Monday, April 29, 2013

4.

Empat lepat siku lipat.
Siapa mahu kena cepat.
Cepat-cepat jangan lambat.
Cubalah sampai dapat.
Tak dapat tak mengapa.
Kerana sekurangnya dah mencuba.
Jangan nanti menyesal tak sudah.
Ingat,
Tuhan pun kata,
Siapa mahu dia kena usaha.

Memang jodoh itu rahsia Dia.
Tak ketahuan entah bila akan berjumpa.
Tapi,
Kalau dah suka,
Apa salahnya mencuba.
Jangan nanti terlepas pula.
Gigit jari tengok saja.

Sekian.

Notakaki:

Moga bercinta sampai syurga.
Moga bercinta dengan redhaNya ♥

Salam sayang,
Senyumlah selalu :)

NORFA DON.

Wednesday, April 24, 2013

Orang kata tengah 'in'?

Assalamualaikum,
salam sejahtera salam 1 Malaysia.
Aiceh.
Macam pembaca berita tak?
:P

Ha, sebelum cakap banyak,
Nak bagitahu yang UK sekarang dah masuk musim Springggg!
Alhamdulillah,
Tak sejuk,
Tak panas.
Nyaman sajaaaaaaa.
;D

Cerita Spring kita hupdate lain yea?
Sebab sekarang nak cerita apa yang tengah 'in'.
Ha..,,
Okkay,
Okkay....
Nak share applications yang Nopa rasa,
Ramai orang pun tengah layan application2 ni.
Nopa rasa la.
Kalau kamu tak main or tak layan,
Atau lebih canggih dan Nopa kot yang noob lambat tahu,
Mahap la ye!
;P

4pics 1 word!
Ha...sapa main kat sini?
Sep sikit!
Hihi!
Nopa memang suka words game camni.
So bila main tu memang lekaaaaa jeee.
Best bila dapat the words.
Yang tak bestnya,
4 pics 1 word ni kalau kita tak pass word tu,
Maka stuck lah kita kat situ sajo.
Tension2.

Next,
Wechat.
Mula2 ada sorang kawan Nopa yang suruh install.
Ingat ape benda la kan.
Rupa2nya,
Best juga.
Sebab, bagi orang yang malas taip mesej
pepanjang seperti Nopa ini,
Maka wechat ni bagussss.
Kita ala2 walkie talkie.
Apps ni lebih kurang macam Voxer.
Haa.

Lagi,
Keek!
Mula-mula Nopa ada cakap kat sorang kawan ni,
Malas la nak Keek.
Tapi tengok orang ramai buat and macam best,
Maka,
Ter sign up lah 1 account Keek.
Tulah orang kata,
Orang ada,
Nopa pun mahu juga.
Dudududu.
Syok juga ada Keek.
Boleh record short moment,
Then one day nanti reminisce balik.
Nopa pula counting days nak balik.
Memang syok la record places in Canterbury.
Heee!
;)

Lagi application yang best?
Ha,
Baru ni 'perfect365'
Boleh main mekap2 u ols.
Best.
Maklumlah,
Mekap sendiri tak gheti.
Apps mekap nampak comel pula.
*perasannnnnnnnn*

Ha,
Chuppppp!
Siapa bela 'Pou'?
Nopa belaaaaaa.
Bagi nama dia Poupy sebab gegirl.
Konon nama nak cecomel.
Zzzzz.

Ada apa2 lagi apps yang Nopa tertinggal?
Mohon kawan2 share apps apa yang best ya?
Heee!
;)

Notakaki:
Flawless je guna apps perfect 365 tu.
Kalau hati boleh di flawless kan macam tu punya senang,
Maka ramailah orang yang baik hatinya,
Takde rasa iri, dengki.
Ok, dush3.
Ibu selalu pesan,
Jaga hati,
Moga iman dan hati secantik wajah yang Ilahi beri.
Gitu.

Salam sayang,
.NorfaDon.

Sebarkan salam,
Murahkan senyuman.
;)

Sunday, April 21, 2013

Cantik.

Cantik tu,
Kalau nak difikir-fikirkan,
Memang tersangat ramai orang yang cantik.

Nak mencari pasangan,
Cari yang cantik tu penting juga.
Yelah,
Nak yang sedap mata memandang.
Balik kerja hilang segala beban.

Tapi,
Kalau asyik mencari yang cantik,
Nanti bila dah jumpa yang seorang,
Mata masih meliar.
Memang orang macam ni layaknya kita pulaukan.
Tamak.

Dah jumpa sorang,
Dah serasi,
Dah sama2 susah senang,
Hargai.
Jangan suka-suka kau buang.
Dia cantik,
Dia pilih untuk terima kamu,
Tu pun kamu tak syukur ke?
Dah,
Kamu tu cantik sangat ke nak banding2kan dia?

Well,
Im just saying.
Random writin while having cuppa green tea.
Nice weather today.

Notakaki:
Tulah,
Idea terkadang datang tiba2.
Tengah minum teh, lagi la mencurah.

Salam sayang,
Norfa Don.

Smile.

Smile to the world,
The world will smile back at you.
If they don't,
It is not your fault.
It is them.
Something wrong with their eyes.
So,
Chin up,
Be good,
Smile to people.
To Muslims,
Spread salam too!
;)

Salam with love,
Norfa Don =)

11 weeks countdown. Been in Keukenhof, Holland!

Bismillah, alhamdulillah.
Assalamualaikum buat anda yang sudi singgah.
MashaAllah,
Tuptup,
11 minggu saja tinggal countdown balik Malaysia ni.
Sayu.
Gembira.
Perasaan,
Bercampur baur.
Ibarat rojak yang enak dimakan bersama keluarga.
Begitulah, mungkin.

Anyway,
Nopa nak share some photos taken when I was travelling to Holland with my 4 beautiful sisters Shin, Ipah, Yatt and Syara.
Alhamdulillah,
We had fun,
We had joy,
But we hadn't had season in the sun that time.
Hazy day aje kat Holland.
Bunga tulip yg indah saja yang memujuk hati.

Ada video sebenarnya.
Tapi tak sempat nak edit lagi.
InshaAllah,
Coming soon maybe.
;)

Lagi satu,
Nopa lambat update seminggu sebenarnyaaaaaa!
Takpelah, next post,
InshaAllah,
Cerita tentang Istanbul I'm in love pula.
Till then,

Spread salam and smile!
;)

Notakaki:
Hati2 memilih bunga,
Jangan tertipu pada warnanya;
Hati2 memilih cinta,
Jangan lupa tutun ke syurga...
;)

Salam sayang, senyum selalu... ;)

Friday, April 19, 2013

Cutty Sark.

Assalamualaikum,
Tak jawab dosa kalau jawab sayang =)

Saja Nopa nak share gambar when I was in Greenwich,
Ada lawat satu japal dagang yang besar amat,
Nama dia Cutty Sark.

Cutty Sark ni kawan2,
Kononnya kapal dagang yang diciptakan paling laju lah di zaman tu,
dimiliki oleh John Wills, bertopi putihhhh.

For me,
2 cents opinions la kan.
Kapal dagang ni konon je atas nama berdagang.
Hakikatnya depa omputih2 ni suka datang negara orang, ambil hasil lepas tu dapat nama dan kaya raya.

Cutty Sark ni,
Gunanya untuk bawa teh dari China.
Macam2 lah jenis teh depa bawa dari China,
Omputih kat England ni suka pula minum teh.
Ha,
Sampai sekarang kononnya teh tu culture depa untuk orang2 atasan.
System class and kasta kononnya.
Ladies and gentlemen kononnya.
Zaman dolu2 orag2 kaya England ja mampu beli teh yag depa ambil dari China.

Ada satu perang,
Maaf sebab Nopa lupa namanya,
Tercetus akibat omputih England sekat kapal2 pedagang China untuk datang ke negara mereka.
Yang Nopa pelik bin hairan ibnu al ajaib,
Depa duk sekat pedagang China mari jual teh,
Tapi depa p negara China untuk bawa balik ke England.
Ha...
Nampak tak permainannya kat situ?

Notakaki:
Nopa tak suka penjajah, taoi sekarang ada di negara mereka,
Belajar di negara mereka.
Hurm.
Mungkin,
Mana yng elok kita belajar,
Mana yang tidak k8ta tinggalkan.
Gitu.

Thursday, April 11, 2013

Tiga.

Tiga kata.
Acap kali orang teka,
3 kata itu: saya cinta kamu.
Mudah bunyinya.
Berat maknanya.
Soal hati juga cinta,
Soal rasa juga jiwa.

Jangan main-main ucap cinta.
Main-main,
Nanti sendiri merana.
Padan muka.
Jangan suka-suka kata cinta,
Nanti ada yang luka.
Pedih jiwa.
Mungkin jatuh cinta bagi kau mudah,
Tapi tidak untuk dia.
Sakit,
Dia seorang rasa.

Jadi,
Yang mudah itu,
jangan kau suka-suka selamba ucap 3 kata.
Kalau kau sendiri tak mampu untuk setia.
Jangan kau ucap 3 kata.
Bila mata kau masih liar memandang entah siapa-siapa.
Tamak.

Eh.
Tamat.

:)

Notakaki:
3 kata. Saya suka makan. Noktah.

Monday, April 8, 2013

12 weeks. Still counting.

Assalamualaikum,
Semoga sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah,
Pejam celik makan tidur jejogging sikit ,abis seminggu.
bermakna,
12 minggu lagi la nak balik Malaysia,
InshaAllah..
;)

Oh ya,
Last week I've been quite  busy from 3 April to 7 April.
Sebabnya Nor and Syin off to London.
Konon2 nak mengcover tempat2 yang belum pergi.
Jadi,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Sempat ke tempat2 ini:
1. Westminster (Big Ben, Parliament, London eye..ni datang untuk bergambaq ja...seba before this datang dah malam..ngaaaa)
2. Arsenal (Mohon jealous wahai fans Arsenal seluruh alam)
3. Camden town (ni datang teman Syin cari leather jacket for her ayah,pastu2,terjumpa kedai souvenir London murah2 weyh. Sila datang. Then2, Mohon korang makan ayam 'Bangbang', yang jual tu a china guy from Ipoh,Malaysia. Sedap BAQ HANG! £4/£5 boleh mix apa aje lauk sampai penuh dengan either nasi goreng or mee goreng)
4.M&M world (4 level, colourful, masuk percuma sajaaaaa...mohon singgah. Naik underground berhenti kat station Leicester ya. Boleh singgah China town sekali)
5. Trafalgar square (depan ni je Tourism Malaysia)
6. Buckingham palace
6. Malaysian hall. Ni singgah solat saja. Hihi. (Cara nak p sini, senang saja. Turun2 Bayswater station, terus melintas, lalu depan subway..teruskann perjalanan hingga hujung jalan,nampak boots, turn right, lepas 2 lorong, turn right lagi.jalan sikit,nampak la Jalur Gemilang kita di situ)
7. Papa roti (alang2 lalu nak ke Malaysian hall, singgah laluhhh. Sebiji £2. Sehari £4. 2 bijik ha. Tembam la weyh)

Yang Nopa listkan kat atas tu pergi from 3-4 April camtu.
Then, on 5-7 April me and Syin join a programm called 'Host' program. Ala2 homestay camtuha....
This one kat Wanstead,London.
40 minutes from central london, naik line merah. Central line ;P
Our host, Mr and Mrs Garlick aka John and Pen sangatlah comel malah baik sekali.
First day, for dinner me belajar masak 'Risotto' a type of Italian rice.
Easy mizy.
InshaAllah, Nanti nak try!
Second day,
They brought us to Geenwich! *jejoget*
Tahu tak pasai pa Nor rasa nak jejoget,
Pasai Nor and Syin nak sangat p situ tapi tak sempat.
And Alhamdulillah,
Allah izinkan jugaaaaa.
Feel blessed!
:")
Greenwich ni,
Adalah tempat meridian line yg 0· degree tu.
Haaa.
Cecepat tengok globe please jika kurang jelas.
Nak ke sana, travel by DLR line je.
Ni salah satu system railway underground overground kat London.senang.
Yang penting ada Oyster card.
Gitu.
Gambar maybe tak boleh Nor nak upload semua,
Ada kat my instagram. Lebih mudah di situ.
;)
-norfa90-

Ohya,
InshaAllah 9-10 April Nopa and friends off to Amsterdam pula.
Nak ke Keukenhof, ada taman tulip.
Mohon doa kawan2 supaya cuaca indah,
Langit cemerlang.
Ameen.

Sekian.
Berita dari Canterbury.
Salamm sayang,
Hey..
Senyum selalu!
;)

Notakaki:
Suka travel.
Tengok tempat orang.
Tengok culture orang.
InshaAllah,
Moga bertambah ilmu.
Luas berjalan,
Tambah pengalaman.
Moga Allah redha.
=)

Dua.

Setiap benda tu Allah memang dah ciptakan berdua.
Kalau masih sorang,
Belum berdua,
Jangan bimbang,
Kita serupa.
*eh*
Lagipun,
Nak takut apa lambat berdua?
Bukan kita tak usaha meng'usha',
Cuma Allah kata,
Belum sampai masa.
Nak bimbing diri pun belum sempurna,
Inikan pula bila berdua.
Sabarlah.
Sambil itu, usaha jangan lupa,
Tupun,
Kalau nak berdua...lah.

Notakaki:
Kejar cinta manusia memang tak ke mana.
Kejarlah cinta Tuhan,
Kau pasti tenang bahagia.

Satu.

Hati dia tu cuma satu.
Kalau mahu,
Buat cara mahu.
Jangan buat orang tertunggu-tunggu.
Tak pernah dengar ke,
Penantian suatu penyeksaan?
Jangan seksa hati orang.
Jika tak mahu,
Lepaskan perlahan,
Jelaskan perasaan.

Notakaki:
Nopa konon2 nak cuba2 menulis kembali.
Bermadah puisi degan kata2 puitis.
Kata2 penuh makna.
Bukan kata kosong penuh dusta.
Cewah.

Saturday, March 30, 2013

13 weeks left =)

Bismillah,
Alhamdulillah.
Assalamualaikum!
;)

Another week is coming, so 13 weeks left until Im back in Malaysia, inshaAllah!
*mata bersinar*

Seperti biasa,
Menurut kira-kira by Ipah kakak,
13 minggu tinggal weyh!
Allahurabbi,
Tak sabarnya..
:')

Ohye, just now kami ada sikit makan2,
Meraikan hari ulang tahun Dila and Jega,
Moga yang terindah terbaik tercantik untuk anda berdua.
:P
Dan.....
Juga sempena keberangkatan Kak Aten untuk mengerjakan umrah on 31st March, esok.
Moga Allah permudahkan segala urusan Kak Ten.
:')
Ameen.

Bawah ni gambar makan2 tadi and the cakes.
Seronok,
Makan-makan
*siapa tak suka makan anyway*
;P
Nyanyi-nyanyi lagu childhood paling syok.
Dari lagu 'ola oli ku beri nama',
Ke lagu 'malam yang sepi'
Lagu 3 kupang la,
Lagu bangau oh bangau yang panjang tak abes,
Hihi.
Alhamdulillah,
We were having fun.
;)
*Sankyuuuu Jega, Nisha, Sugee, Nanthini, Ruhan, Dila,Ipah, Kak ten, Min, Syin* I love you all! ♥

Okeng,
Sekian dulu update dari Nopa,
Salam sayang.
Sebarkan salam, senyum selalu.
;)

-Norfa Don-

Notakaki:

Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat buahnya serta bunganya;
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya.
*ehem*
Ustaz Don kata,
Kalau solat yang 5 waku tu pun tak terjaga,
Macam mana la ampa semua nak jaga anak dara orang.
The same juga utk girls.
Acane nak jadi wifey solehah?
;P
Sekian.
Hiks!
;)

Friday, March 29, 2013

Langit Ilahi.

Mendongak,
Melihat awan putih,
Berarak perlahan,
Damai.

Terapung,
laksana gula-gula kapas;
Comelnya awan.

Asyik,
Terleka melihat awan berlalu.
Tenang.

Dengan sendirinya,
Aku tersenyum.

Langit Ilahi,
Selalu mendamaikan hati.

Alhamdulillah.
*Senyum*
:)

Notakaki:

CiptaanNya yang mana tidak mendamaikan hati?
^_^
P/s:
Gambar dari jendela bilik Ipah kakak.

Monday, March 25, 2013

14 minggu. Sedap macam biskut chipsmore.

Bismillah.
Assalamualaikum, tak jawab dosa,
Kalau jawab saaaayang.
*waalaikumussalam*
Ok.
Dah jawab,
Dah sayang.
:P

Well,
Update for this week.
Firstly,
Alhamdulillah.
Nor masih di sini,
Tersenyum.
:)

Adapun,
Mengikut kiraan Ipah kakak,
Arakian kini tinggal hanya 14 minggu saja lagi.
Ku bilang bilang,
Kurang lebih 3 purnama saja lagi.
Masanya akan tiba,
Saat untuk ku kembali ke tanah air ku.
Malaysia yang ku cintai lagi ku sanjungi.
Hak2.
Ayat macam nak masuk pementasan Istana Budaya.

Iya,
inshaAllah,
14 minggu lagi ja ni.
Ya Allah,
Makin tak sabaq nak balik Malaysia nia.
Tomorrow hantar last esaimen.
Then tinggal dissertation and exam.
And...
Malaysia menunggu ku.
*krik krik krik*

Oh,
Dalam kesempatan ini,
Ingin Nopa merakam ucapan
Selamat ulang tahun sayang kepada
Nor Fadhilah Jamaludin serta Jega Divashini.
Happy birthday kesayanganku berdua.
Semoga semakin matang kuat dan bertabah menghadapi hari2 mendatang.

Dan kepada sesiapa saja yg menyambut ulang tahun kelahiran,
pernikahan, atau apa jua yg berkaitan.
Ucapan selamat untuk semua.
Hehe.

Okeng.
Sekian dulu update dari Nor.

Salam sayang,
Senyum selalu!
;)
-Norfa Don-

Notakaki:
Pergi youtube,
Sila layan lagu by Liyani Fizi-Jatuh.
Sedap macam biskut chipsmore baq hg.
Okeng.
Buhbye.
Assalamualaikum.
Panjang umur Nor update lagi.

Wednesday, March 20, 2013

Kira-kira.

Assalamualaikum.
Hi everyone!
*lambai2*
This is a random post,from my favourite coffee house.
;)
Well,
Thinking about going back for good to Malaysia,
I must say that......
I'm quite happy to say that....
I'm extremely super happy that....
Ehem
Ehem
Ehem
15 weeks left!
Until i'm back in Malaysia!
Hihi!
Thanks a bunch,
Jazakillah khair to Ipah kakak
sebab dia yg selalu updatekan how many weeks left.
Heee!
^_^

Balik Malaysia nanti ramai orang Nor nak jumpa.
Ramai.
Rindu.
Kawan2 baru yang kenal through Fb, youtube, instag and twitter punnnn.
Im looking forward to see you all.
InshaAllah.
Akan sampai hari itu.
*Touching*
:'P

So from now on,
Sambil2 sibuk uruskan my final year in UK,
I'll be glad counting the weeks.
Semakin dekat harinya,
Semakin kuat rindu abah ibu.
Aish.
Moga Allah mudahkan my final year.
Moga najah untuk Nopa and semua.
:'D

Oh before that, 19th March,
happy 1st  birthday Ammar Rizqi,
My only nephew buat masa ni.
Hihi.
Nieces ada 2 dah, nephew BARU sorang.
*mohon kakak atau abang baca part ni*

Dan juga,
Happy birthday to Danny,
My group-mate for A and E assignment.
A guy yang tak makan ordinary sweets and choc,
But white choc.
Patutlah putih.
*takde kena mengena*

And,
Happy birthday lah to all March babies.
Hihi.

Here,
Photos from Costa.

Till then,
Salam sayang,
Spread salam and smile!
♥ Norfa Don ♥

Notakaki:

Kita melihat bulan yang sama,
Bezanya kita di lain2 benua.
Aiceh.
Sastera.

I love my Abah, and his name too.
Md Don.
Mr Don.
Cool.
Ok. Random. Bye2.

Wednesday, March 13, 2013

So, buh-bye school!

Assalamualaikum.
Salam alaik!
Apa khabar kawan2?
Norfa harap semua pun sihat2 belaka.
Al maklumlah, Nopa pula baru naik demam.
:')

A short update anyway =)
Siapa ingat yang Nor cerita Nor ada school visit kat London?
Siapa ingat sila angkat tangan!
*so cikgu..angkat2 tangan ni*
;P

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah!
4 hari shool visit di St. Angela Ursuline Technology school dah pun selesai degan jayanya.
Now tinggal nak buat esaimen pula.
Oh,
Bahagianyaaaaa ber-esaimen.
Oh.
*tipu*

Sepanjang di London, kami ditempatkan di Malaysian hall.
Thankies cookies Malaysian hall.
Then2,
Kami juga pergi food hunt.
My favourite places?
Ok,
Lemme make a list :
1. Noodle Oodle. Ke Oodle noodle. Selalu Nopa confius. Tapi, Nopa suka chinese food. Roasted duck. Dimsum soup. Tofu. Awwh men. Terliuq.
;P
2. Papa Roti. Ini sama dengan Roti boy. Memang sama. Hari2 pergi beli, sebijik £2. Bankrup.
3. Malasian hall. Hehe. Nopa hunt for 'paru' je kat sini. Nom2.
4. Pak Awie. Ampun. Not bad tau. Harga pun berpatutan. Malah sedap.
5. Yogland. Ala2 tutti frutti. Nom3.
6. Beriyani kat upton park. Murah,lazat,awesome mosem.

Jadi, terjawab lah kenapa pipi nopa kelihatan berisi hari ke 4. Sila rujuk gambar. Kihkih.
School2 juga. Makan. Makan. Makan. Juga.
Ngaaaa.
;P

Oh.
Ok.
I've told you this is just a short update kan.
So.
Ya.
Till then,
Spread salam and smile to everyone.
Oh, what a beautiful world full with smiles!
;)

Salam sayang,
Norfa =)

Notakaki:
Kalau sedih, tengok langit, ingat Dia selalu dengan kita.
*senyum*
=)

Friday, March 1, 2013

Welcome, March!

Assalamualaikum.
Random update.
So,
From Costa,
I said,
Hello March!
Let's march-ing for success!
InshaAllah,
Another 17 weeks to go.
*Ipah calculated that...hihi*

Salam sayang,
Norfa ;)

Notakaki:
Pray for us! =)

Friday, February 22, 2013

Cerita Sekolah.

Assalamualaikum semua!
Ni hao ma?
Nopa harap semua baik-baik saja ;)
Alhamdulillah,
post yang tertangguh akhirnya dapat Nor buat harini.
Nothing much sebenarnya,
cuma nak cerita tentang my school visit di Barton Court Grammar School dah pun berakhir selepas cukup 5 kali
and
Alhamdulillah, semoga apa yang kami dapat dari sekolah itu bermanfaat untuk kami.
;)
Dan
School visit di UK ni belum berakhir sebenarnya.
Lepas ni,
inshaAllah starting  on the 4th of March 2013,
kami satu batch 51 orang ni akan stay
di Malaysian Hall London pula untuk school visit di London.
InshaAllah seminggu jugalah duduk di situ.
Kami tak lah dihantar 51 orang ke sebuah sekokah saja,
Kami diberikan kumpulan2 kecil seramai 9-10 orang satu sekolah =)

Ramai tanya,
Mengajar ke kat sekolah2 tu?
Tak,
Kami bukan datang untuk mengajar.
Kami datang untuk buat observation untuk lengkapkan assignment kami.
Kena observe the language that the teachers use in the class, effective ke tidak..
Ha...lebih kurang macam tu lah.

Tapi,
Alhamdulillah, diberi peluang juga untuk memperkenalkan budaya Malaysia kita pada anak2 ini.
Seronok juga tegok mereka berminat nak tahu budaya kita,
Seronok lagi bila anak2 ini suka makanan orang kita.
Nasi himpit, serunding jawa. Hehe.
Semoga pengalaman yang kami perolehi ini bermanfaat nanti ;)
Mohon doa kalian ♥

Salam sayang,
Norfa ♥

Notakaki:
Dah senyum harini?
Kalau tak senyum kat orang lain,
Pandang ayah ibu,
Senyum pada mereka.
Heee.
Spread salam and Smile!
;)

Monday, February 11, 2013

Resepi: Oreo butter cake

Assalamualaikum.
Rasa lama tak share resepi kan.
Alhamdulillah, today, I baked a cake for my bulatan gembira aka usrah, circle of souls ;)
Since the cake was a success, so lemme share the recipe for Oreo Butter Cake.
Fyi, me really fancy biscuits, especially Oreo!
So.....
Me has actually altered the recipe
from plain butter cake by adding of course, some oreo biscuits. Tehee.
;P
So, here it is:

A:
250g (1 cup) self raising flour
60g milk powder
250g butter

B:
160g fine sugar OR 200g castor sugar
5 eggs
1ts vanilla essence

And of course half packet oreo!

