Saturday, September 17, 2011

Bayar Seringgit layanan pun Seringgit ke?

Assalamualaikum.
Ye,walauku sakit namun ku gagahi jua.
Eceh! :'P
To all friends,
thanks for your concern.
Im doing well here,getting better I guess.
To those yang lost with what craps me talking about,
Sebenarnya almost 2 weeks me tak sihat.
Sampai drip air 2 botol.


blue
Kiri biru!


pink
Kanan pink!
Comel tak?hehe!
:'D
Ok,

seminggu demam berulang,
diarrohea,
muntah2,
sengal2 sendi,
badan lesu.
Mana tak lesu nye,
keluar masuk toilet je seminggu tu.
dengan demamnya lagi.
Sampai kering air dalam badan.
Dehydration.
T_T
And me feel so lucky ada abang yang sangat concern and cepat buat kerja.
Kalau ikut me,
ingatkan sakit biasa je.
Ibu berkali ajak g klinik,tapi me yang cakap 'Takpe,demam biasa je ni.Sakit perut biasa."

Last2 abang paksa g klinik dia,
blood test and urine test reveal yang me dah Dehydration rupanya.
Bukan demam biasa.
:'P
The thing is,
me bukanlah nak cerita banyak about my sakit.
Tapi isu:
"Bayar Seringgit layanan pun Seringgit ke?"

Ok,kawan2 kat fb mesti ade terbaca status me yg cakap:
"Back from hospital and I hate the 'kerek' doctor"
Meh nak share why la me sukahati je cakap doctor tu kerek.
Cerita malam sabtu,jam 9 malam.
Hospital S******

Bilik No 4.
Setelah tunggu lebih sejam.
ye,
lebih sejam.
Doctor garang: Ye,adik sakit ape?
Me: doc,say dah seminggu demam berulang,cirit birit,badan jadi lesu.
Doctor garang: Ok,dah pergi mana2 klinik?
Me: Semalam saya dah pergi KK G****,drip 2 botol air.
Doctor garang: Orang KK cakap ape?
Me: dehydration.
Doctor garang: so now?
Me: Demam lagi doc.Malam tadi shivering.
Doctor garang: So awak nak saya buat ape?
Me: *U doc,or me doc?-.-!* err..tak tahu.
Then kebetulan my big brother called.
Me jawab,and abang suggested me to take blood test n urine test again as masa kat KK tu dah buat but nak confirmkan lagi if me still dehydrate or takut2 ada sakit lain.
Doctor garang: Sekarang macam mana?
Me: Abang suggest untuk buat blood test and urine test. Doctor,apa tanda2 denggi or malaria tu?
*Dalam hati cam bengang sebab dia doctor kot,patut dia la decide nak buat ape,dah la me headache time tu...T_T*
Doctor garang dengan muka tegang : Abang awak tu kerja apa?
*Dah la tak jawab soalan,lepas tu tanya dengan muka straight.*
Me: MA je.
Doctor garang: Ok lah,kita buat ikut ape abang awak nak. Tapi u kena stay wad 3 hari.
Me: what?3 days?Tak boleh dapat result malam ni jugak?
Doctor garang: Makmal tutup malam2 macam ni. Nak cepat boleh,pergilah swasta n IT'S ALL ABOUT MONEY. Awak ade masuk hutan ke nak kena malaria ni?
*Orang risau,n tanya tanda2 je tadi.dah la tak jawab,lepas tu nak sindir2 pulak.Entah2 dia salah dengar. *
Me: Diam.Cuba untuk fikir positive.
tak tahu nak jawab ape dah.
last2 that so kerek DOCTOR tu panggil nurse without saying things to me and kakak nurse bawa me untuk ambil darah.
Then abah ibu decide utnuk take me home,tak yah nak say wad,lagipun boleh je tengok result Monday nanti.
Tapi,doctor tu cakap pada abah:
Itu terpulang kat pesakit,saya tak boleh bagi apa2 keputusan.
The heck!
Memang pesakit ke kena decide nak makan ubat ape,nak kena buat ape bila sakit??
Serius,
doctor tu betul2 uji kesabaran kami. 


Then abah bawa me pergi klinik swasta.
Doctor sangat mesra,
layanan baik.
Peramah and sabar.
Asyik tersenyum and ketawa.
Hilang stress jumpa dotor garang tadi.
Siap bagi kata2 motivasi lagi.
Handsome pulak tu.
:'P
Ubat RM 33.
Bukan SERINGGIT.

Ok,bukan nak kata hospital kerajaan layanan tak bagus.
Mungkin cuma ada seorang dua yang macam tu.
Last2,semua dapat nama.
Well,
harapan untuk jumpa doctor is to seek for remedy.
Bukan kami yang kena buat semua keputusan sendiri.
Tu baru saya yang kena,
saya harap takde la makcik2 or pakcik2 yang tengah sakit2 tiba2 kena kusutkan lagi kepala dengan soalan;
"So,awak nak saya buat apa?"

Kalau doctor dah stress,
pesakit yang tengah sakit lagi la stress.
Kalaupun ada masalah kat luar,
jangan lah bawa sekali masa bertugas.
Serius,
kecewa.
Tak pernah dapat layanan yang tegang,kerek,and stressfull macam tu.
What if your own sister dapat layanan macam tu?
Orang tanya baik2,
dia jawab dengan muka tegang.
Eleh,
kalau senyum bukan kena cukai pon.
Kedekut sangat nak senyum.

Just 20cents words from me.

IMG_5318



notakaki: Doakan me cepat2 get back my energy untuk persiapan mental balik UK nanti ya?:')

Tuesday, September 13, 2011

Cepatnya setahun tu kan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sungguh hati ini berada dalam resah gelisah serta gundah gulana.
Semuanya bagai serba tidak kena.
Ku hitung hitung hari di kalendar,
rupanya kurang lebih seminggu yang berbaki.
Adapun belum puas diri ini melepas rindu pada ayahanda dan bonda,
diri ini harus kuatkan hati,
gagahkan jiwa mengucapkan kata pergi.
InshaAllah,
tanggal 21 September akan terbanglah kembali si dara ini.
Pulang untuk menimba ilmu yang berbaki.
Nun jauh di rantau abang, eh rantau orang.
Bezanya antara benua.
Masanya juga tidaklah sama.



denggg!
takpayah nak sedih sangat.
Padahal happy je jugak sampai UK nanti!
:')
*Sedapkan hati weyh*

Ok2,
hari ni 13 hb kan kan?
Pejam celik,
makan tido,
Kejap je pun dah setahun!
Ye,
Happy 1 year my C2C3 friends!
Tiba2 rasa mak aihhhh....dah setahun dah rupanye kita terbang UK nuhhhhh~
untuk seniors,
happy 2nd years!hehe!
:P
Masa baru kat UK dulu,
kemain lama rasanya tak menyabar nak balik.
Pastu sekarang ni bila dah balik,
aik,
cepatnye la cuti 3 bulan dah nak habis,
next week kena terbang semula.
Oh2,
sungguh,
masa betul2 terbang.
*Direct translate weyh : Time really flies :P*

Dulu kan,
masa mula2 kat UK,
depan kedai pun nak bergambar!
P9180031
haha!
Biaselaaa....
Masih jakun nengok bangunan2 kat sana.

P9190001
Pastu2,
asyik mengadu sejuk.
See,tebal tak pakai?
Padahal baru autumn je time kitorang sampai dulu.
Biaselah,dah biasa berpanas kan~
:'P
Tak perlu rasenye gambar bebanyak,
sebab korang dah tengok betapa banyaknye gambar me kt FB kan~
:P
ok,ada 2 soalan yang selalu di tanya:

1. Macam mana makan?
Ok la,for me,makanan not a big problem.
Kami masak kat sana.
Ye,
kat UK ni la macam2 masakan me cuba.
Kalau duduk kat Malaysia?

Sebulan sekali kot baru try masakan baru.
Sebab kat Malaysia kedai makan bersepah.
Kat sana,
kedai makan banyak,
tapi not Malaysian food lah kan.
Halal food?
Kebab la paling glamour~ :)

Bila dah mengidam sangat makanan Malaysia,
memang touching weyh.
Rasa nak terbang balik je time tu.
yela mana nak cari benda2 ni kat sana:
Sedap weyh!
Nak buat sendiri?
Tah hape rase!
TEMPE tu weyh..TEMPE!
Reti ke nk buat?
Durian,
Kepok lekor..
:')
Takde air sirap la!
Dah la me ni penggemar sirap bandung tegar!
So,kali ni balik memang dah beli siap2 sebotol ibu sirap!
Besar punyeeee!
:'D

2. Pukul berapa ye kat sana?
Ok,jarak masa kami dengan Malaysia is 7 jam.
Tengok,bukan saje jarak kita jauh,masa pun jauh beza!
Tapi di hati dekat kan?
:')


Me ade 2 tahun lagi kat sana.
This 21/9 akan terbang balik ke UK dari LCCT.
Tahun depan,entah balik entahkan tidak.
:')
Ok,cukuplah update ni kot.
Terimalah pantun dua kerat orang dilemma :
"Tuai padi antara masak,
malasnya saya nak packing luggage"

Sekian dulu dari Nopa!
IMG_5320
notakaki:
Alang2 berdoa,jangan lupa doa untuk kebaikan semua sebab..Orang muslim yang mendoakan orang lain secara diam-diam, akan disambut malaikat dengan berkata: "Semoga untukmu juga" (HR. Muslim)~^_^ ♥





Monday, September 5, 2011

Kadang-kadang.

Dalam hidup ini terlalu banyak perkara yang kita tak pernah2 nak sangka.
Tapi,
kita perlu ingat.
Setiap yang berlaku itu adalah atas kehendakNya.
:')

Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.

Untuk uji kita.


Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu

Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada ketetapan DIA di atas sana.

Untuk sedarkan kita.


Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.


Dan


Kadang-kadang,

Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.

Saat Allah jarakkan kita,


lalu timbul rasa RINDU dan MENYESAL.


Itu bukan untuk menghukumi kita.

Tetapi untuk memberi pengajaran.
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih dari yang mahu kita lakukan..
:')
-Nor Fatimah-
IMG_5312

Thursday, August 11, 2011

Recipe : Apam Gula Hangus.

Assalamualaikum!
dah 11 Ramadhan kan?
Alhamdulillah!
^_^
Petang2 macam ni,
juadah berbuka mesti dah siap kan kat dapur tu?
Hari ni Nopa n ibu masak Soto Johor.
Korang makan apa nanti?
:)
Okok,
Macam biasa
saje nak share resepi nia.
Semalam buat Apam Gula Hangus.
First time buat,
teruja sebab menjadi,
Alhamdulillah!
;)
 So,
kalau berminat nak try,
cepat2 amik pen dan kertas salin resepi ni ya?
Bahan2 untuk buat apam ni senang sangat tau!
^_^



Bahan-bahannya:

1 cawan gula pasir
1 cawan air
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara:
Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim,
jom buat gula hangus/caramel dulu ye:

Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air panas.kemudian sejukkan
Next,
sediakan blender ya?

Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit.
Then,

Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
p/s:Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Ni yang Nopa buat semalam:
Gebu..hihi!
^_^




Ok,sekian saje entri hari ni.
^_^
selamat mencuba.
Dah cuba nanti share2 lah sikit~
heee!

Salam Ramadhan!
Semoga Ramadhan kali ini kita tidak rugi..
:'D



Tuesday, August 9, 2011

Recipe : Caramel Pudding.

Assalamualaikum!
Salam Ramadhan!
^_^
Macam mana diary Ramadhan korang?
Pejam celik pejam celik dah 9 Ramadhan kan!
Cepat sangat masa berlalu.
Nopa pun dah sebulan cuti kat Malaysia ni.
Huuu,Dear TIME,please move slower..
:')
Nway,
Lama sangat dah kan tak update my blog ni.
So hari ni macam terajen je nak update.
^_^
Saje nak kongsi resepi nia.
"Pudding Caramel"
Mudah je buat puding ni sebenarnye.
Jom,amik pen and kertas kalau awak2 semua minat nak try ok?
:)

So,
ini bahan2 nya:

1 tin susu cair
1 tin air
5 biji telur
3/4 cawan gula halus
1 t/s esen vanilla

Untuk caramel :

1/2 cawan gula
*Sedikit air

Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim,jom mula masak.
^_^
Kite kena sediakan caramel dia dulu ok?
Jadi,
 Untuk penyediaan caramel,
mudah je..camnia:
1.Masak gula dalam kuali sehingga cair dan bertukar ke warna coklat
[Jangan sampai hangus nanti hangit. pahit rasenye~>.<]
2.kemudian masukkan air panas [sukatan 1/4 cawan camtu] dan kacau sehingga gula cair semula. 
3. Tuang ke dalam loyang yang hendak digunakan. 
4.Panaskan kukusan dan masukkan bekas yang telah diisikan dengan gula hangus.
Ok,biarkan caramel itu.
Now adunan pudding kite.
5.Pukulkan telor + gula + esen vanilla (supaya gula hancur). Jangan pukul dengan kuat atau sehingga telor berbuih ye sebab nanti puding akan berlubang lubang,dah tak santek.
6. Lastly tuangkan susu dan air dan kacau bagi sebati. Tuang dalam loyang yang berisi caramel tadi. Kukus dalam 20 - 30min.
7.Sejukkan ya!:)

Gambar pudding Nopa buat.
Sempat snap 1 je nia:

Tak elok sangat rupenye pon!
Sebab terganas time keluarkan dari loyang.
ehe!
^_^"
Selamat mencuba!

Salam Ramadhan kawan2!
Semoga Ramadhan tahun ini kita tidak rugi.
:')

Tuesday, July 19, 2011

Mencari Soleh Solehah

Assalamualaikum!
Sobahalkhair!
!صَبَاحَ الخَيْرِ
Selamat pagi!
Good morning!
Zhao shang hao!
Kepagian!
Ohayo gozaimasu!
Bonjour!
Hihi!
Semangat pulak belajar macam2 bahasa pepagi hari ni!
:P
Anyway, Nopa nak share Surah an-Nur,ayat 26 yang sangat fofular gitu kan.


Allah S.W.T berfirman.maksudnya, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


Woot!
Indah ayat cinta Allah ni kan.
:')
Boleh tak kalau Nopa simpulkan jadi macam ni:
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah.
Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal.
Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..
kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.
Sama2 perbaiki diri,minta pada Allah.
Dia mengetahui,sedang kita tidak mengetahui bukan? [2:216]
:)
InsyaAllah..
Sorry ek kalau ayat kat atas ni berbelit sikit,nak bersastera kononnya!
Hihi
:P
Nopa penah tanye pada ibu,
macam mana nak tahu yang dia tu orangnya.
Jawab ibu,
"Istikharah"
dan Istikharah itu bukan buat hanya sekali,niat bukan hanya kerana semata cinta pada manusia,
tapi
semoga pilihan itu pilihan dari Dia,
yang akhirnya penuh dengan cerita bahagia.
Kalau pun bergaduh,bersengketa,jangan lama2.
Anggap saje itu asam garam hidup.
Pelbagai perasa,semoga tak tawar rasanya.
Cantiknya Hawa bukan untuk semua,
tapi untuk yang teristimewa.
Inilah kisah dalam redhaNya.
WaAllahualam.
Itu pesan ibu.
:')
Lagi,
Nor ade dengar tentang istikharah ni.
Jawapan untuk Istikharah tidak semestinya dalam mimpi saje.
Ade ustaz cakap,
Boleh jadi petanda tu datang dalam bentuk detikan hati yang sangat kuat mengatakan dia orangnya.
Tapi,untuk dapat detikan hati tu,
hati kena la bersih dulu kan?
:')
Lepas tu,
cuba tengok orang sekeliling.
Asyik sebut2 tak nama orang tu?
Bila sampai tibanya waktu,
jodoh dari Allah tu senang je jalanNya.
Sebab,datang dari Allah kan?
:')
Ustaz tu cakap,jangan pening2,sedih2 bila putus cinta.
Jangan nak salahkan sesiapa.
Dah memang itu bukan jodoh kita.
Allah dah rancang yang terbaik untuk hamba2Nya.
Yang penting
SOD BA RO.
Sabar.
Sabar tu payah tapi manis hujungnya.
Ni sekadar perkongsian dari talk yang pernah Nopa dengar.
Sorry sebab tak ingat nama ustaz tu.
My bad.


Ok,
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa ALLAH ciptakan untuk kamu (kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu perasaan mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). (al-Rum, ayat 21)
OkOk,
kenapa Nopa bagi surah di atas?
andai betul orang tu jodoh kita,
kita pasti rasa senang dengannya.
Allah dah sebut dalam Al-Quran kan.
:)


Sedang Adam kesunyian dalam syurga,
Allah ciptakan Hawa untuknya,
Dari rusuk kiri Adam.
Bukan dari kepala untuk dijunjung tinggi.
Bukan pula dari kaki untuk dijadi alas berdiri.
Tetapi dari rusuk kiri yang letaknya dekat dengan hati.
Untuk disayangi.
Dekat dengan tangan untuk dilindungi.
Hawa,
jagalah diri untuk Adam kamu.
:')
WaAllahualam~
notakaki: Sudikah kau menjadi insan yang mengimamkan solatku,yg halal membatalkan wudhuk ku ;)

Friday, July 15, 2011

Panasnya!

Assalamualaikum!!
How are you guys?
Sihatkah anda?
Sakitkah anda?
Eh2,kalau sakit takyah nak online2,p berehat kan lagi elok ;)
Ok2,
Nopa saje nak share 1 cerita yang d ceritakan oleh Hilal Asyraf.
Menarik ceritanya tau.
So,kalau minat nak baca,meh ler baca.
Tak panjang pun ceritanya.
Ceritanya macam ni:
Hari ini saya teringat lawak seorang sahabat saya ketika panas terik di Perlis dahulu.

"Panas hari ini," keluh sahabat saya.

"Kalau panas dunia pun tak tahan, macam mana nak tahan panas neraka nanti?" Saya jawab.

Sahabat saya memandang saya dengan pandangan hairan.
"Buat apa nak berlatih tahan panas api neraka? Kita kan nak masuk syurga? Pelik enta ni."

Tersenyum Nopa bace cerita ni.
Kena batang hidung youu!
hihi!
Kita terbiasa jawab "Ni baru panas dunia,panas neraka ape tah lagi"
Matlamat kita Jannah Dia kan?
Jom,sama2 perbaiki amal untuk melayakkan diri d syurgaNya1
:')
"Berlumba-lumbalah membuat kebajikan"~[Al-Maidah:48]

Kita kan mahu kejar syurga Dia?
MashaAllah...zass sungguh cerita ni!
:')
Ramadhan sangat la around d corner.
Tak sabar nak bertarawih!
Moga kita sempat bertemu Ramadhan tahun ini!
:')

Sekian dulu update Nopa.
Notakaki:Sedang menikmati masa2 cuti bersama keluarga :'D


Thursday, June 30, 2011

Makan untuk hidup kan?

Assalamualaikum kawan2!
Anda sihat?
Arakian tersebutlah sebuah kisah di Parham Road,Canterbury.
Barang 52 orang rakyat dari bumi Malaysia duduk menetap,diam di situ.
Kian hari kian mengecil jumlah itu.
Rata-rata hampir 3 per 4 dari kami telah kembali ke tanah tumpahnya darah,Malaysia tercinta.
Semakin hari semakin sunyi.
Yang tinggal pula sedang sibuk berpindah randah.
Memasuki tahun kedua,semuanya perlu sendiri.
Moga2 kami selesa di rumah baru nanti.
Adapun kami yang tinggal juga menghitung hari.
Yang dulunya 3 purnama lamanya,kini tinggal hanyalah 3 hari.
Hati girang bila yang pasti waktu itu hampir tiba.
Semoga lancar perjalanan kami nanti.


OkOk..
Nopa stop!
Seronok jugak sekali sekala jadi ala2 penglipur lara gitu kan!
:P
Wooohoo!
1 Julai
2 Julai
3 Julai!
4 Julai terbang balik dah...
InshaAllah,panjang umur sampai la chek kat Malaysia tercinta tu pada 5 Julai jam 130 ptg d LCCT..
:')
Oh oh,
tajuk entri,
"Makan untuk hidup"
Hihi!
Ekcelli,

Nopa nak buat shortlist lah what food I'm gonna eat when I'm back in Malaysia!
dudududu!
Rindu sangat kat makanan Malaysia tawu!
Paling rindu air sirap bandung cincau!
OkOk,
so the list start;
1. Sirap bandung cincau
2.Sirap suam
3.Sirap laici
4.Sirap ais
5. Roti canai kosong,telur,sardin...wuuuuu!
6. Murtabak2!
7.Ikan talapia masak lemak cili api!
8.Ikan keli goreng berlada!
9.Ikan patin masak rebus asam!
10.DURIAN!!
11.Mee rojak!
12.Mee bandung!
13.Nasi lemak sambal udang!
14.Satay
15.Ayam percik
16.Nasi kerabu!
17.Nasi minyak
18.Kuih ni:
favourite,tapi tetiba lupa lak nama dia..=.="
19. Kuih cakoi *betui tak chek eja ni?*
20.Kuih apam,tak kisah lah apam balik ke,polkadot ke..semua nak janji apam!
21.Otak..otak...nak otak...hihi!Otak2!!
22.Kuih cara berlauk
23.Cucur badak
24. Ok,ni epic.Identiti anak jawa ni! :TEMPE GORENG cicah sambal kicap kurang pedas!!
:P
25.Kuih lopis
26. Kuih kasui *betui ke eja?:P*
27.KEROPOK LEKOR!
28.KEPSI a.k.a KFC!
29.McD!double cheese burger...>.<
30. Pisang goreng!!
31.Ikan bakar
32.Ikan siakap 3 rasa!
33.Nasi goreng pataya!
 lagi...
lagi...


lagi..lagi...fuhhh..tak abes la list ni kalau Nopa terus buat!
Ada sape2 nak belanja makan benda ni semua tak?
Pulishhhhhh1
hihi!
:')
OhOh,

Paling penting masakan ibu!
Hebat mane pun kite masak,tak kan sama dengan air tangan ibu.
Ajaibkan air tangan ibu kita?
:')


Sekian dulu update dari caye!
Terus menghitung hari.

Ni gambar masa kami jalan kan Summer project d Sandwich Kent. :)
IMG_2934
IMG_2902
Akhir kata;
Doakan perjalanan kami nanti ya..:')
Dah rindu sangat dengan orang2 d Malaysia.
Yang kat Jakarta tu pun.
Hihi.
:'D
notakaki:
Alang2 berdoa,jangan lupa doa untuk kebaikan semua sebab..Orang muslim yang mendoakan orang lain secara diam-diam, akan disambut malaikat dengan berkata: "Semoga untukmu juga" (HR. Muslim)~^_^ ♥