Assalamualaikum,
Tak jawab dosa *eh mungkin tukar sikit*
Tak jawab sombong,
Kalau jawab sayang!
Lols.
Saja.
Sebab,
Penat dengan inbox FB penuh dengan
''Sombong awak sekarang ni"
Cara inbox tu kan,
Macam dah kenal 10 tahun.
Bukan seploh tahun,
Malah belum tentu dah kenal seploh hari.
Rasanya bukan Nor sorang hadapi situasi macam ni.
Ramai lagi gadis2 luar sana lebih hebat kena kot.
Aiceh.
Btw,
About sombong ni.
Well,
Siapa nak balas mesej tu,
Kalau bunyi nya macam ni :
"Hi, online ke tu?"
Which is, obviously tengah online.
Ada pula,
Yang macam sangat 'prihatin' you know,
Like,
"Dah tengah malam pun online?chatting dgn siapa?"
Which is sebenarnya yg online not me tapi setting messengger apps on my phone nia.
Lagipun,
If me tengah online pun,
Suka la hati nak chat dgn siapa.
Ye tak?
Yang lagi kelakar bin lawak,
'Hi, nama siapa?'
Tak berbalas.
5 minit kemudian, orang yang sama,
'Sombongnya la hai.'
Saya?
Senyum je la baca mesej tu.
Macam ni punya pesen,
Kot la kat FB tu Nor guna nama kak ton ke, cik stoberi ke, Nor bukan nama sebenar ke,
Logic la juga soalan tu.
Sorry bebanyak maaf.
Sebab basic questions yang jawapannya ada on FB,
Nor memang jarang nak jawab.
Ada lagi pesen yang camni.
"Hai, pukul berapa kat UK tu?"
Kalau nor jawab google, mesti kurang sopan kan. Kalau jawab, meleret pulak mesej tu nanti.
Jadi baiklah terus tak dijawab.
Lalu seploh minit kemudian dapatlah mesej like this,
'Pergh, sombong.'
"Hai, jadi akak angkat boleh?"
"Hi, nak tak jadi adik angkat?"
"Hi, nak angkat awak boleh?"
*eh*
Huahuahuaaa.
Takpe kottt.
Takyah la angkat2 ni.
Cukuplah kenalan fb sahajo.
Lagipun,
Kita kan memang brothers and sisters in Islam.
Gitu.
Kihkih.
Salah sendiri juga approve orang2 yang tak dikenali.
Tapi mostly for the sake orang tu ada mutual friends degan kawan kita.
Huhu.
Bila nak greet orang,
Kan lebih manis greet dengan "Assalamualaikum".
Kalau hi2 macam tu, bye2 lah jawabnya.
Huuuu.
Bukan taknak balas sebab sombong, tak sudi kawan ke apa.
Tak dibalas sebab bimbang meleret mesej tu.
Assalamualaikum.
Waalaikumussalam.
Apa khabar.
Khabar baik.
Buat apa tu.
Masak.
Masak apa.
Nasi.
Nak sikit.
Tak boleh. Haha.
Orang mana ni?
Johor.
Dah ada boyfriend?
Belum.
Ruginya.
Dah kenapa?
Awak tu cantik. Ke awak yg memilih sgt ni?
Lol. Nampak tak permainan dia kat situ?
Zzzzz.
Dah kalau sepuluh orang jadi macam ni,
24/7 la Nor mengadap FB.
Memanglah,
Selalu dengan my gadjet,
Selalu Nor update instag.
But tak semestinya selalu online tu sebab nak selalu mesej2 macam tu.
Nor mungkin nampak friendly on FB,
Balas komen2 korang.
But not on private mesej macam tu.
Tak selesa.
Sorry.
Norfa taknak timbul ada yg kecik hati bila nanti tiba2 Nor tak sempat balas mesej ke apa.
Lagipun,
Inbox tu bagi Nor untuk tanya benda penting je.
Tanya maklumat about something ke, minta nasihat ke, mita resepi ke.
Kalau setakat 'acah2' nak kenal tu..sorry, i'm not the person.
Ok,
Kalau prinsip yang macam ni dilabel sombong,
Hurm.
Tak tahulah.
Kecil hati saya, tahu?
Janganlah label saya sombong.
:'D
Minta maaf kalau ada yang terasa.
Seriously.
Tak marah, cuma nak bagitahu.
Ok?
Good!
Now,
Senyumlah sikit!
:)
Salam sayang,
Norfa Don.