Sunday, January 9, 2011

Pesan Nenek,Dengarkan~:')

Salam and good day readers!
Yo wassup!
Eh,
Assalamualaikum...
Ha,kan molek bahasa bagi salam gitu, semolek cik penulis en3.
Ehem!
:P
*Sopan tak?ehe!Jari sempat tunjuk peace!Gambo time kena jadik cikgu praktikum memang ah!:P*


Ok2..Ramai update status kat FB katanye tak puas hati Ana Raffali menang.
Ala..Rilex la der...
Dah rezeki dia menang.
Aku pun honestly cam frust gak sebab my superman Faizal Tahir tak menang.
Oh Faizal!
*Drooling!ekeke*
Rasa nak nanges je tadi Faizal tak menang part lagu.
Nasib baik aku tengah skype ngan nenek terchenta.
Kena control babe.
Tak pasal emo depan nenek.
Ok,tukar panggilan nenek tuh.
Aku panggil nenek aku "Nya-i" tapi ejaan dia sebenar "Nyi"
Ha..kata orang jawa!
Heee!!
ok.Sambung.
Aku tensi sikit kot Faizal tak menang!
Huhu.
Emo2.
Tapi aku chillax je depan Nyi aku tadi.
Kompius lak Nyi aku tuh tengok cucu dia emo kang.
Hihi.
Plus Nyi aku banyak bagi pesanan.
Yang bagi aku cam comel je nyai aku ni.
Haha.
Dia asyik ulang cakap camni; 
"Fatimah..Fatimah..alahai cucuku jauh"
Touching ok time dia cakap camtu ulang2.
:')
*Fatimah is my second name yep!:)*


Lagi pesan Nyai.
"Jangan carik jodoh omputeh, carik orang Malaysia je"
Aku gelak2 sebab rasa pesanan tuh comel n kelakar.
Dan2 tu Nyai aku kata,
"Orang siyes ni,betol2 cakap nih"
Ehe!
Sorry lah nyi..
Tergelak sebab rasa nyi sangat comel!
^_^


Lagi pesan Nyi tadi,
"Makan jangan lah banyak2"
Haha!
"Makin bulet!"
*bukan typo,tapi memang sebut gtu.Nyi aku jawa yep!ehe!:P*


Ok.Macam ibu aku dah ha.
Ibu pun sambung,
"Tengok Nor,Nyi pun cakap Nor bulat dah"
Pesanan sama je.
Nyi cakap muka aku makin bulat.
Uhuk!
--.--"


Pastu kan paling touching,
dah jam 1230 mlm kot Malaysia tadi.
Tapi Nyi aku cakap tak ngantuk lagi.
Padahal aku tahu, dia mesti penat.
Yela,abah baru p amek dia kat Muar siang tadi.
Aku kata Nyi p la tidur,rehat2.
Dia cakap;
"Taklah,tak penat pun. Nanti tidurlah.Alahai jauhnye cucuku"
Dia ulang lagi word "Jauh"~
Fuhhhh!
Sebak kat hati,Allah je tahu.
Ibu pulak cakap kat nyi,
"Ibunye ni rindu sampai cium skrin laptop ni ha"
Abah menyampuk,
"Abahnye kalo rindu selalu2 tengok bilik dia"
Ibu, Abah, Nyi.
Rindunye!!!!
:')


ok,
InshaAllah will be back on 4 July 2011.
Korang doakan semua berjalan lancar ye.
Now count down je.
Lebih kurang 6 bulan.
Ok.
Abaikan.
Focus dulu my exam on May nanti.
Tapi,
Siyes!
Malaysia dah memanggil-manggil ok.


Hurm2~
Aku mengaku aku anak manja.
Ala,
Tak masuk neraka pun ha manja ngan family~
kan2???
:'P
aku tahu aku kuat,
manja2 aku pun aku leh tahan hidup jauh dari diorang.
Sekejap je ni.
Bertahan Nor!
Semangat semangat semangat!
:')


aha.
Dah la tuh.
Kang aku nanges kang.



*Aku curik gambar nih kat album gambar Abang Sepupu aku,ni lah my nyi!*
*Gambar raye last year d Muar!:)*

Oh ya,
presenting to you,terimalah;


ehe~my 2nd name is Fatimah btw~
Perasan jap ngan lagu ni~:P

Till then,
Cuddles and smooches!
Hey U!
Yes U lah!
Sakit2 gigi pun,senyumlah sikit!!
Heee~
[^_^.]v

Saturday, January 8, 2011

Quick Update.

Salam and good day readers!!
Ok.
This is just a short n3 by me.
A friend told me this :
"Your blog not s cute s it is before"~[Ifa,2011]

*Kak Ipah!!hihi*


Sabar yeh kawan2!
Now my blog is under construction~
^_^

Till then,
cuddles and smooches!!
Hey U!
Senyumlah sikit!!
Alolo omeynyeeeeh!!

ehe!
=.="

Friday, January 7, 2011

Salji.

Salam and good day readers!
Awak sihat?
Mereka sihat?
Semua sihat?
Alhamdulillah!
Saya pun sihat belaka di sini.
Heee~
*Koya sokmo duk gune sya awak!:P*

Okeyh2,
bila semua orang sihat maka bolehlah anda semua membaca belog burok ini tanpa sebarang halangan kan2..
ngeeeheee~
^_^
bydaway,
winter break meeting its end 2 hari je lagi nia..
wuwuwwuwu!
But it's okay!
Aku pun dah lama sangat tinggal buku!
=.="

Tawu tak sekarang nih weather forecast meramalkan kami akan menghadapi hujan je tiap ari nia..
AigOoo...mesti kami akan dalam kebasahan dan kesejukan ke kelas nanti..
Tak syok ah!
Jalan kaki 5,6 minit tak pe gak~
Nih 20-30 minit ok!
AigOo!
AigoO!
Sejuk,basah...
tak suke tak suke tak suke ye!
>.<

Ok fine.
Lari topik.
Aku nak citer pasal salji sebnarnye niha.
Salji.
Uish.
Orang ramai tanya, best tak salji?
Ade pulak cakap, Best la dia dapat maen salji.
Ade lak komen, uish...kan best kalau Malaysia pun ada salji.
Ok.
Dulu kecik2 selalu berangan.
Selalu imagine,camne lah salji tuh.
Selalu duk tengok kat cite omputih.
Cite Home Alone tuh.
Now,Alhamdulillah.
Kadang2 aku cam tak sangka,
i'm far far away from tanah tumpah darah aku.
*Tacing2 palk~:P*

Hihi.Dah2,not time utk tacing2 ok~
Salji.
My comment,

"Subhanallah!

urghhh!!
Salji for first time memang heaven!
Sangat sangat sangat sangat laaaaaa CANTIK!"

Dunia diselubungi warna putih,
mak aih..sesuci salju je nampak!
Siyes nih!
bukan nak jiwang yep.
Santek santek santek!
:')

Macam mana rasa pegang salji?
Ok,
macam ABC without sirap air gula bagai.
Tapi lagi halus.
Sangat halus.
Soft.
Aish.
*Cam terharu gile dapat rasa semua nih*
:')

ha,
macam kapas kot!
Tapi sejuk.
*Opkos lah kan..:P*
Texture salji tu sangat halus.
And tahu kan 'snow flakes'?
Ha,memang cam tu la rupa dia cam kat kartun2 tuh.
Cantik.
:')

Ok,
memang jakun kot jumpa salji memula tuh!
Hihi~
Omputih pon jakun ok!
Dudududududu!
:P

huh!
Tapi tu masa memula je.
Seminggu ada salji.
Lepas 2 minggu mencair dah.
Then nak dekat Krimas ri tu,
MashaAllah,lebat!
Satu petang tu je pun lebat terus tebal salji kat luar.
Masa aku g jalan2 London~Birmingham and Sheffield~
Whoa,1 ujian ok berjalan dalam salji!
Ok,korang sila rujuk my video nih :


and time tu suhu was -13 deg.
Oh my!
-13 ye kawan2.
2,3 degree pon dah ketaq!
Ni plak -13..
oh Oh oh!
1 ujian yang besar..
:')

ok2!
takyah emo lebih2.
Now nak share gambar2 masa jalan2 dalam salji tu:















Urm2..camtulah salji..
Aku demam kot time jalan2 tuh.
Kat Leicester aku takde bergambar pun cuz me tak ikut diorang g jalan2 ari tu.
Tak larat meh..
:'(

Sejuk sangat sampai headache.
Sabar je lah.
:')

So,tu je kot pasal salji.
Kesimpulannya?
Salji memang best,
cantik for sure..
but later on will rasa sangat tak best berjalan dalam snow tebal.
It's really hard to walk in snow.
Licin pon ye,
Sejuk sampai tulang belulang ok!
Even layers of baju pun,sejuk gak!
wuwuwuwuwu~
:'(

Lagipun,
Tak leh pakai santek2 time sejuk.
Jaket tebal tuh je la leh pakai!
:P

Haha.
Till then,
Cuddles and smooches!

Hey You!
Senyumlah sikit!
[^_^.]v


p/s:Pape pun,aku sangat bersyukur,sebab Dia beri aku peluang rasa salah 1 nikmatNya kat dunia ni..Alhamdulillah,thank you Allah..:')

Monday, January 3, 2011

Pertunangan.

Salam and good day readers~
Anda sihat?
Mak anda sihat?
Ayah sihat tak?
Kakak and abang pekaba?
Adek2 korang sihat ke?
Nenek di kampung tu,dah telefon belum?
Aha!
Dah call family ke hari ni?
Amboi...SMS encik boyfie selang seminit,SMS mak ayah selang sebulan pun payah!
Tak baik woo..
Sayangilah keluarga anda,kerana mereka begitu berharga.
*Aku homesick sebenarnya nih!Emo!*
:'(

Ok,
itu hanya sekadar intro.
Untuk masuk topik ari ni.
"PERTUNANGAN"
Woot woot!
Engagement bahasa omputihnya ye.

So,
entri ni aku dedicate specially for satu2 abang aku;
Mohd Rasid
and 
Kak Ain Aisyah 
[clap clap clap!my Future sista in-law~:)]
Ameen~

Tahniah for you both~
26 December 2010
:
:
Sangat sedih because I wasn't there untuk sama2 bertandang ke rumah Kak Ain~
:'(

Tapi takpe,
wait for me next July 2011.
InshaAllah,
I'll be there for their wedding ceremony!
Yeay!! Tiket flight dah beli pun!
Excited sangat kot!
Plus rindu hingga mengigit jari kat Malaysia!
Wuwuwuwu!!
*Emo lagi*
:')

Ok,
Hanya gambar pengubat rindu aku ye~
Sobs3~
:'P
Lorries,buses,an aeroplane thanks to Bro Faizan Zainal for these photos ya.
*haha..saje nak ckp betapa bnyk tima kasih kt bro nih!*
:')
*Korang yang nak kawen ke,nak tunang ke call dia eyh~Promote jap!heee~:P*


Hee..senyum bahagia eyh!
Sayang dua2 nih sangat2!
:') 

Ni my Sis, Kak Suraya yang gubah..
Sireh junjung and 'Duit Tanda'
Ha..korang tawu ke 'Duit Tanda' tu camne?
Lemme cerita sikit okay?
:)
Kalau ikut adat Johor *rasenye adat Johor kot..hehe*,
If hantaran tu 10 ribu Ringgit Malaysia 
*Ke korang nak pound?ekeke~:D* 
makanya 'Duit Tanda' nya itu jadi RM100
*pesal ayat aku cam orang seberang ni?:P*
~RM 10 simboliknya RM 100~
My sis buat gubahan ni RM 110,so hantarannya berapa tu?
hee..cepat2,amek kalkulator..
:P


 Perasan tak my ibu punya dimple?
My sista in law to be pun got it..heee~
Like3!
^_^


Selamat bertunang to you both~
Moga sampai ke majlis lebih besar nanti!
:)

*Tiba2 me rasa tak sabar nak tunang jugak..hihi~GATAI!!!*

Btw,me got request suruh cerita bout salji..hee..nanti eyh...nanti aku cerita baek punya bout winter kat sini!
^_^

*tiba2 nak mencapub gak!:P*

haha!
till then,
cuddles and smooches!
Hey Kamu!
Senyumlah sikit!!
[^_^.]v

Saturday, January 1, 2011

Berpesan-pesan.

Salam and good day readers.
Salam tahun baru 2011.
Aku cuma nak berkongsi.
Tiba2 je terlintas benda2 ni.
Aku mungkin tak layak untuk cakap semua ni.
Tapi,
jujurnya,
aku tulis blog guna hati yang 'ditapis' dengan akal.
Ok.
Aku ada terbaca,

‎"Stop and take your time to notice things and make those things you notice matter."
— Cecelia Ahern

Aku setuju ngan kata2 novelist nih.
Kita perlu luangkan masa untuk buat refleksi diri.
Manalah tahu,masa tu kita baru sedar mana kurangnya kita,mana silapnya kita,mana lebihnya kita.

Lagi next quotation mana tah aku baca,

"Kenyataannya semua orang akan melukakan kita,
kita hanya perlu mencari yang betul2 layak untuk kita terluka kerana dia"
~Aku cam agak kurang suka dengan kata2 ni~

Persoalannya,
Layak ke diri kita untuk cakap macam tu.
Layak ke kita untuk mencari orang yang layak.
Sendiri tak sempurna,
tapi sibuk mencari kesalahan orang lain.
Sedar tak,
mungkin kita yang bersalah.
Mungkin kita pemula segalanya.
Mungkin kita yang melukakan dia.


Bila kita dah terbiasa tengok orang tu senyum,
pernah tak kita terfikir yang dia sebenarnya sedang menangis.

Bila kita dah terbiasa rasa kita je yang betul,
pernah tak kita rasa yang kita sebenarnya bersalah.

Bila kita dah terbiasa tidak mengucapkan maaf,
pernah tak kita terfikir betapa egonya kita.

Bila kita dah terbiasa mencari kesalahan,
pernah tak kita rasa yang kita banyak juga kekurangan.

Bila kita dah terbiasa tengok orang tu seorang yang serius dan mudah marah,
pernah tak kita teringat masa2 dia gelak ketawa dan bergurau.

Bila kita dah terbiasa bergurau,
pernah tak kita sedar gurauan itu bukan lagi satu gurauan tapi adalah sesuatu yang menyakitkan.

Senyum tak bermakna suka.
Gelak tak bermakna bahagia.
Diam tak bermakna benci.
Senyap tak bermakna mati.

Kita dah terbiasa melihat hanya pada zahir.
Tak gitu?

Sedangkan orang yang punya hati yang berhubung dengan akal akan selalu fikir dalam2.
Tapi orang yang dah terbiasa menilai,
pantas je buat andaian.
Hakikatnya mungkin tak seperti yang terzahir.

Antara words yang aku selalu ingatkan kat diri sendiri,

Tak rendah pun bila merendah diri.
Tak tinggi pun bila meninggi diri.
Tak kurang pun bila memberi.
Tak lebih pun bila simpan hanya untuk diri sendiri.

Kita sibuk mengekpresi diri melalui kata2.
Aku pun.
Mengekpresi apa yang aku rasa melalui kata2 kat blog aku ni.
Ni la tempat aku bermonolog,
bila hati buntu mencari tempat untuk meluahkan segala yang terbuku.

Kalau hati mereka masih punya rasa,
pasti mereka akan terasa.
:
:
Biarlah.
Yang pasti
tak ada antara kita yang sempurna.

Mungkin kau akan cakap,
"Ala,macam mulia sangat je hati dia tu"
"Eleh,bajet!"
"Ala,dia tu cakap memang pandai susun ayat"

Aku tak kisah.
Aku percaya, dan aku tahu,
Seseorang itu tidaklah layak menghakimi apa yang ada di hati seorang insan lain kerana rahsia hati seorang hamba hanya Sang Pencipta je yang tahu.

Yang perlu,
HANYA REFLEKSI DIRI
HAKIMI DULU DIRI SENDIRI
RENUNG DULU CERMINAN DIRI
:
:
:
Layakkah kita dengan apa yang kita fikirkan kita layak?
Kau benci orang,
tahu tak ada orang yg benci kat kau jugak?
Kau sakitkan hati orang,
Percaya tak someday nanti ada orang sakitkan hati kau semula?
Kau buat baik kat orang,
jangan lak pernah mengeluh dan rasa sia2.
Dia mengira tiap sesuatu walau sebesar zarah bukan?
[99:7-8]

Sungguh Dia Maha Adil.

So,
jom kawan2.
Sama2 kita renungkan.
Mari berpesan-pesan~
:')
[103:1-3]

Till then,
Segala kata2 yang baik itu Dia yang ilhamkan, Alhamdulillah.
Dan yang buruk serta khilaf pula datang dari hati aku yang tak cukup bersih lagi. Astaghfirullah.
:')

Ok,
sila senyum selalu ya!
Senyum ubat segala yang sakit.
[^_^.]v