Saturday, December 28, 2013

Resepi: Cupcake Apple Mudah ;)

Assalamualaikum and Holla everyone!
Huppppp semakin 'rajin' Nopa update my blog kan. Tah entri last bila pun dah tak ingat. Tettt!

Okkay2,
Nopa bukan nak bebel panjang,
So kita straight to the point iaituuuuuuuu....
.
.
.
.
Resepi cupcakes Apple bermadu paaling mudah lagi senang lagi flexible yang penting sedap dan mengenyangkannnn.
Gituuuu.

Orite,
Bahan-bahannya:

(Ini untuk 6 biji cupcakes saja yaaaaa)
Epal sebiji hiris nipis + madu
[rendam dlm madu/ sudukan madu masa topping nanti)

Adunan:
1/2 cup tepung naik sendiri
1/2 cup butter
50gm brown sugar/ any sugar
3 biji telur
1 ts vanilla essence

Semua ni, masuk kat mixer, pukul sebati.
Sudukan adunan 3/4 penuh dalam mangkuk kertas/ sillicone cups
Topping: susun hirisan epal dan ratakan 1 sudu madu
Bakar 20-25 minit/ 180'c
Tadaaaaaa! Siap! Selamat mencuba!
Panas-panas sedap makan as dessert with vanilla ice creammm!
Cubalah!
;)

Wednesday, December 11, 2013

Hello!

Assalamualaikum!
Phewww!
Lamaaaa sangaaaaaaaat tak update blog ni khennnnn.
Maklumlah bila duduk kat Ipba tu
memang internet sangat laju sampai terbabas bila nak blogging.
Dududu ;P

Oh2,
Just so uols know,
Nopa tengah cuti semester!
Tuari jenjalan penang seminggu,
Then back in Segamat nia.
Oh,
Heavenly heaven homey!
Ok,
Please don't use this in your writing!
Hehe!
I just love play with words ;)
Best duduk rumah wooo.
Sebab?
I dont know.
Maybe because your mom and dad ada sekali. Haaaa..
Mana tak best kannnn
;))
Gituhhh!

Btw,
Next January InshaAllah akan mula practical!
Yeayy but notttttt!
Woit,
Takut gilossss bila pikir!
Jangan pikiran abg!
Huuu lama sangat cheq tak mengajaq!
Pray for me kawan2!
Pray hard!
Fuhhhhh fuhhhhhh!

Ok2,
Tak syok la cerita benda tu sekarang.
Nanti nopa dah p practical baru cerita, okkay?!
;)

Ohya,
Pray hard for mangsa banjir too,jom!
Moga bertabah semuanya.
:')

Apelagi nak taip,
Nak cerita apelagi eh?
Hurmmmmmm
Mmmmmmmmmmmmmmm
*and the long mmmmm continue*

Tetttt!
Ok2.
Till we meet again,
From words to heart!
;)

May your day be blessed!
Smile peeps!
Love ya!
;)

Now,
Tadaaaaaa!
Superbly awesome breakfast in Malaysia!
Roti canai and teh tarik!
So Malaysian!
And I lovey!
Wink!
;)

Saturday, October 19, 2013

Happiness is a gift from Allah.


Dear Allah,
If someone hates me for my happiness,
please give them happiness too...so that they will forget mine.
Protect my heart and my Nawaitu.
Make me a person who will spread the happiness and all the positivity whenever I smile, whatever I speak.
May us be blessed.
Ameen.

Happiness.

Dear Allah,
If someone hates me for my happiness,
please give them happiness too...so that they will forget mine.
Protect my heart and my Nawaitu.
Make me a person who will spread the happiness and all the positivity whenever I smile, whatever I speak.
May us be blessed.
Ameen.

Monday, October 14, 2013

Resepi: Puding Biskut

Salam alaik, salam Eid adha!
Rasanya lama Nopa tak kongsi resepi.
Nah, malam raya, try la buat Puding Biskut ni.
Serius mudah baq hangggggg!

Bahan-bahan:

10-12 Keping biskut cream crackers *Nopa guna brand Hup Seng*
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis. Boleh lebihkan atau kurangkan ikut citarasa anda ya.

Caranya:

1. Panaskan pengukus anda.
2. Rendam biskut dengan air suam. Dah lembut, tapis,buang airnya. Ambil biskut saja tau.
3. Bismillah, ready blender. Masukkan susu and telur. Jangan lupa biskut anda. Blend semua bagi sebati.
4. Tuangkan atas loyang kecil anda.
5. Kukus 20-30 minit ya.
6. Sejukkan sebelum dipotong.

P/s: Nopa spread kan jem stoberi on the loyang saje nak nampak warna merah2 melati. Hehe. Oh ya,kalau nak hialngkan bau telur,boleh saja letak 1 sudu kecil esen vanilla. Selamat mencuba!

;)

Sunday, October 13, 2013

Bangun cinta.

Ada dua pilihan ketika bertemu cinta, jatuh cinta atau bangun cinta. Untuk kamu, biarkan ku pilih cinta kedua. Bangunlah cinta, supaya cinta kita menjadi istana, tinggi menggapai syurga, bertambah cinta pada Sang Pemberi cinta. Cinta itu, bukan siapa cepat,dia yang dapat. Cinta itu, urusanNya. Ada yang telah lama mencari cinta,namun belum juga bertemu cinta. Ada pula kenal seminggu cuma, namun kini bahagia melayari bahtera. Hormati cinta, moga nanti cinta mu orang lain hormati juga. Bicara cinta, indah namun hakikatnya payah mendefinisi cinta. Sayangi cinta, kerana itu fitrah terindah dari Dia Yang Maha Mencintai kita.

*senyum bahagia*
;)

Friday, October 11, 2013

Maaf.

Jika kau kata maaf tu susah,
Bagaimana pula dosa kau dengan Dia?
Jadi pemaaf memang payah,
Tapi itu yang indah.
Tuhan juga suka.

Senyum.

Paling indah.

Tudung kau labuh, tudungnya singkat.
Baju kau longgar, baju dia ketat.
Tapi dia ku perhati manis kesumat, kau pula berwajah kelat.
Senyumlah,
Itu yang terindah.

Hubungan dengan Tuhan kau sangat nak jaga,
Hubungan dengan manusia jagalah juga.
HablumminAllah,
Hablumminannas.

Senyum.

Beza kita.

Tuhan memang ciptakan aku kau berbeza.
Beza itu ada sebabnya.
Moga aku dan kau saling belajar.
Hidup ini bukan tentang kau sorang.

*Sebarkan senyum*

Watak.

Watak bermacam watak.
Jika jahat yang dulu itu aku,
Jangan samakan dengan aku yang kini.
Aku juga berubah.

*senyum*

Saturday, October 5, 2013

Pejamkan mata.

Ku pejamkan mata, terpampang cerita.
Cerita kita, kisah kita.
Yang membuat hati rindu,
Meronta ingin bertemu.

Pejamkan mata,
Dan ku lihat kamu di situ,
Rindu.

Wednesday, October 2, 2013

Selamat di Malaysia

Bismillah,
Assalamualaikum semua!
*Sesenyum sesengih*
:P
alhamdulillah sempat juga akhirnya singgah blog berhabuk Nopa ni sekejap.
Just so u know,
me now back in Malaysia.
yeay but no yeay!
T.T
betul orang cakap,
once you were there,
i mean when i was in UK, 
tak sabar-sabar nak balik Malaysia.
homesick.
Now,
after about 3 months tinggalkan Canterbury,
rindunya mashaAllah!
:')

oh yes,
my recent activity is
:
:
:
:
doing my final year in IPBA,
next to UM.
oh, hectic life.
now tengah berjuang dengan  dua assignments.
esok due date.
doakan kami.
fuh.
Sekian.
until my next update,
cuddles and smooches!
;)
Salamualaikum!
 

Friday, July 5, 2013

Lima.

Lima.
Yang lima itu yang selalu kau lupa.
Kau ringan-ringankan, kau rasa berat beban.
Padahal,
Yang lima itu terasa ringan,
Bagi yang sedar akan berat timbangan yang cuma secupak bukan segantang.

Lima.
Cara kau bercakap dengan Tuhan.
Tempat kau cari kerehatan.
Tempat kau luahkan,
Pada Dia Yang Maha sudi Mendengar.

Kalau kau rasa yang lima itu terasa payah,
Apa kau lupa asal mu mana?
Cuma asalnya sebesar zarah,
Diberi darah, dibalut temulang daging dan nyawa.
Tuhan minta cuma yang lima.
Itu pun kau rasa susah.
Kau ini manusia apa?

Lima.
Padanya tiang agama.
Runtuh tiang bagaimana hendak ditegak yang lainnya?

Lima.
Tanda cinta pada dia.
Saat kau bercakap dengan Dia Sang Pencinta yang setia.
Jatuh bangun mu,
Dia ada dalam setiap langkah.

Jika benar kau cinta Dia,
Jika benar kau bukan manusia alpa,
Dirikan yang lima.
Tegakkan tiang agama.

Salam,
Norfa Don.

Monday, May 27, 2013

Sombong?

Assalamualaikum,
Tak jawab dosa *eh mungkin tukar sikit*
Tak jawab sombong,
Kalau jawab sayang!
Lols.

Saja.
Sebab,
Penat dengan inbox FB penuh dengan
''Sombong awak sekarang ni"

Cara inbox tu kan,
Macam dah kenal 10 tahun.
Bukan seploh tahun,
Malah belum tentu dah kenal seploh hari.

Rasanya bukan Nor sorang hadapi situasi macam ni.
Ramai lagi gadis2 luar sana lebih hebat kena kot.
Aiceh.

Btw,
About sombong ni.
Well,
Siapa nak balas mesej tu,
Kalau bunyi nya macam ni :
"Hi, online ke tu?"
Which is, obviously tengah online.
Ada pula,
Yang macam sangat 'prihatin' you know,
Like,
"Dah tengah malam pun online?chatting dgn siapa?"
Which is sebenarnya yg online not me tapi setting messengger apps on my phone nia.
Lagipun,
If me tengah online pun,
Suka la hati nak chat dgn siapa.
Ye tak?

Yang lagi kelakar bin lawak,
'Hi, nama siapa?'
Tak berbalas.
5 minit kemudian, orang yang sama,
'Sombongnya la hai.'
Saya?
Senyum je la baca mesej tu.

Macam ni punya pesen,
Kot la kat FB tu Nor guna nama kak ton ke, cik stoberi ke, Nor bukan nama sebenar ke,
Logic la juga soalan tu.
Sorry bebanyak maaf.
Sebab basic questions yang jawapannya ada on FB,
Nor memang jarang nak jawab.

Ada lagi pesen yang camni.
"Hai, pukul berapa kat UK tu?"
Kalau nor jawab google, mesti kurang sopan kan. Kalau jawab, meleret pulak mesej tu nanti.
Jadi baiklah terus tak dijawab.
Lalu seploh minit kemudian dapatlah mesej like this,
'Pergh, sombong.'

"Hai, jadi akak angkat boleh?"
"Hi, nak tak jadi adik angkat?"
"Hi, nak angkat awak boleh?"
*eh*
Huahuahuaaa.
Takpe kottt.
Takyah la angkat2 ni.
Cukuplah kenalan fb sahajo.
Lagipun,
Kita kan memang brothers and sisters in Islam.
Gitu.
Kihkih.

Salah sendiri juga approve orang2 yang tak dikenali.
Tapi mostly for the sake orang tu ada mutual friends degan kawan kita.
Huhu.

Bila nak greet orang,
Kan lebih manis greet dengan "Assalamualaikum".
Kalau hi2 macam tu, bye2 lah jawabnya.
Huuuu.
Bukan taknak balas sebab sombong, tak sudi kawan ke apa.

Tak dibalas sebab bimbang meleret mesej tu.
Assalamualaikum.
Waalaikumussalam.
Apa khabar.
Khabar baik.
Buat apa tu.
Masak.
Masak apa.
Nasi.
Nak sikit.
Tak boleh. Haha.
Orang mana ni?
Johor.
Dah ada boyfriend?
Belum.
Ruginya.
Dah kenapa?
Awak tu cantik. Ke awak yg memilih sgt ni?
Lol. Nampak tak permainan dia kat situ?
Zzzzz.

Dah kalau sepuluh orang jadi macam ni,
24/7 la Nor mengadap FB.
Memanglah,
Selalu dengan my gadjet,
Selalu Nor update instag.
But tak semestinya selalu online tu sebab nak selalu mesej2 macam tu.
Nor mungkin nampak friendly on FB,
Balas komen2 korang.
But not on private mesej macam tu.
Tak selesa.
Sorry.
Norfa taknak timbul ada yg kecik hati bila nanti tiba2 Nor tak sempat balas mesej ke apa.
Lagipun,
Inbox tu bagi Nor untuk tanya benda penting je.
Tanya maklumat about something ke, minta nasihat ke, mita resepi ke.
Kalau setakat 'acah2' nak kenal tu..sorry, i'm not the person.
Ok,
Kalau prinsip yang macam ni dilabel sombong,
Hurm.
Tak tahulah.

Kecil hati saya, tahu?
Janganlah label saya sombong.
:'D

Minta maaf kalau ada yang terasa.
Seriously.
Tak marah, cuma nak bagitahu.
Ok?
Good!
Now,
Senyumlah sikit!
:)

Salam sayang,
Norfa Don.

Travel: 10 things to take notes!

Assalamualaikum and Hola everyone!
Alhamdulillah,
After decades, now I manage to write some updates.
Lols. Over. Tak lah decades, tapi weeks. Hehe!
Ok lah,
Kekononnya nak share tips masa travel.
Siapa suka travel angkat tangan!
Meeeeee!
Siapa suka jalan2?
Me againnnnn!
Siapa suka camera?
Me?
Dududu.
Alright,
Now..after well, i can say 15 countries
(cewah, padahal ada orang lain tu berpuluh countries dah sampai) rasanya boleh la nak share a few tips yang rasanya agak berguna untuk dikongsikan.
Jika sudi,
Mari2,
Baca this post okkay?
;)

Ok, the 10 things areeeeeee :

1. Money! Mohon siap2 tukar duit before you travel. Sebab apa? Sebab usually susah plus mahal nak tukar kat negara yang kita datang cuti. Eh, duit kan, kalau tukar banyak, jangan letak satu tempat ok? Asing2kan. If (mintak jauhhh) tercicir, terlupa or pick pocket ke, xla hilang all your money. Nopa dah pernah hilang 200euros di Spain. *nanges* maka oleh yang demikian, letak duit asing2 ya.

2. Check your documents! Ni termasuklah tiket flights, passport and visa, hostel or hotel booking details etc etc. Nak pergi travel of course la kena check benda2 ni. Ye takkkk?

3. Food! Adalah baik jika anda boleh bawa megi ke, sardine ke, 3 in 1 drinks ke sebab kadang2 susah nak jumpa kedai halalan toyyiba lagi2 bila baru sampai. Bawa tak perlu banyak2, agak2 untuk perut memasing. Yang tak boleh travel tanpa nasi, bawa beras. Kui2. Boleh masak guna microwave dekat tempat korang book hostel or hotel. Selalu ada microwave. Tanya kat reception ok, jangan takut2. They are usually being very helpful! ;)

4. Baju bajuan. Hehe! Ok, bawa secukupnya. Plus, boleh je recyle right? For women, tudung tu kalau malas nak iron2, bawa jenis cotton berbunga or pashmina or wide shawl. Serius, senang taknampak pun kodut2nya. Cara nak pack jimat space? Gulung2. Haaa. Jangan main lipat lebau2. Gulung2, susun molek2. Gitu. Towel, bawa yang saiz kecik sudahhh. Takperlu besau2. Jimat space summoreee.

5. Toiletries! Kalau bawa hand luggage saja (usually yang up only to 7-8 kgs) make sure liquid tu 100ml or below! Lepastu bawa dalam bekas yang sealed. Even vaseline pun diorang akan buang if exceed. Jadi, i think u guys pun tahu. Bekas2 100ml boleh cari kat guardians or mana2 yg lebih kurang macam guardian. Hehe. Cari bahagian travel. Even panties pakai buang ada kat bahagian tu. Muehehe.

6.  Oh, kasut. Ini penting sebab nak jalan2 banyak kan! Better kasut flat and comfy! If travel kat negara sejuk, cetokin socks jangan dilupain. Jacket, satu je cukup, jimat space plus baju sejuk cheaper kat negara orang. Hehe. Malaysia mahai kan. Sini rm200 dapat cantik dahhhhhh!

7. Camera! Wajib ni! Hihi! Bawa camera, bawa juga extra SD memory card, kot la tak cukup 8gb. Gitu. Kalau ada power bank, bawalah. Senang nak charge kat mana2.

8. International adapter. Ni penting. Lain negara lain charger plug nya. Soket dia lain2. Bawa ok?

9. List kan tempat2 yg nak dituju, buat research awal about transportation. Ini sangat membantu. Percayalah. Haaa. Later Nopa akan buat post trip2 yg Nopa plan sendiri dengan kawan2, macam mana nak book hotel, tempat2 nak lawat. Ok? ;)

10. Listkan juga souvenirs! Hihi. Takut balik kang kena beli extra luggage! Bagi yang travel secara economy, bagus buat list supaya tak over budget! Biasanya fridge magnet, keyrings and tshirt kan...nanti inshaAllah Nopa buat post lagi about souvenirs apa yg biasa nor beli okkay?

Ok,
Rasanya cukup for now.
Nopa tengah cuti sementara tunggu balik Malaysia sekarang ni. Sementara kawan2 pergi kerja, Nopa pun berdatinglah dengan blog ni..huweeee.
Kalau sudi, boleh lah tengok my travelog vlog on youube.
Search Norfa90.
My instagram pun Norfa90.
Twitter pun Norfa90.
Senang.

Hehe.
Till then,
Happy traveling!
Salamualaikummmmm.
Senyum lah sikit!
;)

Monday, April 29, 2013

4.

Empat lepat siku lipat.
Siapa mahu kena cepat.
Cepat-cepat jangan lambat.
Cubalah sampai dapat.
Tak dapat tak mengapa.
Kerana sekurangnya dah mencuba.
Jangan nanti menyesal tak sudah.
Ingat,
Tuhan pun kata,
Siapa mahu dia kena usaha.

Memang jodoh itu rahsia Dia.
Tak ketahuan entah bila akan berjumpa.
Tapi,
Kalau dah suka,
Apa salahnya mencuba.
Jangan nanti terlepas pula.
Gigit jari tengok saja.

Sekian.

Notakaki:

Moga bercinta sampai syurga.
Moga bercinta dengan redhaNya ♥

Salam sayang,
Senyumlah selalu :)

NORFA DON.

Wednesday, April 24, 2013

Orang kata tengah 'in'?

Assalamualaikum,
salam sejahtera salam 1 Malaysia.
Aiceh.
Macam pembaca berita tak?
:P

Ha, sebelum cakap banyak,
Nak bagitahu yang UK sekarang dah masuk musim Springggg!
Alhamdulillah,
Tak sejuk,
Tak panas.
Nyaman sajaaaaaaa.
;D

Cerita Spring kita hupdate lain yea?
Sebab sekarang nak cerita apa yang tengah 'in'.
Ha..,,
Okkay,
Okkay....
Nak share applications yang Nopa rasa,
Ramai orang pun tengah layan application2 ni.
Nopa rasa la.
Kalau kamu tak main or tak layan,
Atau lebih canggih dan Nopa kot yang noob lambat tahu,
Mahap la ye!
;P

4pics 1 word!
Ha...sapa main kat sini?
Sep sikit!
Hihi!
Nopa memang suka words game camni.
So bila main tu memang lekaaaaa jeee.
Best bila dapat the words.
Yang tak bestnya,
4 pics 1 word ni kalau kita tak pass word tu,
Maka stuck lah kita kat situ sajo.
Tension2.

Next,
Wechat.
Mula2 ada sorang kawan Nopa yang suruh install.
Ingat ape benda la kan.
Rupa2nya,
Best juga.
Sebab, bagi orang yang malas taip mesej
pepanjang seperti Nopa ini,
Maka wechat ni bagussss.
Kita ala2 walkie talkie.
Apps ni lebih kurang macam Voxer.
Haa.

Lagi,
Keek!
Mula-mula Nopa ada cakap kat sorang kawan ni,
Malas la nak Keek.
Tapi tengok orang ramai buat and macam best,
Maka,
Ter sign up lah 1 account Keek.
Tulah orang kata,
Orang ada,
Nopa pun mahu juga.
Dudududu.
Syok juga ada Keek.
Boleh record short moment,
Then one day nanti reminisce balik.
Nopa pula counting days nak balik.
Memang syok la record places in Canterbury.
Heee!
;)

Lagi application yang best?
Ha,
Baru ni 'perfect365'
Boleh main mekap2 u ols.
Best.
Maklumlah,
Mekap sendiri tak gheti.
Apps mekap nampak comel pula.
*perasannnnnnnnn*

Ha,
Chuppppp!
Siapa bela 'Pou'?
Nopa belaaaaaa.
Bagi nama dia Poupy sebab gegirl.
Konon nama nak cecomel.
Zzzzz.

Ada apa2 lagi apps yang Nopa tertinggal?
Mohon kawan2 share apps apa yang best ya?
Heee!
;)

Notakaki:
Flawless je guna apps perfect 365 tu.
Kalau hati boleh di flawless kan macam tu punya senang,
Maka ramailah orang yang baik hatinya,
Takde rasa iri, dengki.
Ok, dush3.
Ibu selalu pesan,
Jaga hati,
Moga iman dan hati secantik wajah yang Ilahi beri.
Gitu.

Salam sayang,
.NorfaDon.

Sebarkan salam,
Murahkan senyuman.
;)

Sunday, April 21, 2013

Cantik.

Cantik tu,
Kalau nak difikir-fikirkan,
Memang tersangat ramai orang yang cantik.

Nak mencari pasangan,
Cari yang cantik tu penting juga.
Yelah,
Nak yang sedap mata memandang.
Balik kerja hilang segala beban.

Tapi,
Kalau asyik mencari yang cantik,
Nanti bila dah jumpa yang seorang,
Mata masih meliar.
Memang orang macam ni layaknya kita pulaukan.
Tamak.

Dah jumpa sorang,
Dah serasi,
Dah sama2 susah senang,
Hargai.
Jangan suka-suka kau buang.
Dia cantik,
Dia pilih untuk terima kamu,
Tu pun kamu tak syukur ke?
Dah,
Kamu tu cantik sangat ke nak banding2kan dia?

Well,
Im just saying.
Random writin while having cuppa green tea.
Nice weather today.

Notakaki:
Tulah,
Idea terkadang datang tiba2.
Tengah minum teh, lagi la mencurah.

Salam sayang,
Norfa Don.

Smile.

Smile to the world,
The world will smile back at you.
If they don't,
It is not your fault.
It is them.
Something wrong with their eyes.
So,
Chin up,
Be good,
Smile to people.
To Muslims,
Spread salam too!
;)

Salam with love,
Norfa Don =)

11 weeks countdown. Been in Keukenhof, Holland!

Bismillah, alhamdulillah.
Assalamualaikum buat anda yang sudi singgah.
MashaAllah,
Tuptup,
11 minggu saja tinggal countdown balik Malaysia ni.
Sayu.
Gembira.
Perasaan,
Bercampur baur.
Ibarat rojak yang enak dimakan bersama keluarga.
Begitulah, mungkin.

Anyway,
Nopa nak share some photos taken when I was travelling to Holland with my 4 beautiful sisters Shin, Ipah, Yatt and Syara.
Alhamdulillah,
We had fun,
We had joy,
But we hadn't had season in the sun that time.
Hazy day aje kat Holland.
Bunga tulip yg indah saja yang memujuk hati.

Ada video sebenarnya.
Tapi tak sempat nak edit lagi.
InshaAllah,
Coming soon maybe.
;)

Lagi satu,
Nopa lambat update seminggu sebenarnyaaaaaa!
Takpelah, next post,
InshaAllah,
Cerita tentang Istanbul I'm in love pula.
Till then,

Spread salam and smile!
;)

Notakaki:
Hati2 memilih bunga,
Jangan tertipu pada warnanya;
Hati2 memilih cinta,
Jangan lupa tutun ke syurga...
;)

Salam sayang, senyum selalu... ;)

Friday, April 19, 2013

Cutty Sark.

Assalamualaikum,
Tak jawab dosa kalau jawab sayang =)

Saja Nopa nak share gambar when I was in Greenwich,
Ada lawat satu japal dagang yang besar amat,
Nama dia Cutty Sark.

Cutty Sark ni kawan2,
Kononnya kapal dagang yang diciptakan paling laju lah di zaman tu,
dimiliki oleh John Wills, bertopi putihhhh.

For me,
2 cents opinions la kan.
Kapal dagang ni konon je atas nama berdagang.
Hakikatnya depa omputih2 ni suka datang negara orang, ambil hasil lepas tu dapat nama dan kaya raya.

Cutty Sark ni,
Gunanya untuk bawa teh dari China.
Macam2 lah jenis teh depa bawa dari China,
Omputih kat England ni suka pula minum teh.
Ha,
Sampai sekarang kononnya teh tu culture depa untuk orang2 atasan.
System class and kasta kononnya.
Ladies and gentlemen kononnya.
Zaman dolu2 orag2 kaya England ja mampu beli teh yag depa ambil dari China.

Ada satu perang,
Maaf sebab Nopa lupa namanya,
Tercetus akibat omputih England sekat kapal2 pedagang China untuk datang ke negara mereka.
Yang Nopa pelik bin hairan ibnu al ajaib,
Depa duk sekat pedagang China mari jual teh,
Tapi depa p negara China untuk bawa balik ke England.
Ha...
Nampak tak permainannya kat situ?

Notakaki:
Nopa tak suka penjajah, taoi sekarang ada di negara mereka,
Belajar di negara mereka.
Hurm.
Mungkin,
Mana yng elok kita belajar,
Mana yang tidak k8ta tinggalkan.
Gitu.

Thursday, April 11, 2013

Tiga.

Tiga kata.
Acap kali orang teka,
3 kata itu: saya cinta kamu.
Mudah bunyinya.
Berat maknanya.
Soal hati juga cinta,
Soal rasa juga jiwa.

Jangan main-main ucap cinta.
Main-main,
Nanti sendiri merana.
Padan muka.
Jangan suka-suka kata cinta,
Nanti ada yang luka.
Pedih jiwa.
Mungkin jatuh cinta bagi kau mudah,
Tapi tidak untuk dia.
Sakit,
Dia seorang rasa.

Jadi,
Yang mudah itu,
jangan kau suka-suka selamba ucap 3 kata.
Kalau kau sendiri tak mampu untuk setia.
Jangan kau ucap 3 kata.
Bila mata kau masih liar memandang entah siapa-siapa.
Tamak.

Eh.
Tamat.

:)

Notakaki:
3 kata. Saya suka makan. Noktah.

Monday, April 8, 2013

12 weeks. Still counting.

Assalamualaikum,
Semoga sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah,
Pejam celik makan tidur jejogging sikit ,abis seminggu.
bermakna,
12 minggu lagi la nak balik Malaysia,
InshaAllah..
;)

Oh ya,
Last week I've been quite  busy from 3 April to 7 April.
Sebabnya Nor and Syin off to London.
Konon2 nak mengcover tempat2 yang belum pergi.
Jadi,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Sempat ke tempat2 ini:
1. Westminster (Big Ben, Parliament, London eye..ni datang untuk bergambaq ja...seba before this datang dah malam..ngaaaa)
2. Arsenal (Mohon jealous wahai fans Arsenal seluruh alam)
3. Camden town (ni datang teman Syin cari leather jacket for her ayah,pastu2,terjumpa kedai souvenir London murah2 weyh. Sila datang. Then2, Mohon korang makan ayam 'Bangbang', yang jual tu a china guy from Ipoh,Malaysia. Sedap BAQ HANG! £4/£5 boleh mix apa aje lauk sampai penuh dengan either nasi goreng or mee goreng)
4.M&M world (4 level, colourful, masuk percuma sajaaaaa...mohon singgah. Naik underground berhenti kat station Leicester ya. Boleh singgah China town sekali)
5. Trafalgar square (depan ni je Tourism Malaysia)
6. Buckingham palace
6. Malaysian hall. Ni singgah solat saja. Hihi. (Cara nak p sini, senang saja. Turun2 Bayswater station, terus melintas, lalu depan subway..teruskann perjalanan hingga hujung jalan,nampak boots, turn right, lepas 2 lorong, turn right lagi.jalan sikit,nampak la Jalur Gemilang kita di situ)
7. Papa roti (alang2 lalu nak ke Malaysian hall, singgah laluhhh. Sebiji £2. Sehari £4. 2 bijik ha. Tembam la weyh)

Yang Nopa listkan kat atas tu pergi from 3-4 April camtu.
Then, on 5-7 April me and Syin join a programm called 'Host' program. Ala2 homestay camtuha....
This one kat Wanstead,London.
40 minutes from central london, naik line merah. Central line ;P
Our host, Mr and Mrs Garlick aka John and Pen sangatlah comel malah baik sekali.
First day, for dinner me belajar masak 'Risotto' a type of Italian rice.
Easy mizy.
InshaAllah, Nanti nak try!
Second day,
They brought us to Geenwich! *jejoget*
Tahu tak pasai pa Nor rasa nak jejoget,
Pasai Nor and Syin nak sangat p situ tapi tak sempat.
And Alhamdulillah,
Allah izinkan jugaaaaa.
Feel blessed!
:")
Greenwich ni,
Adalah tempat meridian line yg 0· degree tu.
Haaa.
Cecepat tengok globe please jika kurang jelas.
Nak ke sana, travel by DLR line je.
Ni salah satu system railway underground overground kat London.senang.
Yang penting ada Oyster card.
Gitu.
Gambar maybe tak boleh Nor nak upload semua,
Ada kat my instagram. Lebih mudah di situ.
;)
-norfa90-

Ohya,
InshaAllah 9-10 April Nopa and friends off to Amsterdam pula.
Nak ke Keukenhof, ada taman tulip.
Mohon doa kawan2 supaya cuaca indah,
Langit cemerlang.
Ameen.

Sekian.
Berita dari Canterbury.
Salamm sayang,
Hey..
Senyum selalu!
;)

Notakaki:
Suka travel.
Tengok tempat orang.
Tengok culture orang.
InshaAllah,
Moga bertambah ilmu.
Luas berjalan,
Tambah pengalaman.
Moga Allah redha.
=)

Dua.

Setiap benda tu Allah memang dah ciptakan berdua.
Kalau masih sorang,
Belum berdua,
Jangan bimbang,
Kita serupa.
*eh*
Lagipun,
Nak takut apa lambat berdua?
Bukan kita tak usaha meng'usha',
Cuma Allah kata,
Belum sampai masa.
Nak bimbing diri pun belum sempurna,
Inikan pula bila berdua.
Sabarlah.
Sambil itu, usaha jangan lupa,
Tupun,
Kalau nak berdua...lah.

Notakaki:
Kejar cinta manusia memang tak ke mana.
Kejarlah cinta Tuhan,
Kau pasti tenang bahagia.

Satu.

Hati dia tu cuma satu.
Kalau mahu,
Buat cara mahu.
Jangan buat orang tertunggu-tunggu.
Tak pernah dengar ke,
Penantian suatu penyeksaan?
Jangan seksa hati orang.
Jika tak mahu,
Lepaskan perlahan,
Jelaskan perasaan.

Notakaki:
Nopa konon2 nak cuba2 menulis kembali.
Bermadah puisi degan kata2 puitis.
Kata2 penuh makna.
Bukan kata kosong penuh dusta.
Cewah.

Saturday, March 30, 2013

13 weeks left =)

Bismillah,
Alhamdulillah.
Assalamualaikum!
;)

Another week is coming, so 13 weeks left until Im back in Malaysia, inshaAllah!
*mata bersinar*

Seperti biasa,
Menurut kira-kira by Ipah kakak,
13 minggu tinggal weyh!
Allahurabbi,
Tak sabarnya..
:')

Ohye, just now kami ada sikit makan2,
Meraikan hari ulang tahun Dila and Jega,
Moga yang terindah terbaik tercantik untuk anda berdua.
:P
Dan.....
Juga sempena keberangkatan Kak Aten untuk mengerjakan umrah on 31st March, esok.
Moga Allah permudahkan segala urusan Kak Ten.
:')
Ameen.

Bawah ni gambar makan2 tadi and the cakes.
Seronok,
Makan-makan
*siapa tak suka makan anyway*
;P
Nyanyi-nyanyi lagu childhood paling syok.
Dari lagu 'ola oli ku beri nama',
Ke lagu 'malam yang sepi'
Lagu 3 kupang la,
Lagu bangau oh bangau yang panjang tak abes,
Hihi.
Alhamdulillah,
We were having fun.
;)
*Sankyuuuu Jega, Nisha, Sugee, Nanthini, Ruhan, Dila,Ipah, Kak ten, Min, Syin* I love you all! ♥

Okeng,
Sekian dulu update dari Nopa,
Salam sayang.
Sebarkan salam, senyum selalu.
;)

-Norfa Don-

Notakaki:

Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat buahnya serta bunganya;
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya.
*ehem*
Ustaz Don kata,
Kalau solat yang 5 waku tu pun tak terjaga,
Macam mana la ampa semua nak jaga anak dara orang.
The same juga utk girls.
Acane nak jadi wifey solehah?
;P
Sekian.
Hiks!
;)

Friday, March 29, 2013

Langit Ilahi.

Mendongak,
Melihat awan putih,
Berarak perlahan,
Damai.

Terapung,
laksana gula-gula kapas;
Comelnya awan.

Asyik,
Terleka melihat awan berlalu.
Tenang.

Dengan sendirinya,
Aku tersenyum.

Langit Ilahi,
Selalu mendamaikan hati.

Alhamdulillah.
*Senyum*
:)

Notakaki:

CiptaanNya yang mana tidak mendamaikan hati?
^_^
P/s:
Gambar dari jendela bilik Ipah kakak.

Monday, March 25, 2013

14 minggu. Sedap macam biskut chipsmore.

Bismillah.
Assalamualaikum, tak jawab dosa,
Kalau jawab saaaayang.
*waalaikumussalam*
Ok.
Dah jawab,
Dah sayang.
:P

Well,
Update for this week.
Firstly,
Alhamdulillah.
Nor masih di sini,
Tersenyum.
:)

Adapun,
Mengikut kiraan Ipah kakak,
Arakian kini tinggal hanya 14 minggu saja lagi.
Ku bilang bilang,
Kurang lebih 3 purnama saja lagi.
Masanya akan tiba,
Saat untuk ku kembali ke tanah air ku.
Malaysia yang ku cintai lagi ku sanjungi.
Hak2.
Ayat macam nak masuk pementasan Istana Budaya.

Iya,
inshaAllah,
14 minggu lagi ja ni.
Ya Allah,
Makin tak sabaq nak balik Malaysia nia.
Tomorrow hantar last esaimen.
Then tinggal dissertation and exam.
And...
Malaysia menunggu ku.
*krik krik krik*

Oh,
Dalam kesempatan ini,
Ingin Nopa merakam ucapan
Selamat ulang tahun sayang kepada
Nor Fadhilah Jamaludin serta Jega Divashini.
Happy birthday kesayanganku berdua.
Semoga semakin matang kuat dan bertabah menghadapi hari2 mendatang.

