Monday, April 29, 2013

4.

Empat lepat siku lipat.
Siapa mahu kena cepat.
Cepat-cepat jangan lambat.
Cubalah sampai dapat.
Tak dapat tak mengapa.
Kerana sekurangnya dah mencuba.
Jangan nanti menyesal tak sudah.
Ingat,
Tuhan pun kata,
Siapa mahu dia kena usaha.

Memang jodoh itu rahsia Dia.
Tak ketahuan entah bila akan berjumpa.
Tapi,
Kalau dah suka,
Apa salahnya mencuba.
Jangan nanti terlepas pula.
Gigit jari tengok saja.

Sekian.

Notakaki:

Moga bercinta sampai syurga.
Moga bercinta dengan redhaNya ♥

Salam sayang,
Senyumlah selalu :)

NORFA DON.

Wednesday, April 24, 2013

Orang kata tengah 'in'?

Assalamualaikum,
salam sejahtera salam 1 Malaysia.
Aiceh.
Macam pembaca berita tak?
:P

Ha, sebelum cakap banyak,
Nak bagitahu yang UK sekarang dah masuk musim Springggg!
Alhamdulillah,
Tak sejuk,
Tak panas.
Nyaman sajaaaaaaa.
;D

Cerita Spring kita hupdate lain yea?
Sebab sekarang nak cerita apa yang tengah 'in'.
Ha..,,
Okkay,
Okkay....
Nak share applications yang Nopa rasa,
Ramai orang pun tengah layan application2 ni.
Nopa rasa la.
Kalau kamu tak main or tak layan,
Atau lebih canggih dan Nopa kot yang noob lambat tahu,
Mahap la ye!
;P

4pics 1 word!
Ha...sapa main kat sini?
Sep sikit!
Hihi!
Nopa memang suka words game camni.
So bila main tu memang lekaaaaa jeee.
Best bila dapat the words.
Yang tak bestnya,
4 pics 1 word ni kalau kita tak pass word tu,
Maka stuck lah kita kat situ sajo.
Tension2.

Next,
Wechat.
Mula2 ada sorang kawan Nopa yang suruh install.
Ingat ape benda la kan.
Rupa2nya,
Best juga.
Sebab, bagi orang yang malas taip mesej
pepanjang seperti Nopa ini,
Maka wechat ni bagussss.
Kita ala2 walkie talkie.
Apps ni lebih kurang macam Voxer.
Haa.

Lagi,
Keek!
Mula-mula Nopa ada cakap kat sorang kawan ni,
Malas la nak Keek.
Tapi tengok orang ramai buat and macam best,
Maka,
Ter sign up lah 1 account Keek.
Tulah orang kata,
Orang ada,
Nopa pun mahu juga.
Dudududu.
Syok juga ada Keek.
Boleh record short moment,
Then one day nanti reminisce balik.
Nopa pula counting days nak balik.
Memang syok la record places in Canterbury.
Heee!
;)

Lagi application yang best?
Ha,
Baru ni 'perfect365'
Boleh main mekap2 u ols.
Best.
Maklumlah,
Mekap sendiri tak gheti.
Apps mekap nampak comel pula.
*perasannnnnnnnn*

Ha,
Chuppppp!
Siapa bela 'Pou'?
Nopa belaaaaaa.
Bagi nama dia Poupy sebab gegirl.
Konon nama nak cecomel.
Zzzzz.

Ada apa2 lagi apps yang Nopa tertinggal?
Mohon kawan2 share apps apa yang best ya?
Heee!
;)

Notakaki:
Flawless je guna apps perfect 365 tu.
Kalau hati boleh di flawless kan macam tu punya senang,
Maka ramailah orang yang baik hatinya,
Takde rasa iri, dengki.
Ok, dush3.
Ibu selalu pesan,
Jaga hati,
Moga iman dan hati secantik wajah yang Ilahi beri.
Gitu.

Salam sayang,
.NorfaDon.

Sebarkan salam,
Murahkan senyuman.
;)

Sunday, April 21, 2013

Cantik.

Cantik tu,
Kalau nak difikir-fikirkan,
Memang tersangat ramai orang yang cantik.

Nak mencari pasangan,
Cari yang cantik tu penting juga.
Yelah,
Nak yang sedap mata memandang.
Balik kerja hilang segala beban.

Tapi,
Kalau asyik mencari yang cantik,
Nanti bila dah jumpa yang seorang,
Mata masih meliar.
Memang orang macam ni layaknya kita pulaukan.
Tamak.

Dah jumpa sorang,
Dah serasi,
Dah sama2 susah senang,
Hargai.
Jangan suka-suka kau buang.
Dia cantik,
Dia pilih untuk terima kamu,
Tu pun kamu tak syukur ke?
Dah,
Kamu tu cantik sangat ke nak banding2kan dia?

