Thursday, April 19, 2012

Mata.

Bismillah.
Assalamualaikum brothers and sisters in Islam
:)
Sudah senyum pada seseorang hari ni?
Tak kisah la,kawan serumah ke,
adik sendiri ke,
inshaAllah akan ada kebaikannya.
Senyum itu sunnah dan ibadah,kan?
;)
Pening2 baca theories untuk my assignment,terjumpa pula dengan hadis nia..
Nor amat tertarik bila jumpa hadis ni.
InshaAllah,nak kongsi dengan yang sudi membacanya.
:')
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: 
"Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. 
Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." -
 (Riwayat Abu Nuaim) 
dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah".
(Riwayat Abu Daud).


Mudahnya Allah memberikan ganjaran pahala kepada makhluknya,kan?

Cube check gambar apa yang di paparkan di meja study? masuk bilik terus nampak.
Hurm,gambar siapa tu?
:)

cube check gambar apa yang di simpan dalam purse? bukak je terus terpampang..
eh,siapa tu?
:D
cube check gambar apa yang di buat wallpaper handfon dan laptop? tengok je,terus senyum..
Aaaa..sejuknya hati tengok...gambar ibu dan abah kita..
kan?
:'D
.:: Muhasabah 3 minit,istighfar 3 nafas :') ::. 

Allahuakhbar..

Bila tengok wajah Ibubapa :IMG_5259
Hee..bahagia Nopa tengok abah ibu :'DD
Cukup mengingatkan kita,besar benar pengorbanan mereka untuk membesar dan mendidik anak-anak sanggup bergadai nyawa dan harta untuk kebahagian anak-anak.
#Homesick
:')
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kpd kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kpdKu dan kedua ibu bapamu dan ingatlah, kepada Aku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan. 
(Luqman: 14)

Bila tengok Al-Quran:
Sejauh manakah amal ibadah yang telah dilakukan dan ditunaikan dalam memenuhi tuntutan dariNYA. Sejauh mana akhlak kita ini,sebagai hambaNya yang mengakui Muslim telah berakhlak dengan akhlak al-Quran? Bila kali terakhir kita baca al-Quran? Sejauh mana telah kita ambil pengajaran dari kisah2 dalam al-Quran?
Muhasabah lagi.
:')
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal
(Al Anfaal 8:2)
402496_322412544461947_100000796128548_788268_1738821246_n
Bila tengok lautan:
Besar sungguh kekuasaanNYA hingga terasa diri amat kerdil sekali untuk bersikap angkuh terhadapNYA. Juga mengingatkan tentang betapa luasnya ilmu Allah,
kerdilnya kita. Jom,didik diri bernafas dalam jiwa hamba.
:')

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Luqman: 27)
cats
Bila tengok Kaabah:
Ha..tadi baru skype dengan ibu abah. Dengar cerita ibu perasaan dia melihat kaabah umrah lepas.
MashaAllah,Nor terpanggil-panggil nak pergi jugak.
:'))
Di sinilah sebuah tempat yang mempunyai keajaiban yang menakjubkan dan tempat persinggahan para Rasul dan umat baginda SAW. 
Pusat bumi dan pusat tumpuan seluruh hambaNya...
Ada kisah tentang kaabah dalam surah al-baqarah dari ayat 142-150,inshaAllah. Tentang pemindahan qiblat dan kaabah.
:)
ibuabahnopa
Waallahualam.
Sekadar sharing.
Moga bermanfaat..
^_^

Sekian,
Assalamualaikum!
Tak jawab dosa,kalau jawab sayang!
:)
Spread salam and smile!
^_^

notakaki:
Maka nikmat Tuhanmu yang mana hendak kamu dustakan?
(Ar-Rahman  surah ke 55..antara my favourite surah ni ;))