Dan kepada sesiapa saja yg menyambut ulang tahun kelahiran,
pernikahan, atau apa jua yg berkaitan.
Ucapan selamat untuk semua.
Hehe.

Okeng.
Sekian dulu update dari Nor.

Salam sayang,
Senyum selalu!
;)
-Norfa Don-

Notakaki:
Pergi youtube,
Sila layan lagu by Liyani Fizi-Jatuh.
Sedap macam biskut chipsmore baq hg.
Okeng.
Buhbye.
Assalamualaikum.
Panjang umur Nor update lagi.

Wednesday, March 20, 2013

Kira-kira.

Assalamualaikum.
Hi everyone!
*lambai2*
This is a random post,from my favourite coffee house.
;)
Well,
Thinking about going back for good to Malaysia,
I must say that......
I'm quite happy to say that....
I'm extremely super happy that....
Ehem
Ehem
Ehem
15 weeks left!
Until i'm back in Malaysia!
Hihi!
Thanks a bunch,
Jazakillah khair to Ipah kakak
sebab dia yg selalu updatekan how many weeks left.
Heee!
^_^

Balik Malaysia nanti ramai orang Nor nak jumpa.
Ramai.
Rindu.
Kawan2 baru yang kenal through Fb, youtube, instag and twitter punnnn.
Im looking forward to see you all.
InshaAllah.
Akan sampai hari itu.
*Touching*
:'P

So from now on,
Sambil2 sibuk uruskan my final year in UK,
I'll be glad counting the weeks.
Semakin dekat harinya,
Semakin kuat rindu abah ibu.
Aish.
Moga Allah mudahkan my final year.
Moga najah untuk Nopa and semua.
:'D

Oh before that, 19th March,
happy 1st  birthday Ammar Rizqi,
My only nephew buat masa ni.
Hihi.
Nieces ada 2 dah, nephew BARU sorang.
*mohon kakak atau abang baca part ni*

Dan juga,
Happy birthday to Danny,
My group-mate for A and E assignment.
A guy yang tak makan ordinary sweets and choc,
But white choc.
Patutlah putih.
*takde kena mengena*

And,
Happy birthday lah to all March babies.
Hihi.

Here,
Photos from Costa.

Till then,
Salam sayang,
Spread salam and smile!
♥ Norfa Don ♥

Notakaki:

Kita melihat bulan yang sama,
Bezanya kita di lain2 benua.
Aiceh.
Sastera.

I love my Abah, and his name too.
Md Don.
Mr Don.
Cool.
Ok. Random. Bye2.

Wednesday, March 13, 2013

So, buh-bye school!

Assalamualaikum.
Salam alaik!
Apa khabar kawan2?
Norfa harap semua pun sihat2 belaka.
Al maklumlah, Nopa pula baru naik demam.
:')

A short update anyway =)
Siapa ingat yang Nor cerita Nor ada school visit kat London?
Siapa ingat sila angkat tangan!
*so cikgu..angkat2 tangan ni*
;P

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah!
4 hari shool visit di St. Angela Ursuline Technology school dah pun selesai degan jayanya.
Now tinggal nak buat esaimen pula.
Oh,
Bahagianyaaaaa ber-esaimen.
Oh.
*tipu*

Sepanjang di London, kami ditempatkan di Malaysian hall.
Thankies cookies Malaysian hall.
Then2,
Kami juga pergi food hunt.
My favourite places?
Ok,
Lemme make a list :
1. Noodle Oodle. Ke Oodle noodle. Selalu Nopa confius. Tapi, Nopa suka chinese food. Roasted duck. Dimsum soup. Tofu. Awwh men. Terliuq.
;P
2. Papa Roti. Ini sama dengan Roti boy. Memang sama. Hari2 pergi beli, sebijik £2. Bankrup.
3. Malasian hall. Hehe. Nopa hunt for 'paru' je kat sini. Nom2.
4. Pak Awie. Ampun. Not bad tau. Harga pun berpatutan. Malah sedap.
5. Yogland. Ala2 tutti frutti. Nom3.
6. Beriyani kat upton park. Murah,lazat,awesome mosem.

Jadi, terjawab lah kenapa pipi nopa kelihatan berisi hari ke 4. Sila rujuk gambar. Kihkih.
School2 juga. Makan. Makan. Makan. Juga.
Ngaaaa.
;P

Oh.
Ok.
I've told you this is just a short update kan.
So.
Ya.
Till then,
Spread salam and smile to everyone.
Oh, what a beautiful world full with smiles!
;)

Salam sayang,
Norfa =)

Notakaki:
Kalau sedih, tengok langit, ingat Dia selalu dengan kita.
*senyum*
=)

Friday, March 1, 2013

Welcome, March!

Assalamualaikum.
Random update.
So,
From Costa,
I said,
Hello March!
Let's march-ing for success!
InshaAllah,
Another 17 weeks to go.
*Ipah calculated that...hihi*

Salam sayang,
Norfa ;)

Notakaki:
Pray for us! =)

Friday, February 22, 2013

Cerita Sekolah.

Assalamualaikum semua!
Ni hao ma?
Nopa harap semua baik-baik saja ;)
Alhamdulillah,
post yang tertangguh akhirnya dapat Nor buat harini.
Nothing much sebenarnya,
cuma nak cerita tentang my school visit di Barton Court Grammar School dah pun berakhir selepas cukup 5 kali
and
Alhamdulillah, semoga apa yang kami dapat dari sekolah itu bermanfaat untuk kami.
;)
Dan
School visit di UK ni belum berakhir sebenarnya.
Lepas ni,
inshaAllah starting  on the 4th of March 2013,
kami satu batch 51 orang ni akan stay
di Malaysian Hall London pula untuk school visit di London.
InshaAllah seminggu jugalah duduk di situ.
Kami tak lah dihantar 51 orang ke sebuah sekokah saja,
Kami diberikan kumpulan2 kecil seramai 9-10 orang satu sekolah =)

Ramai tanya,
Mengajar ke kat sekolah2 tu?
Tak,
Kami bukan datang untuk mengajar.
Kami datang untuk buat observation untuk lengkapkan assignment kami.
Kena observe the language that the teachers use in the class, effective ke tidak..
Ha...lebih kurang macam tu lah.

Tapi,
Alhamdulillah, diberi peluang juga untuk memperkenalkan budaya Malaysia kita pada anak2 ini.
Seronok juga tegok mereka berminat nak tahu budaya kita,
Seronok lagi bila anak2 ini suka makanan orang kita.
Nasi himpit, serunding jawa. Hehe.
Semoga pengalaman yang kami perolehi ini bermanfaat nanti ;)
Mohon doa kalian ♥

Salam sayang,
Norfa ♥

Notakaki:
Dah senyum harini?
Kalau tak senyum kat orang lain,
Pandang ayah ibu,
Senyum pada mereka.
Heee.
Spread salam and Smile!
;)

Monday, February 11, 2013

Resepi: Oreo butter cake

Assalamualaikum.
Rasa lama tak share resepi kan.
Alhamdulillah, today, I baked a cake for my bulatan gembira aka usrah, circle of souls ;)
Since the cake was a success, so lemme share the recipe for Oreo Butter Cake.
Fyi, me really fancy biscuits, especially Oreo!
So.....
Me has actually altered the recipe
from plain butter cake by adding of course, some oreo biscuits. Tehee.
;P
So, here it is:

A:
250g (1 cup) self raising flour
60g milk powder
250g butter

B:
160g fine sugar OR 200g castor sugar
5 eggs
1ts vanilla essence

And of course half packet oreo!

