Monday, May 16, 2011

Saya suka Exam

Assalamualaikum,
salam perpaduan,
salam 1 Malaysia!
Berdirinya saya di sini bukanlah sekadar untuk omongan kosong tetapi adalah untuk menyampaikan sebuah.....
Deng!
Malam tadi aku mimpi zaman sekolah2 dulu!
Masuk pidato,syarahan bagai!
Entah pape je tetiba mimpi zaman sekolah!
Oh,
mungkin sempena hari guru ni kot?
Haha!Dan dan je mimpi!
*Siyesly aku mimpi zaman sekolah aku :')*
Anyway,
Tajuk entri sangat................dengggg!
Hohohoho!
Eh,aku memang suka la bila ade exam,takyah g kelas!
Dududududu~
:P

So,
Sebelum berbicara lebih panjang lagi,
*Ok,ayat sangat bertatabahasa BM!:P* 
Aku nak ucap
Selamat Hari Cikgu untuk semua cikgu termasuklah bakal2 cikgu.
*Ehem!Saye lah bakal cikgu tuh!:P*
IMG_0943
*Muka bakal2 cikgu :P and obviously aku paling kemetot antara mereka ,nasib baik syin n ipah membengkokkan badan sikit!hihi~=.=*

So cikgu2,
Be a wonderful teachers ya,
Baru murid2 sayang,senang nak belajar.
Yang not-so-wonderful tu, sila cuba lagi!
Agak2 hadiah d hari guru kurang je dari cikgu2 lain kat sekolah korang tu,
paham2 ler ek...
jeng jeng jeng!
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"
Memetik kata2 Aimi Samad: 
"Semalam aku seorang guru, hari ini juga aku seorang guru. Esok dan hari2 seterusnya aku tetap akan bergelar guru..Selamanya pasti"
*Ok,aku cam semangat lak*
:P
Oh2,
my latest entry was about my trip to Ireland.
*Click Ireland kalau sudi baca :')*
I should sambung cerita d Galway,
tapi later2 lah ek.
:)

Ok,FYI,
minggu ni STUDY WEEK aku and rakan2 seTESLian sekalian. 
*Sukati je kan bubuh term cenggitu!:P*
Exam kitorang 24th May and 2nd June.
Ok,ni jadual yang aku KOPI & PASTA kan dari kitorang punya BB.
*Macam la korang nak tahu sangat kan!:P*

Year 1
Tues 24th May 9.00-10.00 Anselm Hall MEDMD1ULL Understanding Learners and Learning  

Tues 24th May 16.00- 18.00 (some in Anselm Hall and others in Sports Centre) MLSDG1ECM   English Language Teaching Methodology  1

Thurs 2nd June 13.00-15.00 in Augustine Hall MLSDG1LAT Language Awareness for the Teacher of English 1 


Well,
Ada 3 papers.
Yang pastinye menguji minda dan kesabaran serta kecekalan jari jemari nak menulis.
:')
So,minggu ni aku akan berdating ngan Jeremy Harmer,Jean Piaget,Vygotsky, Jarvis, Lipman, Edward De Bono, Principes of CLT, Theory of Reading,Applicating,practising speaking,writing,listening and reading and bla bla bla....list tu sampai hari exam kang tak habis taip lagi!
:P
*Hoh!Sampai domam2 den membaco nota2 nia..:')*

Ibu cakap,
"Mana ada benda yang senang kat dunia ni. Lagi2 orang yang sedang belajar. Dah nama pun belajar, memang susah. Tapi susah d awalnya, dah habis semua nanti senang la."

Ha,
bukan senang ok nak jadi cikgu,
susah jugak.
yang lebihnye,
mungkin kitorang banyak masa terluang kot.
:P
Cuba tanya kat orang tua2,
mesti diorang minat menantu cikgu. 
Cikgu banyak cuti, cikgu boleh ajar anak2.
LoL!
*Ehem sekali lagi!haha*
Tah pape je tetiba cakap pasal menantu.
:P
Pape pun,
kenang NoPa dalam doa korang ye?
Doakan Nopa and kengkawan seangkatan sukses dengan jayanya untuk exam ni.

Aku pun doa korang2 yang sedang exam tu berjaya dengan cemerlang gemilang dan terbilang serta mendapat anugerah dekan!
~Ameen~

Lepas exam nak mengira-ngira hari pulang ke Malaysia pulak!
WooHoo!
:')

well,
Aku rasa kan,
tak yah la nak tension2 sangat bila nak exam ni.
Hadapi dengan senyuman.
Hati senang jiwa tenteram.
Belajar pun senang.
*Wah,rhyme gitu!:P*
Ohye,
Jangan lupa doa sebelum belajar and doa penerang hati.
Jangan kerut2 muka nak study untuk exam.
Tension2 susah nak ingat.
Kerut2 muka,berkerut lah jugak ilmu tu ha.
Chill,
anggap exam ni sebagai markers d level mana anda sekarang untuk tahu mana lagi yang anda lemah.
OK?
dah macam pakar motivasi tak?
Hihi!
Aku dulu cecite nak jadi pakar motivasi tawu?
Takpelah,
jadi teacher pon leh motivate anak2 murid gak kan!
:')
Ok,ni roses yang aku snap kat Uni.
Untuk korang yang sudi baca belog berhabuk aku nia.
Sweet tak aiii?
:P
IMG_1043

So,sekian saje laporan terkini dari Bumi Canterbury.
Salam sayang,salam rindu peluk cium dari UK!
:')
IMG_0167 (2)

Hey U!
Senyumlah sikit!
Ha,kan sOmel tu!
(^_^.)



Notakaki: Time nak dekat exam camni la baru bercinta dengan buku. =.=" 
Aku pernah cakap pasal Siswa Siswi kat sini : SISWASISWI

1 comment: