Friday, July 5, 2013

Lima.

Lima.
Yang lima itu yang selalu kau lupa.
Kau ringan-ringankan, kau rasa berat beban.
Padahal,
Yang lima itu terasa ringan,
Bagi yang sedar akan berat timbangan yang cuma secupak bukan segantang.

Lima.
Cara kau bercakap dengan Tuhan.
Tempat kau cari kerehatan.
Tempat kau luahkan,
Pada Dia Yang Maha sudi Mendengar.

Kalau kau rasa yang lima itu terasa payah,
Apa kau lupa asal mu mana?
Cuma asalnya sebesar zarah,
Diberi darah, dibalut temulang daging dan nyawa.
Tuhan minta cuma yang lima.
Itu pun kau rasa susah.
Kau ini manusia apa?

Lima.
Padanya tiang agama.
Runtuh tiang bagaimana hendak ditegak yang lainnya?

Lima.
Tanda cinta pada dia.
Saat kau bercakap dengan Dia Sang Pencinta yang setia.
Jatuh bangun mu,
Dia ada dalam setiap langkah.

Jika benar kau cinta Dia,
Jika benar kau bukan manusia alpa,
Dirikan yang lima.
Tegakkan tiang agama.

Salam,
Norfa Don.

1 comment:

tenku butang said...

Done foll8w no. 393

Jom follow blog teman .. heee..

http://tengkubutang.blogspot.com/