How?
1. Bismillahirahmanirrahim.
2. Mix 'A' until it turns 'fluffy'. Iye, pukui bagi gebu na.
3. Mix 'B' but not necessary to make fluffy. Just ensure they mixed well.
4. Fold 'A' and 'B' together until they mixed well.
5. Put the mixture into your fav springform/cake tin (make sure you greased the tin with some butter naaa). Layers with Oreo. How much? You decide! Hehe.
6. Sprinkle some oreo on top.
7. Put into the oven or steam. 30 to 35 minutes.
8. Ready to be served!

Good luck!
Love,
Norfa =)
Spread salam and smile!

Sunday, February 10, 2013

Just because...

Just because they always give you support,
Doesn't mean they don't need yours.

Just because they keep smiling,
Doesn't mean they're okay all the time.

Just because they always look positive,
Doesn't mean they don't have feelings.

Just because they always tolerate with you,
Doesn't mean they don't need your toleration and understanding.

Just because they always be there for you,
Doesn't mean they dont need you to.

We seldom appreciate thing that we have,
Until it becomes thing that we had.
*Wet cheeks*

Footnotes:
Whatever happens,
As long as I live,
You shall see this smile.
I promise.
Chin up.
Allah is planning your life,
For you to learn.
Everything will be ok at the end.
If it is not, it is not meeting its end, yet =)
#Notetoself

Love,
Norfa ♥

Saturday, February 2, 2013

Hati itu cuma satu.

Bismillah.
Assalamualaikum!
;)
Tertarik Nopa dengan sebaris kata kata ni..

"Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta".
(Imam Ali bin Abi Talib)

Benar,
Terkadang hati itu terlalu banyak rasa yang menjenguk.
Ada rasa gundah.
Terkadang syak prasangka.
Ada juga dibisik rasa was-was dan tidak percaya.
Sering kita dengar,
'Tak sedap hati'.
Sebenarnya,
Hati itu berada dalam keadaan resah gelisah dan tidak tenang.
Seringkali,
Bila rasa itu datang,
Hati kita seakan tidak 'hadir' ketika solat.
Bacaan tidak didalami ertinya.
Rakaat ke 3 atau masih yang ke 2.
Aish.
Terlalu banyak difikiran.
Terlalu kusut perasaan.
Nah..
Akhirnya,
Solat itu yang sebenarnya menjadi wadah untuk kerehatan,
Tidak memberi kesan.
Tidak memberi ketenangan.
Jangan salahkan Tuhan tidak memberi ketenangan itu.
Sebaliknya,
Tepuk dada, tanyalah iman di dalam hati.
Kita sendiri tidak menghadirkan hati kita untukNya.
Bagaimana Dia ingin bantu kita?
Tenangkan hati.
Dongak ke langit.
Senyumlah.
Allah itu selalu ada.
Tenanglah.
Damaikan hati mu.
Jangan terlalu memikirkan sesuatu yang kamu juga tidak pasti.
Yakinlah,
Yang memegang segala di masa hadapan itu kan Dia.
Setiap rencanaNya pasti yang terbaik untuk kita.
Tenangkanlah hati.
Hati yang ada cuma satu.
Damaikan hati dengan mencari Dia.
Cari Dia dengan solat, Al-Quran, zikrullah.
"Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram" (Ar Ra'd 13: 28)

Notakaki:
Ini juga pesanan untuk diri Nopa.
Kadang2,
I'm such an overthinking person which then dragging me being unhappy.
Aish.
Moga Allah lapangkan hati.
Moga Allah masih sudi memegang dan mendidik hati ini.
Mohon doa kalian.

Salam sayang,
Spread Salam and smile ya!
Me,
Norfa ♥

Friday, February 1, 2013

A lie.

Salam alaik!
Just a random thought  in the middle of night .
Ok, Nopa just told you a lie.
It is 1030 pm here. Still, like, 'malam masih muda' maaa. Hehe!
And Muslims in Malaysia,
Selamat subuh ya semuaaa!
;)

Ok2,
Serious topic, kan?
Just so you know,
I am a random girl with a random thought.
*aiceh*
No,
According to FB bio,
'I'm a 157cm girl that heals pain with smile'
*aiceh lagi*
Haha.
Banyak pulak intro nya pun.

So,
Topic for today is,
A lie.
Ya.
Let's go straight and dont belok2 of the topic.
Hihi.
*hey,serious, Nopa!*
_tahan giggling_
Ok,
Nopa  sangat not fancy a liar.
Kalau orang cakap 'takpe,tipu sunat'.
Terus kecikkan mata.
Kalau ada acid,
Rasa nak simbah ke dia.
*saikonya! Kihkih!*
:P
Eh,
Siapa sini suka kena tipu?
Siapaaaa..siapa?
Tipulah kalau awak suka kena tipu.
Tipu. Tipu. Tipu.
:
:
:
But,ya...
Please, please, ohhhh please.
Dont you ever tell a lie.
It just,
Too mean.
Ya.
Kejam kot!
Tahu tak,
Orang yang berjaya kita tipu tu sebenarnya adalah orang yang paling percayakan kita.
Sebab tu la,
Kita berjaya tipu dia.
Diulangi,
Orang tu percaya kat kita.
Percaya.
And personally,
For me it is such an honour bila orang percayakan kita.
Ingat senag senang ke nak percaya orang.
It takes time kan?
There are qualities in you yang buat orang percaya.
So,
Janganlah jadi pentipu.
Jangan rosakkan your positive values that they've seen in you.
;)

Ya.
Bodohkah dia?
Bukan sebab dia bodoh lalu mudah ditipu.
Tapi dia bodoh sebab percayakan orang yang penipu.
Ada faham?
Jadi,
Siapa yang sangat3 tak layak hidup sekarang ni?
Kita?
Ya.
Kita yang kejam,
Tak layak hidup.
Pasai pa?
Pasai kita ni kira macam pentingkan diri, tahu?
Kita,
Kalau nak tipu orang,
Bedah dada,
Bedah perut.
Keluarkan hati,
Jantung.
Ya, itulah erti seorang pentipu.
Kosong.
Tapi tulah.
Orang yang sanggup menipu ni,
Apa dia tahu.
Yang dia fikir,
Rahsia dia masih selamat.
Orang yang ditipu?
Hidup dalam kepercayaan yang dusta semata.
Terus dibodohkan oleh Sang pendusta.
Ahh.
Ayat sastera.
Begitulah.
Hakhak.
:P

Ahhh.
Kedengaran seperti marah sekali.
Hihi.
Jangan risau.
I mean no harm.
Saja azam baru ni nak rajin update blog sebenarnya.
Enjoying good internet service while still here in UK.

Aha!
Sounds so serious kan entry ni?
Jangan bimbang bha.
Haha.
Sabahan pula.
Ini takde apa2.
Takde kena mengena Nopa kena tipu ke apa.
Kalau ada pun Nopa ditipu,
Me tak tahu pun,
Sebab Nopa masih percaya orang2 yg rapat dengan Nopa.
*senyum paling innocent!*
:'D

Tapi,
If one day me tahu,
*taknak tahuuu but they say, tell the truth even your voice is shaking*
Mungkin hati tu boleh patah seribu bak lagu Shila Hamzah.
Malah,
Mungkin lebih seribu?
Mungkin retak 10 ribu?
20? Malah berbillion?
Tak kisah la berapa ribu patahnya.
Sang pentipu tu tak kisah jua.
:'P
Kalau kena tipu,
Sampai mati taknak percaya dah.
*emo*
Me allergic dengan orang yang menipu.
Ahh.
Ni munkgkin sebab banyak tengok kes kawan2, tengok drama lagi.
Eh,
Siapa kata yang dalam drama tu tak ada dalam real life.
Ada ok.
Kalau tak mana datang idea2 orang berdrama.
Ok.
Pasal drama tetiba.
Lols.
Back to topic.
Ha...tipu lah orang yang ditipu tu takkan mengamuk.
Mungkin sekurangnya menangis.
Mungkin terdiam tak terkata apa2l
Ya.
Banyaknya kemungkinan.

Satu je pesan me,
Personally,
Apa yang Nopa pegang,
ALLAH tu MAHA ADIL.
Chin up.
Maafkan.
Susah memang susah.
Tapi,
Memaafkan tu satu cara untuk let go things, kan?
Kalau kena tipu sampai you need to go jail and die,
Atau berhabis duit beribu riban,
There are ways to solve these cases kan?
Effort3!
:'D
Heart broken?
Time will heal that.
Use obstacle that comes to make you closer to Allah.
The One who created your heart and will never let it hurts kan...?
;)

So,
There you go.
Ya.
Random post.
Random topic.
:
:
:
:
I really dont fancy bab 'TIPU-TIPU' ni.
Ya Allah,
Jauhkan kami dari sifat ini.
Juga jauhkan kami dari golongan ini.
Ameen.
:)

Salam sayang,
Norfa ;)

Notakaki:
Appreciate what YOU HAVE before it becomes WHAT YOU HAD.
Cliche.
But true.
You wont see what you have until it is no longer longing for you.
Eh.
hey,kejap,chuppp!
kecik2 dulu suka chanted this: tipu dosa, mati seksa, akhirat nati masuk neraka.
Lols.
Sooooo budak-ish.
Rindu zaman budak-ish.
Hehe.
Ok.
Bublebye peeps!
The one who good at console people the most is usually the one who had cried alot?
Smile, it looks good on you ♥

Monday, January 28, 2013

Seindah Canterbury indah lagi ibu pertiwi.

Bismillah, alhamdulillah today I still can type something for my blog :)
So,
Assalamualaikum everyone!
Hope everything is well out there ;)

Anyway, this is my very first time I'm writing this post using an application from my tabby (my Samsung tab 2 name, lol!),
so I hope it still appears like if Im using my lappy.
Well, it has been quite zaman batu since me posted something on my blog, kan?
Sorry because me been busy lately. *aiceh....*

Ok,
Memang tajuk post macam......
.....
......
Itu memang poyo.
*Awie style*

Well,
Just so you know,
2013 is my final year in UK.
InshaAllah Nopa and 50 org lagi kawan2 terchenta tersayang terbusyuk termasyam semua akan balik for good to Malaysia hujung bulan June this year.
MashaAllah, pejam celik, kurus gemuk kurus balik gemuk sedikit, dah nak 3 tahun kami kat sini.
And today is 28 January, which means, inshaAllah mostly my friends and i akan balik on 28 June, 5 months from today. Roughly 150 hari lagi . Kot?
Eh. Gila. Lama.
*siapa kupas bawang ni?* T.T

Tapi takpe, alah bisa tegal biasa. *sesuai ke ni tetiba Nopa letak* :'P
2 tahun tak jumpa ayahanda bonda terchenta, homesick jangan cakap.
Bantal dan duvet tahu banyak mana air mata dah teriak dah.
*Dila taktak punya kata2. Hehe*

Tapi2,
MashaAllah, Allah bagi kami rasa winter terakhir dengan salji minggu lepas.
Seharian jugalah pergi bergambar main salji dengan Syin. Hihi.
Alhamdulillah, terubat rindu Malaysia tu.

Now me and friends sibuk berdissertation, atau nama manjanya Dissy daisy.
Zzzz.
40% contributes to our credit.
Allahumma yasseer wala tu' asseer :)
Plus,
every week on Thursday kami kena p sekolah for school placement.
Assignments jangan habaqla.
Tiada assignments, bukan student namanya.
Pahit getir hidup sebagai student ni la nanti bakal kita rindu kan?
Malam berjaga.
Siang mata macam panda.
Beramai-ramai kat printing room print esaimen.
Aihhh.
Zaman student ni juga kita belajar macam2 perangai orang.
Sorang macam tu, sorang macam ni.
Sorang begitu, sorang begini.
Kita pun belajar macam mana nak bergaul dengan orang juga.
Usrah berbulatan gembira punn alhamdulillah zaman2 kat university ni la kenal.
TarbiyahNya selalu ada dekat dalam kehidupan seharian.
Ha...
Indah zaman jadi student ni sebenarnya.
Ada benda baru kita cuba sama2 degan kawan kita.
Ada masalah, family jauh, tapi kawan2 masih ada.
Ada kalanya rasa susah. Kerja bertimbum. Homesick teruk. Mengidam durian. *eh*
Urmmm2......
Sekarang memang rasa susah, tak sabaq nak balik Malaysia nun.
Tapi duk dengaq dari senior2 yang busy praktikum, rasa bimbang pun ada nak balik nanti.
Sokay, sokay..
When the time comes, hadapi saja.
Apa org selalu cakap;
Kita ni usaha dan buat apa saja yang terbaik untuk masa sekarang, jangan overthinking,
Sebab? Yang pegang masa depan tu kan Allah, whatever pun, pasti Allah racang yang terbaik untuk hamba2Nya ♥
Eh, Sorry if Nopa sounded macam kaunselor sekolah korang ek..dudududu :'P

Abah pun selalu pesan,
Bukan senang nak senang
Tapi tak juga susah utk susah.
Berenang renang anak ikan,
Anak ikan tercekik bahulu;
Nak senang dimasa depan,
Kenalah bersusah dahulu.
Pantun diolah abah terchenta.

Ibu pula selalu cakap camni;
"SEMANGAT3!"
Ye, 3 kali untuk sokongan jitu dan semangat yang padu.
Hehe.
:'D

Okkay2,
Im not writing an essay anyway. Hihi.
Panjang lebaq pula sembang kat blog niaaaa.
Till then,
Doakan Nopa dan kawan2 di sini ya.
Salam sayang,
Norfa ^_^

Notakaki:
Alang2 nak berdoa tu, sekalikan doa supaya Nopa kurus.
Nopa kurus. Nopa kurus. Nopa kurus.
40 kali.
Puhhh.
Ok. Selingan iklan. Haha.
Salam alaik! Spread salam and smile!
;)