Bismillah..
Asingnya negeri ini.
Pawananya indah.
Berarak satu-satu,
seperti gula-gula kapas telahku.
Bayunya pula dingin
sekalipun matahari garang menyinar.
Di bangku besi,
tepi kedai roti,
aku duduk.
Memerhati.
Sendiri,
meneguk kopi,
perlahan.
Asingnya negeri tempat dudukku ini.
Mereka lihatnya semua sama.
Rambut perang,
putih,
kemerahan banyak juga.
Biru anak mata.
Coklat jernih.
Hijau bagai jeli.
Masih,
tidak ku jumpa
kelibat orang seperti di negeri asalku.
Sungguh,
asingnya orang negeri ini.
Sekilas lalu.
sebilangan mata-mata asing itu memandang,
dalam-dalam.
Atas,bawah.
ke atas lagi.
Ekor mata biru dan hijau itu,
entah apa yang diperhati.
Aku ukir seulas senyum,
Berbalas.
Maafkan saya.
Iya?
Itu,
di kepalamu apa?
Tudung kepala.
Senyum.
Itukah,hijab?
Seperti dengarku di kancah-kancah media,
di corong-corong mesin manusia.
Benar.
Boleh ku tahu,
apa dengarmu tentang hijabku?
Senyum.
Itu lambang kerendahan hatimu,
bukan?
kesopanan umatmu,
kecantikan aslimu,
keistimewaanmu wanita,
juga
kehormatan agamamu.
Senyumnya,lebih lebar.
Itu dengarmu?
Senyumnya aku balas.
Iya,
dan aku gembira bertemu mu.
Gadis berhijab di depanku
benar,melambangkan apa dengarku.
Terima kasih, aku juga gembira mendengar beritamu.
Pasti dirimu terasa asing di negeri ku ini,
bukan?
Senyum.
Asing yang ku rasa,
kerana banyaknya beza orang negerimu dengan negeriku.
Ah,
mungkin aku yang asing di negeri ini.
Maafkan aku merasa begitu.
Tidak,
aku faham akan rasamu.
Memang orang sepertimu,
Memang orang sepertimu,
pada sesetengah orang di negeriku
kelihatan asing sekali.
Lebih-lebih lagi dengan itu,
yang di kepalamu.
Ikhlas,
dariku,
kamu cantik dengan hijabmu,
sungguh,
melambangkan cantiknya peribadimu.
Jangan khuatir,
dengarku tentang agamamu,
umatmu kuat.
Dirimu punya Tuhan,
bukan?
Dan aku yakin,
melihatkan dirimu yang terus kuat dengan hijabmu,
dengan kepercayaanmu,
pasti Tuhanmu sayang akan dirimu.
Pasti engkau dibantuNya di negeri ini.
Aku amat berminat dengan agamamu.
Cumanya,
aku masih belajar,
masih mencari.
Maafkan aku banyak berkata,
aku cumanya terasa teruja temui kamu di negeriku.
Senyum.
Benar sekali telahanmu tentang Tuhanku.
Tuhan ku itu Maha Penyayang.
KepadaNya segala pertolongan aku harapkan.
Semoga engkau jumpa apa yang engkau cari.
Kerana dari katamu,
engkau benar tahu tentang Tuhanku.
Senyum.
Semoga kita berjumpa lagi, gadis berhijab.
Senyum lagi.
Dialog itu.
Ku fikir,
dalam.
Kata-kata orang asing itu,
tidak asing bagiku.
Begitulah Tuhanku,
tidak asing bagiku.
Begitulah Tuhanku,
Selagi aku mahu Dia,
Dia akan terus dekat denganku.
Dia akan terus dekat denganku.
Jelas,
kini di benakku.
Orang di negeri ini tidak asing di sini.
Mereka lihatnya hampir sama.
Mereka lihatnya hampir sama.
Mana mungkin,
yang banyak itu asing,
yang banyak itu asing,
yang seorang ini tidak?
Benar,
yang asing itu,
aku.
notakaki:
::ISLAM KEMBALI DAGANG::
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.; "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."
3 comments:
nice one dear..
me likey..
*asing* ;)
somehow, teringat abang yg ber'jenggut' di norway..
dia bilang kita-kita ini
kelakar..
semoga yang indah2 untuk abang
'jenggut' itu..
semoga dia dapat hidayah
dan tidak bilang kita asing lagi
hee ~ ;)
nitey nite dearie =)
mwahxx..
*salam*
allahu akbar...nice story nopa...semoga tuhan menguatkan langkah kita untuk menuju jalan yang diredhai olehnya..amin...:)
Syin:salam Syin dear..:D abg 'jenggut' :D may our presence on that very day made him think more about 'kepelikan' kita and jumpa kefahaman. اَللّهُ knows best what's best for him,iAllah. ;)
Entoy:ilham dariNya,menulis dari pengalaman. IAllah,moga bermanfaat..moga diberi terus kekuatan olehNya:D
Post a Comment