Friday, November 28, 2014

Resepi : Roti Mexico ala Rotiboy or Paparoti

Salam and hai kakak2, adik2, abang2 kalau ada yang baca jugak...hiks!
So, mencari resepi roti mexico aka roti boy aka paparoti?
Lai lai, Nopa nak share resepi senang baq hang, inshaallah tak derhaka resepi maka akan menjadi. Gituuu~
Thank you to my coursemate Sammy sebab she has inspired me to do this. Ekeke! Tq sammy!

So, nah... ;)

Bahan-bahan untuk roti:

Bahan A:
2 sk yis
1sb gula
1 cawan air suam (suam tau, jangan panas)
2 sb susu pekat
Bahan B:
4 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
Secubit garam


Bila cakap sudu kecil jangan kecil sangat haha. Agak agak macam separuh sudu besar.

1/2 cawan minyak masak (Nopa guna MINYAK MAZOLA, roti lebih lembut)

Cara-caranya:

1.  Campurkan bahan A dan tunggu hingga yis berbuih. *sementara tunggu berbuih, apakata ampa buat inti dia dulu bagi beku?* ;)
2. Dalam bekas untuk menguli, satukan bahan kering dan tuang campuran yis yang dah berbuih. Uli perlahan sambil masukkan minyak.
3. Uli sampai kental baq hang. Lembik tak apa, memang macam tu ;)
4. Rehatkan doh hingga naik sekali/dua kali ganda. Tutup dengan kain lembab supaya doh tidak kering.

Bahan-bahan inti :

Bahan Inti -
100 gm mentega
1 sk esen vanilla
2 sb gula perang

Cara-caranya:

1. Pukul mentega + esen vanilla+ gula hingga kembang..
2. Masukan dalam bekas dan di simpan dalam peti ais bagi depa keras so that senang nak bungkus dalam doh roti.

Bahan Topping

100 gm mentega
4sb gula caster
1 biji telur
1 packet 3 in 1 nescaffe (merah) dicampur dgn 2 sudu besar air panas + 1sk cinnamon powder~ kacau sebati kalau tak suma cinnamon takyah pun takpeeeee~
8sb tepung gandum

Cara-cara-

1. Pukul mentega dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul hingga sebati
3. Masukan campuran nescaffe dan pukul lagi hingga sebati
4. Akhor sekali masukkan tepung, kacau hingga sebati.
5. Masukan dalam piping beg dan simpan dalam peti sejuk~ piping beg takdak, guna plastik ja ;p

Dah buat roti, ini seterusnyaaa :
1. Leperkan bahagian doh dan letak inti roti dan kemaskan. Buat bulat2 dan letak atas dulang yang telah dilenser dengan mentega.
2. Buat hingga abis
3. Panaskan oven 170C selama kurang lebih 5 ke 10 minit.
4. Sebelum bakar keluarkan topping roti dari peti sejuk dan pipe atas roti dalam bentuk spiral (bulat) bermula tengah roti.
5. Bakar selama 15-20 minit hingga roti kekuningan masak.

Siap di hidang. Harum semerbak!

Original recipe: http://gracekitchencorner.blogspot.com/2014/07/mexican-bun.html?m=1

2 comments:

Aizita Hamid said...

tq Norfa..ins syaa Allah nanti aunty try...

Arinah Iwana said...

sedap tak kak ? sama tak rasa mcm papa roti tu ?