?
Arakian tersebutlah sebuah kisah di Parham Road,Canterbury.
Barang 52 orang rakyat dari bumi Malaysia duduk menetap,diam di situ.
Kian hari kian mengecil jumlah itu.
Rata-rata hampir 3 per 4 dari kami telah kembali ke tanah tumpahnya darah,Malaysia tercinta.
Semakin hari semakin sunyi.
Yang tinggal pula sedang sibuk berpindah randah.
Memasuki tahun kedua,semuanya perlu sendiri.
Moga2 kami selesa di rumah baru nanti.
Adapun kami yang tinggal juga menghitung hari.
Yang dulunya 3 purnama lamanya,kini tinggal hanyalah 3 hari.
Hati girang bila yang pasti waktu itu hampir tiba.
Semoga lancar perjalanan kami nanti.


OkOk..
Nopa stop!
Seronok jugak sekali sekala jadi ala2 penglipur lara gitu kan!
:P
Wooohoo!
1 Julai
2 Julai
3 Julai!
4 Julai terbang balik dah...
InshaAllah,panjang umur sampai la chek kat Malaysia tercinta tu pada 5 Julai jam 130 ptg d LCCT..
:')
Oh oh,
tajuk entri,
"Makan untuk hidup"
Hihi!
Ekcelli,

Nopa nak buat shortlist lah what food I'm gonna eat when I'm back in Malaysia!
dudududu!
Rindu sangat kat makanan Malaysia tawu!
Paling rindu air sirap bandung cincau!
OkOk,
so the list start;
1. Sirap bandung cincau
2.Sirap suam
3.Sirap laici
4.Sirap ais
5. Roti canai kosong,telur,sardin...wuuuuu!
6. Murtabak2!
7.Ikan talapia masak lemak cili api!
8.Ikan keli goreng berlada!
9.Ikan patin masak rebus asam!
10.DURIAN!!
11.Mee rojak!
12.Mee bandung!
13.Nasi lemak sambal udang!
14.Satay
15.Ayam percik
16.Nasi kerabu!
17.Nasi minyak
18.Kuih ni:
favourite,tapi tetiba lupa lak nama dia..=.="
19. Kuih cakoi *betui tak chek eja ni?*
20.Kuih apam,tak kisah lah apam balik ke,polkadot ke..semua nak janji apam!
21.Otak..otak...nak otak...hihi!Otak2!!
22.Kuih cara berlauk
23.Cucur badak
24. Ok,ni epic.Identiti anak jawa ni! :TEMPE GORENG cicah sambal kicap kurang pedas!!
:P
25.Kuih lopis
26. Kuih kasui *betui ke eja?:P*
27.KEROPOK LEKOR!
28.KEPSI a.k.a KFC!
29.McD!double cheese burger...>.<
30. Pisang goreng!!
31.Ikan bakar
32.Ikan siakap 3 rasa!
33.Nasi goreng pataya!
 lagi...
lagi...


lagi..lagi...fuhhh..tak abes la list ni kalau Nopa terus buat!
Ada sape2 nak belanja makan benda ni semua tak?
Pulishhhhhh1
hihi!
:')
OhOh,

Paling penting masakan ibu!
Hebat mane pun kite masak,tak kan sama dengan air tangan ibu.
Ajaibkan air tangan ibu kita?
:')


Sekian dulu update dari caye!
Terus menghitung hari.

Ni gambar masa kami jalan kan Summer project d Sandwich Kent. :)
IMG_2934
IMG_2902
Akhir kata;
Doakan perjalanan kami nanti ya..:')
Dah rindu sangat dengan orang2 d Malaysia.
Yang kat Jakarta tu pun.
Hihi.
:'D
notakaki:
Alang2 berdoa,jangan lupa doa untuk kebaikan semua sebab..Orang muslim yang mendoakan orang lain secara diam-diam, akan disambut malaikat dengan berkata: "Semoga untukmu juga" (HR. Muslim)~^_^ ♥