Tingtangtingtang dengan Nopa!
Ahemmm! Memandangkan saya belum posting, maka this is how I kill my time. Wink! Jemput cuba resepi Roti Sarang Lebah yang senang baq hang ni ;)
Bahan A:
2 sk yis
2 sb gula
1 cawan air suam
1/4 cawan susu/plain yogurt/2 sb susu pekat
Bahan B:
4 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
Secubit garam
1/2 cawan minyak masak
Cara-caranya:
1. Campurkan bahan A dan tunggu hingga yis berbuih. *jangan lupa panaskan oven dulu okkay? *
2. Dalam bekas untuk menguli, satukan bahan kering dan tuang campuran yis yang dah berbuih. Uli perlahan sambil masukkan minyak masak.
3. Uli sampai kental baq hang. Lembik tak apa, memang macam tu ;)
4. Rehatkan doh hingga naik sekali/dua kali ganda.
5. Tumbuk2, supaya keluar angin.
6. Lumur tangan dengan minyak supaya senang nak bulat2 kan dalam loyang.
7. Sapu kuning telur dan taburkan bijan. Nopa tambah kismis.
8. Bakar 20 minit.
Untuk sos butterscotch:
1 cawan susu cair
1 sb planta
4 sudu gula perang
1. Masak planta + gula perang sampai cair sebati. Masukkan susu cair. Masak hingga pekat dan, Siap! Dah sejuk boleh curah kat roti yang panas2. Sedap!
Selamat mencuba! Nomnomnom!
No comments:
Post a Comment