Monday, March 19, 2012

Perihal tudung labuh,hati dan cakap-cakap manusia.

Assalamualaikum brothers and sisters in Islam!
:)
Perihal tudung labuh,
hati,
juga
cakap2 orang.
Norfa tidak ada jawapan.
Norfa juga masih mencari.
Norfa juga masih perlahan mendaki.
Alhamdulillah,
dipertemukan dengan titipan artikel2 ini :
Mahu jawapannya klik saja tajuk blog yang di bawah ni ya:
Ada yang berpesan,
''Jubah dan tudung labuh tidak boleh menyorokkan hati yang kotor.''
 Norfa tidak mahu mengulas. Biarlah artikel yang dikarang orang yg lebih arif,tinggi ilmunya menjawab. 
:)
Ada juga yang cakap:
''Don't act like the hypocrite, who thinks he/she can concile his/her wiles while loudly quoting the Koran''
Jadi mungkin artikel yang telah dicadangkan oleh seorang brother yang saya hormati ni boleh menjawab kata2 anda.
:)
Zaharuddin
antara gist dalam artikel tersebut:
"...sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu." 

Ada segelintirnya yang memandang orang yang nak berhijrah,yang nak menjadi lebih baik itu hipokrit.
Astaghfirullah al a'zim.
Allah knows their heart way better than you.
Kerana mereka tahu mereka tidak cukup baik lah mereka ingin berusaha menjadi lebih baik.
Kerana mereka mencarilah mereka mahu berhijrah.
Jadi keadaan ini mengingatkan Norfa pada kisah Luqman dan anaknya juga himar yang menjadi tunggangan.
::
Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Takpelah.
Jalan untuk berubah itu sememangnya tidak pernah mudah,
penuh dengan ujian.
Tapi yakinlah dihujungnya akan terasa manisnya mencari cintaNya.
Letakkan kebergantungan sepenuhnya pada Dia.
Kerana kita bukan hidup dek pujian manusia. Tidak juga tercela dek kejian mereka.
Kita tidak pernah tahu bagaimana pengakhiran kita.
Semoga husnul khatimah hendakNya.
Kata Allah dalam naskah cintaNya,

''Hasbunallahu wani'malwakil''
Cukuplah Allah menjadi Penolong dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.

[Ali Imran 3: Ayat 173]
:')

human
notakaki:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
[Al-Ankabut ayat 2-3]
Moga bermanfaat.
:)

No comments: