Ada dua pilihan ketika bertemu cinta, jatuh cinta atau bangun cinta. Untuk kamu, biarkan ku pilih cinta kedua. Bangunlah cinta, supaya cinta kita menjadi istana, tinggi menggapai syurga, bertambah cinta pada Sang Pemberi cinta. Cinta itu, bukan siapa cepat,dia yang dapat. Cinta itu, urusanNya. Ada yang telah lama mencari cinta,namun belum juga bertemu cinta. Ada pula kenal seminggu cuma, namun kini bahagia melayari bahtera. Hormati cinta, moga nanti cinta mu orang lain hormati juga. Bicara cinta, indah namun hakikatnya payah mendefinisi cinta. Sayangi cinta, kerana itu fitrah terindah dari Dia Yang Maha Mencintai kita.
*senyum bahagia*
;)
No comments:
Post a Comment