How?
1. Bismillahirahmanirrahim.
2. Mix 'A' until it turns 'fluffy'. Iye, pukui bagi gebu na.
3. Mix 'B' but not necessary to make fluffy. Just ensure they mixed well.
4. Fold 'A' and 'B' together until they mixed well.
5. Put the mixture into your fav springform/cake tin (make sure you greased the tin with some butter naaa). Layers with Oreo. How much? You decide! Hehe.
6. Sprinkle some oreo on top.
7. Put into the oven or steam. 30 to 35 minutes.
8. Ready to be served!

Good luck!
Love,
Norfa =)
Spread salam and smile!

Sunday, February 10, 2013

Just because...

Just because they always give you support,
Doesn't mean they don't need yours.

Just because they keep smiling,
Doesn't mean they're okay all the time.

Just because they always look positive,
Doesn't mean they don't have feelings.

Just because they always tolerate with you,
Doesn't mean they don't need your toleration and understanding.

Just because they always be there for you,
Doesn't mean they dont need you to.

We seldom appreciate thing that we have,
Until it becomes thing that we had.
*Wet cheeks*

Footnotes:
Whatever happens,
As long as I live,
You shall see this smile.
I promise.
Chin up.
Allah is planning your life,
For you to learn.
Everything will be ok at the end.
If it is not, it is not meeting its end, yet =)
#Notetoself

Love,
Norfa ♥

Saturday, February 2, 2013

Hati itu cuma satu.

Bismillah.
Assalamualaikum!
;)
Tertarik Nopa dengan sebaris kata kata ni..

"Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta".
(Imam Ali bin Abi Talib)

Benar,
Terkadang hati itu terlalu banyak rasa yang menjenguk.
Ada rasa gundah.
Terkadang syak prasangka.
Ada juga dibisik rasa was-was dan tidak percaya.
Sering kita dengar,
'Tak sedap hati'.
Sebenarnya,
Hati itu berada dalam keadaan resah gelisah dan tidak tenang.
Seringkali,
Bila rasa itu datang,
Hati kita seakan tidak 'hadir' ketika solat.
Bacaan tidak didalami ertinya.
Rakaat ke 3 atau masih yang ke 2.
Aish.
Terlalu banyak difikiran.
Terlalu kusut perasaan.
Nah..
Akhirnya,
Solat itu yang sebenarnya menjadi wadah untuk kerehatan,
Tidak memberi kesan.
Tidak memberi ketenangan.
Jangan salahkan Tuhan tidak memberi ketenangan itu.
Sebaliknya,
Tepuk dada, tanyalah iman di dalam hati.
Kita sendiri tidak menghadirkan hati kita untukNya.
Bagaimana Dia ingin bantu kita?
Tenangkan hati.
Dongak ke langit.
Senyumlah.
Allah itu selalu ada.
Tenanglah.
Damaikan hati mu.
Jangan terlalu memikirkan sesuatu yang kamu juga tidak pasti.
Yakinlah,
Yang memegang segala di masa hadapan itu kan Dia.
Setiap rencanaNya pasti yang terbaik untuk kita.
Tenangkanlah hati.
Hati yang ada cuma satu.
Damaikan hati dengan mencari Dia.
Cari Dia dengan solat, Al-Quran, zikrullah.
"Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram" (Ar Ra'd 13: 28)

Notakaki:
Ini juga pesanan untuk diri Nopa.
Kadang2,
I'm such an overthinking person which then dragging me being unhappy.
Aish.
Moga Allah lapangkan hati.
Moga Allah masih sudi memegang dan mendidik hati ini.
Mohon doa kalian.

Salam sayang,
Spread Salam and smile ya!
Me,
Norfa ♥