Well,
Im just saying.
Random writin while having cuppa green tea.
Nice weather today.

Notakaki:
Tulah,
Idea terkadang datang tiba2.
Tengah minum teh, lagi la mencurah.

Salam sayang,
Norfa Don.

Smile.

Smile to the world,
The world will smile back at you.
If they don't,
It is not your fault.
It is them.
Something wrong with their eyes.
So,
Chin up,
Be good,
Smile to people.
To Muslims,
Spread salam too!
;)

Salam with love,
Norfa Don =)

11 weeks countdown. Been in Keukenhof, Holland!

Bismillah, alhamdulillah.
Assalamualaikum buat anda yang sudi singgah.
MashaAllah,
Tuptup,
11 minggu saja tinggal countdown balik Malaysia ni.
Sayu.
Gembira.
Perasaan,
Bercampur baur.
Ibarat rojak yang enak dimakan bersama keluarga.
Begitulah, mungkin.

Anyway,
Nopa nak share some photos taken when I was travelling to Holland with my 4 beautiful sisters Shin, Ipah, Yatt and Syara.
Alhamdulillah,
We had fun,
We had joy,
But we hadn't had season in the sun that time.
Hazy day aje kat Holland.
Bunga tulip yg indah saja yang memujuk hati.

Ada video sebenarnya.
Tapi tak sempat nak edit lagi.
InshaAllah,
Coming soon maybe.
;)

Lagi satu,
Nopa lambat update seminggu sebenarnyaaaaaa!
Takpelah, next post,
InshaAllah,
Cerita tentang Istanbul I'm in love pula.
Till then,

Spread salam and smile!
;)

Notakaki:
Hati2 memilih bunga,
Jangan tertipu pada warnanya;
Hati2 memilih cinta,
Jangan lupa tutun ke syurga...
;)

Salam sayang, senyum selalu... ;)

Friday, April 19, 2013

Cutty Sark.

Assalamualaikum,
Tak jawab dosa kalau jawab sayang =)

Saja Nopa nak share gambar when I was in Greenwich,
Ada lawat satu japal dagang yang besar amat,
Nama dia Cutty Sark.

Cutty Sark ni kawan2,
Kononnya kapal dagang yang diciptakan paling laju lah di zaman tu,
dimiliki oleh John Wills, bertopi putihhhh.

For me,
2 cents opinions la kan.
Kapal dagang ni konon je atas nama berdagang.
Hakikatnya depa omputih2 ni suka datang negara orang, ambil hasil lepas tu dapat nama dan kaya raya.

Cutty Sark ni,
Gunanya untuk bawa teh dari China.
Macam2 lah jenis teh depa bawa dari China,
Omputih kat England ni suka pula minum teh.
Ha,
Sampai sekarang kononnya teh tu culture depa untuk orang2 atasan.
System class and kasta kononnya.
Ladies and gentlemen kononnya.
Zaman dolu2 orag2 kaya England ja mampu beli teh yag depa ambil dari China.

Ada satu perang,
Maaf sebab Nopa lupa namanya,
Tercetus akibat omputih England sekat kapal2 pedagang China untuk datang ke negara mereka.
Yang Nopa pelik bin hairan ibnu al ajaib,
Depa duk sekat pedagang China mari jual teh,
Tapi depa p negara China untuk bawa balik ke England.
Ha...
Nampak tak permainannya kat situ?

Notakaki:
Nopa tak suka penjajah, taoi sekarang ada di negara mereka,
Belajar di negara mereka.
Hurm.
Mungkin,
Mana yng elok kita belajar,
Mana yang tidak k8ta tinggalkan.
Gitu.

Thursday, April 11, 2013

Tiga.

Tiga kata.
Acap kali orang teka,
3 kata itu: saya cinta kamu.
Mudah bunyinya.
Berat maknanya.
Soal hati juga cinta,
Soal rasa juga jiwa.

Jangan main-main ucap cinta.
Main-main,
Nanti sendiri merana.
Padan muka.
Jangan suka-suka kata cinta,
Nanti ada yang luka.
Pedih jiwa.
Mungkin jatuh cinta bagi kau mudah,
Tapi tidak untuk dia.
Sakit,
Dia seorang rasa.

Jadi,
Yang mudah itu,
jangan kau suka-suka selamba ucap 3 kata.
Kalau kau sendiri tak mampu untuk setia.
Jangan kau ucap 3 kata.
Bila mata kau masih liar memandang entah siapa-siapa.
Tamak.

Eh.
Tamat.

:)

Notakaki:
3 kata. Saya suka makan. Noktah.

Monday, April 8, 2013

12 weeks. Still counting.

