Saturday, January 1, 2011

Berpesan-pesan.

Salam and good day readers.
Salam tahun baru 2011.
Aku cuma nak berkongsi.
Tiba2 je terlintas benda2 ni.
Aku mungkin tak layak untuk cakap semua ni.
Tapi,
jujurnya,
aku tulis blog guna hati yang 'ditapis' dengan akal.
Ok.
Aku ada terbaca,

‎"Stop and take your time to notice things and make those things you notice matter."
— Cecelia Ahern

Aku setuju ngan kata2 novelist nih.
Kita perlu luangkan masa untuk buat refleksi diri.
Manalah tahu,masa tu kita baru sedar mana kurangnya kita,mana silapnya kita,mana lebihnya kita.

Lagi next quotation mana tah aku baca,

"Kenyataannya semua orang akan melukakan kita,
kita hanya perlu mencari yang betul2 layak untuk kita terluka kerana dia"
~Aku cam agak kurang suka dengan kata2 ni~

Persoalannya,
Layak ke diri kita untuk cakap macam tu.
Layak ke kita untuk mencari orang yang layak.
Sendiri tak sempurna,
tapi sibuk mencari kesalahan orang lain.
Sedar tak,
mungkin kita yang bersalah.
Mungkin kita pemula segalanya.
Mungkin kita yang melukakan dia.


Bila kita dah terbiasa tengok orang tu senyum,
pernah tak kita terfikir yang dia sebenarnya sedang menangis.

Bila kita dah terbiasa rasa kita je yang betul,
pernah tak kita rasa yang kita sebenarnya bersalah.

Bila kita dah terbiasa tidak mengucapkan maaf,
pernah tak kita terfikir betapa egonya kita.

Bila kita dah terbiasa mencari kesalahan,
pernah tak kita rasa yang kita banyak juga kekurangan.

Bila kita dah terbiasa tengok orang tu seorang yang serius dan mudah marah,
pernah tak kita teringat masa2 dia gelak ketawa dan bergurau.

Bila kita dah terbiasa bergurau,
pernah tak kita sedar gurauan itu bukan lagi satu gurauan tapi adalah sesuatu yang menyakitkan.

Senyum tak bermakna suka.
Gelak tak bermakna bahagia.
Diam tak bermakna benci.
Senyap tak bermakna mati.

Kita dah terbiasa melihat hanya pada zahir.
Tak gitu?

Sedangkan orang yang punya hati yang berhubung dengan akal akan selalu fikir dalam2.
Tapi orang yang dah terbiasa menilai,
pantas je buat andaian.
Hakikatnya mungkin tak seperti yang terzahir.

Antara words yang aku selalu ingatkan kat diri sendiri,

Tak rendah pun bila merendah diri.
Tak tinggi pun bila meninggi diri.
Tak kurang pun bila memberi.
Tak lebih pun bila simpan hanya untuk diri sendiri.

Kita sibuk mengekpresi diri melalui kata2.
Aku pun.
Mengekpresi apa yang aku rasa melalui kata2 kat blog aku ni.
Ni la tempat aku bermonolog,
bila hati buntu mencari tempat untuk meluahkan segala yang terbuku.

Kalau hati mereka masih punya rasa,
pasti mereka akan terasa.
:
:
Biarlah.
Yang pasti
tak ada antara kita yang sempurna.

Mungkin kau akan cakap,
"Ala,macam mulia sangat je hati dia tu"
"Eleh,bajet!"
"Ala,dia tu cakap memang pandai susun ayat"

Aku tak kisah.
Aku percaya, dan aku tahu,
Seseorang itu tidaklah layak menghakimi apa yang ada di hati seorang insan lain kerana rahsia hati seorang hamba hanya Sang Pencipta je yang tahu.

Yang perlu,
HANYA REFLEKSI DIRI
HAKIMI DULU DIRI SENDIRI
RENUNG DULU CERMINAN DIRI
:
:
:
Layakkah kita dengan apa yang kita fikirkan kita layak?
Kau benci orang,
tahu tak ada orang yg benci kat kau jugak?
Kau sakitkan hati orang,
Percaya tak someday nanti ada orang sakitkan hati kau semula?
Kau buat baik kat orang,
jangan lak pernah mengeluh dan rasa sia2.
Dia mengira tiap sesuatu walau sebesar zarah bukan?
[99:7-8]

Sungguh Dia Maha Adil.

So,
jom kawan2.
Sama2 kita renungkan.
Mari berpesan-pesan~
:')
[103:1-3]

Till then,
Segala kata2 yang baik itu Dia yang ilhamkan, Alhamdulillah.
Dan yang buruk serta khilaf pula datang dari hati aku yang tak cukup bersih lagi. Astaghfirullah.
:')

Ok,
sila senyum selalu ya!
Senyum ubat segala yang sakit.
[^_^.]v

1 comment:

n@d!r@h said...

"Stop and take your time to notice things and make those things you notice matter."
— Cecelia Ahern

like this:D

hehe hai nor. saja singgah :p