Assalamualaikum.
Ni gambar ibu dan abah Nor.
Sungguh,
Nor rindu mereka.
InshaAllah,
panjang umur lagi 8 bulan plus baru boleh peluk cium abah ibu.
Allahurabbi,
terus kuatkan hati ini ya Allah.
Jika 14 bulan yang dah berlalu ini Nor boleh kuat,
Norfa mohon ya Allah...
8 bulan yang mendatang ini,
moga Kau kuatkan terus hati ku.
:')
:')
Nor yakin kawan2 lain yang menjadi anak perantau juga rindukan ibu ayah mereka.
Norfa doakan agar kalian kuat juga.
Yakin,
Allah akan jagakan mereka.
Ok?
:')
Pujuk hati ni senang,
ingat Allah, semua jadi tenang.
Kerana apa?
Kerana setiap yang berlaku itu
adalah dalam perancangan Allah
dan Allah itu MahaPengasih dan Penyayang.
Ada tarbiyahNya ada pengajaranNya.
DihantarNya kita jauh ini mungkin supaya kita lebih menghargai ibu bapa kita.
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kpd kedua ibu bapanya,
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kpdKu dan kedua ibu bapamu dan ingatlah, kepada Aku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan.

(Luqman: 14)
:')
Jangan malu dikata manja.
Jangan marah dikata anak ibu atau bapa.
Tapi malu kalau tak sempat ucap sayang.
Malu kalau tak pernah2 kirim doa untuk mereka.
Malu kalau yang ditelefon lebih kerap itu bukan mereka.
Sedangkan,
mereka adalah insan yang menjadi keutamaan,
selepas Allah dan Rasullulllah.
Salam sayang.
Doakan Norfa kuat di sini.
Ibu pesan,
'Semangat, semangat, semangat!'
Till then,
jaga iman, jaga amal.
Pesanan untuk diri juga.
:')
No comments:
Post a Comment