Saturday, July 31, 2010
Kenapa Mesti Ada Esok??
Wednesday, July 28, 2010
Ways to happiness~
Saturday, July 24, 2010
miNNie in da hOuse yaa!
Friday, July 23, 2010
Kawal marah dan banyakkan Senyum!:)
dia cakap aku tak perNAh marah orang,so camNe nak jadi cam aku....
Kalau ikut cik Nopa punya pendapat:
First of all,
anda kena cari punca kemarahan anda~
step ke 2 adalah...
Fikir2kan.
patut tak anda marah kalau setakat sebab dia terlewat 5 minit or orang yang anda nak marah tu tersalah beli maggi ayam instead of maggi kari yang anda pesan?
padahal orang tu tak tahu pon anda sedang marah dia...
penat jer wat muka monyok sePOsen ngan orang yang tak paham camtu..ngeee~
pikir la cara terbaik untuk beritahu yang anda sedang marahkan dia..
dia dah wat anda terasa hati,geram lagi menyampah kat dia..
ha...bagitahu terang2...
tapi
tapi
tapi
once anda senyum,siyes akan rasa kurang sikit beban marah tu...
Senyum boleh ubah mood kita.Saat kita rasa 'down',try la senyum.:)
Senyum dapat merangsang orang lain untuk turut tersenyum. Orang yang tersenyum boleh mengubah suasana jadi lebih ceria taw!:')
Senyum dapat kurangkan stress ok!~Bila korang stress,muka korang pon kompem monyok semacam je kan.So,bila koang senyum,ilang muka monyok jadi la korang muka yang lebih tenang gitu...^_^
Ok,aku ade terbaca yang senyum boleh turunkan tekanan darah~betul kot??
Senyum merangsang badan keluarkan endorphins [pereda sakit secara neutral]~luper lak mane aku dapat fakta nih~;P
Senyum buat anda nampak muda dan awet muda~Yeahh!sLAlu kiter dengar kan...??:')
Senyum buat anda nampak lebih berkeyakinan ok!Yeahh!:)
Senyum menjadikan anda selalu poSitif!ok,try senyum then pikir benda negatif,ha...takde kan??sebab aku percaya time kite senyum,otak kita akan pikir banda baik2 jer and wat kita yakin yang hidup saat ini baik2 aja dong!:)
Ahaaa..lagu M.Daud Kilau puLAk dah..hik2~
;))
ngeeeee~
Tuesday, July 13, 2010
Mereka Sangat Jahat!
Sunday, July 11, 2010
Syahadah Gadis Ateis by Imran Haaz
"Padat tetapi menarik. Emosi tetapi berintikan dalil. Inilah novel wacana Islami yang jarang-jarang sekali kita temui dalam dunia persuratan tanah air."
-Zaid Akhtar, Novelis Salju Sakinah-
“Membaca kisah Syahadah Gadis Aties membuatkan anda tidak berhenti berfikir. Perbincangan yang berlaku antara Rini dan Nizam membawa pembaca ke dalam pengembaraan minda yang mempesonakan. Rini, seorang gadis yang tersesat jalan dan terpenjara dalam tembok persoalan. Nizam, pemuda yang membawa jawapan dan bukti-bukti kewujudan Tuhan. Beberapa perkara yang tidak pernah saya fikirkan dicetus dan diberikan jawapan dengan analogi yang mudah dan berkesan. Ia benar-benar dramatik.”
- A.Ubaidillah Alias, Novelis Warkah Cinta Berbau Syurga-
“Bukan novel biasa, bukan buku soal jawab agama tipikal. Syahadah Gadis Aties adalah manual bahasa mudah seorang Muslim yang diekstrak dari manual agung, al-Quran. Buku pemantapan akidah yang dipermudahkan cara penyampaian ini adalah bacaan wajib bagi setiap Muslim tanpa mengira umur, kedudukan, pangkat dan tingkatan ilmu.”
-Nur Zarawati binti Mohd Zain, Pengarah Urusan Zaratech Enterprise-
Ha..demikian adalah antara komen dari mereka yang berpengalaman. Norfa nak tunjuk lah novel Norfa:
Taaadaaaa!
Sekian saja untuk hari ni ya...Selamat membaca....(^^,.)
Salam ceria dan salam 1 Malaysia..
Hey kamu!!
Senyumlah sikit!!
(^______________^.)
Tuesday, July 6, 2010
Semalam,hari ini dan esok...
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuat keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu...
Pasti akan damailah hatimu kerana
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia...
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahu
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya..."