Saturday, December 3, 2011

Dunia hari ini.

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap 
Orang makan sikit disangka kedekut

Orang baik disangka buruk

Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong

Orang menawan disangka pakai susuk

Orang nampak ceria disangka mengada
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwahseperti musnah nya kayu dimakan api…

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu” Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.



4 comments:

E n t o y C a i r o said...

setuju ngan cik nopah!
:)

starzieti said...

betul2. :)

shahrazali said...

macam ni la perangai manusia sekarang ni.... mmg betul semua yang awk kongsikan ni...

SangKunang said...

so, jangan sangka saya ni jahat sangat !

http://7penyamunbukit7.blogspot.com/