Dear Allah,
Saturday, October 19, 2013
Happiness is a gift from Allah.
Dear Allah,
Happiness.
Monday, October 14, 2013
Resepi: Puding Biskut
Salam alaik, salam Eid adha!
Rasanya lama Nopa tak kongsi resepi.
Nah, malam raya, try la buat Puding Biskut ni.
Serius mudah baq hangggggg!
Bahan-bahan:
10-12 Keping biskut cream crackers *Nopa guna brand Hup Seng*
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis. Boleh lebihkan atau kurangkan ikut citarasa anda ya.
Caranya:
1. Panaskan pengukus anda.
2. Rendam biskut dengan air suam. Dah lembut, tapis,buang airnya. Ambil biskut saja tau.
3. Bismillah, ready blender. Masukkan susu and telur. Jangan lupa biskut anda. Blend semua bagi sebati.
4. Tuangkan atas loyang kecil anda.
5. Kukus 20-30 minit ya.
6. Sejukkan sebelum dipotong.
P/s: Nopa spread kan jem stoberi on the loyang saje nak nampak warna merah2 melati. Hehe. Oh ya,kalau nak hialngkan bau telur,boleh saja letak 1 sudu kecil esen vanilla. Selamat mencuba!
;)
Sunday, October 13, 2013
Bangun cinta.
Ada dua pilihan ketika bertemu cinta, jatuh cinta atau bangun cinta. Untuk kamu, biarkan ku pilih cinta kedua. Bangunlah cinta, supaya cinta kita menjadi istana, tinggi menggapai syurga, bertambah cinta pada Sang Pemberi cinta. Cinta itu, bukan siapa cepat,dia yang dapat. Cinta itu, urusanNya. Ada yang telah lama mencari cinta,namun belum juga bertemu cinta. Ada pula kenal seminggu cuma, namun kini bahagia melayari bahtera. Hormati cinta, moga nanti cinta mu orang lain hormati juga. Bicara cinta, indah namun hakikatnya payah mendefinisi cinta. Sayangi cinta, kerana itu fitrah terindah dari Dia Yang Maha Mencintai kita.
*senyum bahagia*
;)
Friday, October 11, 2013
Maaf.
Jika kau kata maaf tu susah,
Bagaimana pula dosa kau dengan Dia?
Jadi pemaaf memang payah,
Tapi itu yang indah.
Tuhan juga suka.
Senyum.
Paling indah.
Tudung kau labuh, tudungnya singkat.
Baju kau longgar, baju dia ketat.
Tapi dia ku perhati manis kesumat, kau pula berwajah kelat.
Senyumlah,
Itu yang terindah.
Hubungan dengan Tuhan kau sangat nak jaga,
Hubungan dengan manusia jagalah juga.
HablumminAllah,
Hablumminannas.
Senyum.
Beza kita.
Tuhan memang ciptakan aku kau berbeza.
Beza itu ada sebabnya.
Moga aku dan kau saling belajar.
Hidup ini bukan tentang kau sorang.
*Sebarkan senyum*
Watak.
Watak bermacam watak.
Jika jahat yang dulu itu aku,
Jangan samakan dengan aku yang kini.
Aku juga berubah.
*senyum*
Saturday, October 5, 2013
Pejamkan mata.
Ku pejamkan mata, terpampang cerita.
Cerita kita, kisah kita.
Yang membuat hati rindu,
Meronta ingin bertemu.
Pejamkan mata,
Dan ku lihat kamu di situ,
Rindu.
Wednesday, October 2, 2013
Selamat di Malaysia
: