Friday, November 14, 2014

Resepi: Roti Kismis Gebu Gebas

Tingtangtingtang dengan Nopa kali ni nak share resepi roti lagi. Resepi asal aritu resepi untuk roti sarang lebah. Then ada beberapa kali cuba tukar2 jenis minuak. Ada guna minyak biasa, planta last sekali Nopa rasa Mazola paling buat roti kita ge u gebas. Jadi, jemput cuba resepi Roti Kismis yang senang baq hang ni ;)

Bahan A:
2 sk yis
2 sb gula
1 cawan air suam (suam tau, jangan panas)
2 sb susu tepung.
(Jika takde susu tepung, ganti dengan 2 sudu susu pekat, gula kurangkan 1 sudu)

Bahan B:
4 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
Setengah cawan kismis. Kalau tak suka takyah letak pun takpe. Tukar la apa2. Be creative ;)
Secubit garam

1/2 cawan minyak masak (Nopa guna MINYAK MAZOLA, roti lebih lembut)

Untuk topping:

Sliced cheddar cheese
bijan
1 biji kuning telur

Cara-caranya:

1.  Campurkan bahan A dan tunggu hingga yis berbuih. *jangan lupa panaskan oven dulu okkay? *
2. Dalam bekas untuk menguli, satukan bahan kering dan tuang campuran yis yang dah berbuih. Uli perlahan sambil masukkan minyak.
3. Uli sampai kental baq hang. Lembik tak apa, memang macam tu ;)
4. Rehatkan doh hingga naik sekali/dua kali ganda. Tutup dengan kain lembab supaya doh tidak kering.
5. Lumur tangan dengan minyak supaya senang nak bulat2 kan dalam loyang.
6. Potong sliced cheese, susun atas roti. Sapu kuning telur dan taburkan bijan. Nopa tambah kismis.
7. Bakar 20 minit.
8. Keluar dari oven, sapu dengan planta. Bagi berkilat cantik elom ja ;)

Selamat mencuba!  Nomnomnom!


Tolong click link bawah ni, pleaseeeeee ;)



http://peruserpaid.com/?ref=49935


No comments: