Saturday, May 28, 2011

Jom jaga yang 5 ni! :)

Assalamualaikum kawan2!
*Bagi salam sambil senyum nia...wink2!*
Actually,tadi nak tidur dah,sini dah jam 1255 am and memandangkan Subuh masuk waktu 0224 am kena la tidur awal untuk bangun solat kan.
Tapi2,
tak jadi nak tidur nia.
Sebab terbaca ni:

1: Wajah yang cantik – solat subuh
2: Duit yang banyak – solat zohor
3: Kesihatan yang baik – solat asar
4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib
5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak
Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .

Ha,menarik kan kan kan??
Korang2,
Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda;
1.Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
2.Siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
3.Sarang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan
4.Siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
5.Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.
Sampaikanlah walau sepotong ayat. :')

Wuuu.....takut kan??
Tengok no 1. Tiadalah 'Nur' di wajahnya.
Korang,kalau Allah tak bagi 'Nur' kat muka korang,cantik mana pun,takkan terkesan kat hati orang tau2. Maksud aku,ye mungkin kite tengok orang tu cantik,kita tahu dia cantik,tapi bagi aku, orang yang ada 'Nur' di wajahnya boleh buat sesiapa yang memandang jadi senang,tenang,aman je..Yang penting,wajah yang selalu dibasahi wudhuk itu akan bercahaya d akhirat kelak, InshaAllah!
So..Nak tak jadi orang yang ade Nur?
Bestkan!!
:')

Ok,ce bace No 2 pula.
Tiada keberkatan pada rezekinya.
Allahuakhbar.
Kadang2,besar mana pun gaji kita,selalu rasa tak cukup.
Banyak mana pun kita makan,selalu rasa tak kenyang.
Tapi ade orang tu,
They have little,but they have much and enough.
MashaAllah,tulah namanya keberkatan rezeki.
Sungguh,Allah Maha Besar kurniaNya.


Baca no 3 pulak.
Kekuatan badan.
Badan yang sihat penting untuk meneruskan hidup dengan jayanya kan2?
So,
nak dapat kekuatan badan ni,
ape salahnya luangkan 15 minit kita untuk solat Asar,
tak rugi pun kan?
Tak perlu buang duit g gym2 nia.
Malah dapat keredhaan dari Dia,
badan pon sihat sejahtera.

No4 cakap kalau tak solat maghrib tidalah kita anak2 yang bermanfaat.
Okok,dah la kesejahteraan anak2 tu terletak pada doa ibu ayah,
nak2 pulak ibu ayah tak solat,
macam mane agaknye anak2 kita nanti ye?
Dan..
salah 1 amalan yang tak terputus bila kita mati adalah doa anak2 soleh.
Anak tu amanah kita.
Orang putih cakap,
Like father like son.
Orang Melayu cakap,
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Nak anak soleh,kita pun kenalah tunjuk contoh yang baik kan?


Pastu No 5 tu.
Tiadalah tidurnya nyenyak bila tak solat isya'.
Ok,dah pernah ada experience sendiri dah pasal ni.
aku pernah terlelap atas katil time buat esaimen,
time tu aku seriusly tak ingat yang aku belum solat isyak.
Badan dah penat,otak penat,letih and sangat2 rasa nak tidur.
Golek ke kiri.
Golek ke kanan.
Tekap muka kat bantal.
tak cukup bantal,kepit pulak teddy bear.
Rasa gelisah giler an susah sangat nak tidur.
Aku pelik la,sebab tadi cam ngantuk sesangat,letih amat tapi susah giler nak tidur.
Ni mesti something wrong somewhere.
Aku pun duduk and bermuhasabah kejap.
Ape la halnye takleh nak tidur lagi ni.
La,teringat tak solat lagi rupanye,cepat2 g ambil wudhuk untuk solat.
Ok,since tu,aku latih diri untuk solat dulu sebelum teruskan esaimen pape.
Takut tertinggal.
Doas besar tau.
Kan lebih berkat utamakan solat,
nak buat esaimen pun Allah tolong bagi idea bak coklat yg mencurah-curah ke ladang gndum gitu.

Ohye,aku ade terjumpa doa ni,
jom amalkan!
Doa untuk jadi orang yang rajin kerjakan solat.

Bacalah selalu Surah Ibrahim: Ayat 40
Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
Surah Ibrahim ni surah ke 14 dalam Al-Quran. Cuba baca ayat 41.
Ha,
tu doa untuk ibu ayah kita!
:')
Ok,ayat 40 hingga 43 sangat menarik maknanya.
Kita mengaji dah khatam 2-3 kali,tapi kalau tak tahu makna takdelah terkesan kan?
JOm baca ni :
[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

[42] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

[43] (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).

Sangat....zass!
Untuk peringatan diri sendiri jugak ni.
Jaga solat,jaga solat,jaga solat.
:')
Korang aku ade bace ni :
Salah satu dari 7 jenis wajah mayat dalam kubur adalah:

"Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan di tempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tidak menutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan."

Ok,
hati sangat rasa gementar baca statement ni.
Dulu,masa aku sekolah menengah,pernah je ter miss solat.
Berdosanya aku masa tu.
Bukan abah ibu tak ingatkan.
Diorang dah ingatkan.
D ulang2 suruh solat.
Tapi tidur tu lagi d utamakan.
Astaghfirullahalazim.
Itu cerita zaman sekolah.
Allah kan Maha Pengampun.
Masuk Form 3 camtu, Alhamdulillah,solat lebih terjaga.
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS Al Baqarah 222)

Moga Allah terus limpahkan kasih sayang dan rahmatNya atas kesedaran yang dia bagi kat aku ni.
:')
Oh ye,
Korang pernah tengok cerita 'Penelope' tak?
Yang girl hidung snout tu ha.
Tak tahu sila google ye.
Cerita tu comel,
tapi....
Allahuakhbar,
tak sanggup nak berupa macam tu.
:'(

Kawan2,
15 minit je kan Allah mintak masa kita.
Dia yang cipta kita,
Dia yang bagi kita hidup ni.
Aku dah 20 tahun hidup.
Bakal 21 jalau Allah bagi aku panjang umur.
Ade kawan2 yang dah 22,
25,
30 pun ade kan tu?
sehari Allah mintak 15 minit je kawan2,
5 kali sehari.
Baru sejam 15 minit kan?
Duduk menghadap FB 2 jam pun tegak je kan depan lappy tu.
Nak berhenti 15 minit je nia,
tu pun kita berkira,
astaghfirullahalzim...
:'(
Dia jugak yang bagi kewarasan akal untuk kita baca belog post aku nia.
Dia juga yang ilhamkan aku untuk tulis tentang ni.
Ya Allah,
kalau nak kira nikmatNya,
tak cukup jari jemari nia.
Kot la aku kumpul jari semua orang 1 dunia ni,
pon masih tak cukup.
Cuba kawan2 baca surah Ar-Rahman.
Memang tak terhitung kan nikmatNya?
1 kalimah Allah minta,
Alhamdulillah.
Yang senang ni pun kita selalu terlupa.
:'(

Allahuakhbar,
moga sama2 kita selalu muhasabah diri.
Apa2 pun,
ingat untuk kembali padaNya ye?
:')

Now 24 minit lagi masuk waktu subuh.
Sekian saje coretan malam ni.

Jom,
check hati,
check iman,
husnu dzon dengan Allah juga insan.

Hey,
senyumlah sikit!
[^______^.]
"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah."
(HR Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)
"Sudikah kau menjadi imam yang halal membatalkan wudhuk ku?"
:')





1 comment:

urbrick alie said...

LIKE =)
pesanan yang sangat berguna dan huraian yang mantap..
p/s:jaga wuduk kerana wuduk adalah permulaan untuk kita sembahyang...seri nur pada air wuduk membuatkan wajah kita bercahaya..dan kubur kita diterangi cahaya..waallahualam...