Assalamualaikum,
Semoga sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah,
Pejam celik makan tidur jejogging sikit ,abis seminggu.
bermakna,
12 minggu lagi la nak balik Malaysia,
InshaAllah..
;)

Oh ya,
Last week I've been quite  busy from 3 April to 7 April.
Sebabnya Nor and Syin off to London.
Konon2 nak mengcover tempat2 yang belum pergi.
Jadi,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Sempat ke tempat2 ini:
1. Westminster (Big Ben, Parliament, London eye..ni datang untuk bergambaq ja...seba before this datang dah malam..ngaaaa)
2. Arsenal (Mohon jealous wahai fans Arsenal seluruh alam)
3. Camden town (ni datang teman Syin cari leather jacket for her ayah,pastu2,terjumpa kedai souvenir London murah2 weyh. Sila datang. Then2, Mohon korang makan ayam 'Bangbang', yang jual tu a china guy from Ipoh,Malaysia. Sedap BAQ HANG! £4/£5 boleh mix apa aje lauk sampai penuh dengan either nasi goreng or mee goreng)
4.M&M world (4 level, colourful, masuk percuma sajaaaaa...mohon singgah. Naik underground berhenti kat station Leicester ya. Boleh singgah China town sekali)
5. Trafalgar square (depan ni je Tourism Malaysia)
6. Buckingham palace
6. Malaysian hall. Ni singgah solat saja. Hihi. (Cara nak p sini, senang saja. Turun2 Bayswater station, terus melintas, lalu depan subway..teruskann perjalanan hingga hujung jalan,nampak boots, turn right, lepas 2 lorong, turn right lagi.jalan sikit,nampak la Jalur Gemilang kita di situ)
7. Papa roti (alang2 lalu nak ke Malaysian hall, singgah laluhhh. Sebiji £2. Sehari £4. 2 bijik ha. Tembam la weyh)

Yang Nopa listkan kat atas tu pergi from 3-4 April camtu.
Then, on 5-7 April me and Syin join a programm called 'Host' program. Ala2 homestay camtuha....
This one kat Wanstead,London.
40 minutes from central london, naik line merah. Central line ;P
Our host, Mr and Mrs Garlick aka John and Pen sangatlah comel malah baik sekali.
First day, for dinner me belajar masak 'Risotto' a type of Italian rice.
Easy mizy.
InshaAllah, Nanti nak try!
Second day,
They brought us to Geenwich! *jejoget*
Tahu tak pasai pa Nor rasa nak jejoget,
Pasai Nor and Syin nak sangat p situ tapi tak sempat.
And Alhamdulillah,
Allah izinkan jugaaaaa.
Feel blessed!
:")
Greenwich ni,
Adalah tempat meridian line yg 0· degree tu.
Haaa.
Cecepat tengok globe please jika kurang jelas.
Nak ke sana, travel by DLR line je.
Ni salah satu system railway underground overground kat London.senang.
Yang penting ada Oyster card.
Gitu.
Gambar maybe tak boleh Nor nak upload semua,
Ada kat my instagram. Lebih mudah di situ.
;)
-norfa90-

Ohya,
InshaAllah 9-10 April Nopa and friends off to Amsterdam pula.
Nak ke Keukenhof, ada taman tulip.
Mohon doa kawan2 supaya cuaca indah,
Langit cemerlang.
Ameen.

Sekian.
Berita dari Canterbury.
Salamm sayang,
Hey..
Senyum selalu!
;)

Notakaki:
Suka travel.
Tengok tempat orang.
Tengok culture orang.
InshaAllah,
Moga bertambah ilmu.
Luas berjalan,
Tambah pengalaman.
Moga Allah redha.
=)

Dua.

Setiap benda tu Allah memang dah ciptakan berdua.
Kalau masih sorang,
Belum berdua,
Jangan bimbang,
Kita serupa.
*eh*
Lagipun,
Nak takut apa lambat berdua?
Bukan kita tak usaha meng'usha',
Cuma Allah kata,
Belum sampai masa.
Nak bimbing diri pun belum sempurna,
Inikan pula bila berdua.
Sabarlah.
Sambil itu, usaha jangan lupa,
Tupun,
Kalau nak berdua...lah.

Notakaki:
Kejar cinta manusia memang tak ke mana.
Kejarlah cinta Tuhan,
Kau pasti tenang bahagia.

Satu.

Hati dia tu cuma satu.
Kalau mahu,
Buat cara mahu.
Jangan buat orang tertunggu-tunggu.
Tak pernah dengar ke,
Penantian suatu penyeksaan?
Jangan seksa hati orang.
Jika tak mahu,
Lepaskan perlahan,
Jelaskan perasaan.

Notakaki:
Nopa konon2 nak cuba2 menulis kembali.
Bermadah puisi degan kata2 puitis.
Kata2 penuh makna.
Bukan kata kosong penuh dusta.
Cewah.