Monday, January 3, 2011

Pertunangan.

Salam and good day readers~
Anda sihat?
Mak anda sihat?
Ayah sihat tak?
Kakak and abang pekaba?
Adek2 korang sihat ke?
Nenek di kampung tu,dah telefon belum?
Aha!
Dah call family ke hari ni?
Amboi...SMS encik boyfie selang seminit,SMS mak ayah selang sebulan pun payah!
Tak baik woo..
Sayangilah keluarga anda,kerana mereka begitu berharga.
*Aku homesick sebenarnya nih!Emo!*
:'(

Ok,
itu hanya sekadar intro.
Untuk masuk topik ari ni.
"PERTUNANGAN"
Woot woot!
Engagement bahasa omputihnya ye.

So,
entri ni aku dedicate specially for satu2 abang aku;
Mohd Rasid
and 
Kak Ain Aisyah 
[clap clap clap!my Future sista in-law~:)]
Ameen~

Tahniah for you both~
26 December 2010
:
:
Sangat sedih because I wasn't there untuk sama2 bertandang ke rumah Kak Ain~
:'(

Tapi takpe,
wait for me next July 2011.
InshaAllah,
I'll be there for their wedding ceremony!
Yeay!! Tiket flight dah beli pun!
Excited sangat kot!
Plus rindu hingga mengigit jari kat Malaysia!
Wuwuwuwu!!
*Emo lagi*
:')

Ok,
Hanya gambar pengubat rindu aku ye~
Sobs3~
:'P
Lorries,buses,an aeroplane thanks to Bro Faizan Zainal for these photos ya.
*haha..saje nak ckp betapa bnyk tima kasih kt bro nih!*
:')
*Korang yang nak kawen ke,nak tunang ke call dia eyh~Promote jap!heee~:P*


Hee..senyum bahagia eyh!
Sayang dua2 nih sangat2!
:') 

Ni my Sis, Kak Suraya yang gubah..
Sireh junjung and 'Duit Tanda'
Ha..korang tawu ke 'Duit Tanda' tu camne?
Lemme cerita sikit okay?
:)
Kalau ikut adat Johor *rasenye adat Johor kot..hehe*,
If hantaran tu 10 ribu Ringgit Malaysia 
*Ke korang nak pound?ekeke~:D* 
makanya 'Duit Tanda' nya itu jadi RM100
*pesal ayat aku cam orang seberang ni?:P*
~RM 10 simboliknya RM 100~
My sis buat gubahan ni RM 110,so hantarannya berapa tu?
hee..cepat2,amek kalkulator..
:P


 Perasan tak my ibu punya dimple?
My sista in law to be pun got it..heee~
Like3!
^_^


Selamat bertunang to you both~
Moga sampai ke majlis lebih besar nanti!
:)

*Tiba2 me rasa tak sabar nak tunang jugak..hihi~GATAI!!!*

Btw,me got request suruh cerita bout salji..hee..nanti eyh...nanti aku cerita baek punya bout winter kat sini!
^_^

*tiba2 nak mencapub gak!:P*

haha!
till then,
cuddles and smooches!
Hey Kamu!
Senyumlah sikit!!
[^_^.]v

Saturday, January 1, 2011

Berpesan-pesan.

Salam and good day readers.
Salam tahun baru 2011.
Aku cuma nak berkongsi.
Tiba2 je terlintas benda2 ni.
Aku mungkin tak layak untuk cakap semua ni.
Tapi,
jujurnya,
aku tulis blog guna hati yang 'ditapis' dengan akal.
Ok.
Aku ada terbaca,

‎"Stop and take your time to notice things and make those things you notice matter."
— Cecelia Ahern

Aku setuju ngan kata2 novelist nih.
Kita perlu luangkan masa untuk buat refleksi diri.
Manalah tahu,masa tu kita baru sedar mana kurangnya kita,mana silapnya kita,mana lebihnya kita.

Lagi next quotation mana tah aku baca,

"Kenyataannya semua orang akan melukakan kita,
kita hanya perlu mencari yang betul2 layak untuk kita terluka kerana dia"
~Aku cam agak kurang suka dengan kata2 ni~

Persoalannya,
Layak ke diri kita untuk cakap macam tu.
Layak ke kita untuk mencari orang yang layak.
Sendiri tak sempurna,
tapi sibuk mencari kesalahan orang lain.
Sedar tak,
mungkin kita yang bersalah.
Mungkin kita pemula segalanya.
Mungkin kita yang melukakan dia.


Bila kita dah terbiasa tengok orang tu senyum,
pernah tak kita terfikir yang dia sebenarnya sedang menangis.

Bila kita dah terbiasa rasa kita je yang betul,
pernah tak kita rasa yang kita sebenarnya bersalah.

Bila kita dah terbiasa tidak mengucapkan maaf,
pernah tak kita terfikir betapa egonya kita.

Bila kita dah terbiasa mencari kesalahan,
pernah tak kita rasa yang kita banyak juga kekurangan.

Bila kita dah terbiasa tengok orang tu seorang yang serius dan mudah marah,
pernah tak kita teringat masa2 dia gelak ketawa dan bergurau.

Bila kita dah terbiasa bergurau,
pernah tak kita sedar gurauan itu bukan lagi satu gurauan tapi adalah sesuatu yang menyakitkan.

Senyum tak bermakna suka.
Gelak tak bermakna bahagia.
Diam tak bermakna benci.
Senyap tak bermakna mati.

Kita dah terbiasa melihat hanya pada zahir.
Tak gitu?

Sedangkan orang yang punya hati yang berhubung dengan akal akan selalu fikir dalam2.
Tapi orang yang dah terbiasa menilai,
pantas je buat andaian.
Hakikatnya mungkin tak seperti yang terzahir.

Antara words yang aku selalu ingatkan kat diri sendiri,

Tak rendah pun bila merendah diri.
Tak tinggi pun bila meninggi diri.
Tak kurang pun bila memberi.
Tak lebih pun bila simpan hanya untuk diri sendiri.

Kita sibuk mengekpresi diri melalui kata2.
Aku pun.
Mengekpresi apa yang aku rasa melalui kata2 kat blog aku ni.
Ni la tempat aku bermonolog,
bila hati buntu mencari tempat untuk meluahkan segala yang terbuku.

Kalau hati mereka masih punya rasa,
pasti mereka akan terasa.
:
:
Biarlah.
Yang pasti
tak ada antara kita yang sempurna.

Mungkin kau akan cakap,
"Ala,macam mulia sangat je hati dia tu"
"Eleh,bajet!"
"Ala,dia tu cakap memang pandai susun ayat"

Aku tak kisah.
Aku percaya, dan aku tahu,
Seseorang itu tidaklah layak menghakimi apa yang ada di hati seorang insan lain kerana rahsia hati seorang hamba hanya Sang Pencipta je yang tahu.

Yang perlu,
HANYA REFLEKSI DIRI
HAKIMI DULU DIRI SENDIRI
RENUNG DULU CERMINAN DIRI
:
:
:
Layakkah kita dengan apa yang kita fikirkan kita layak?
Kau benci orang,
tahu tak ada orang yg benci kat kau jugak?
Kau sakitkan hati orang,
Percaya tak someday nanti ada orang sakitkan hati kau semula?
Kau buat baik kat orang,
jangan lak pernah mengeluh dan rasa sia2.
Dia mengira tiap sesuatu walau sebesar zarah bukan?
[99:7-8]

Sungguh Dia Maha Adil.

So,
jom kawan2.
Sama2 kita renungkan.
Mari berpesan-pesan~
:')
[103:1-3]

Till then,
Segala kata2 yang baik itu Dia yang ilhamkan, Alhamdulillah.
Dan yang buruk serta khilaf pula datang dari hati aku yang tak cukup bersih lagi. Astaghfirullah.
:')

Ok,
sila senyum selalu ya!
Senyum ubat segala yang sakit.
[^_^.]v

Saturday, December 18, 2010

Part 2 : Masa Kecik2 dulu~

Salam and good day readers!
Apa khabar orang2 Malaysia?
Apa khabar orang2 Jakarta?
Apa khabar orang2 UK?
Apa khabar orang2 Perancis?
Apa khabar orang2 Jordan?
Apa khabar orang2 Aussie?
New Zealand?
Mahupun Brunei??
Eceh!
Cara aku cakap cam banyak sangat reader serata dunia..dudududu~
Huk2~tu semua adalah reference dari my traffic ye kawan2..
^_^
Mungkin saje ade yg tersesat mase blogwalking..
Ya..mungkin..
ngeeeeeeee~
*Sengih2 cam kerang nak kena bakar~=.="*

Okey2.
Jangan meleret.
Jom,
masuk topik.
"Masa Kecik Kecik dulu"

Maksud aku masa kecik2 bukan bermakna masa korang bersaiz kecik,atau berbaju sais S mahupun time korang masih kurus takpun kelihatan kecik d mata umum.
[ok,sila paham,aku ngah tensi ngan penambahan berat badan 2kg.]

Dengggg!
Pape tah aku merapu.
Al-maklum.
Menaip jam 1 pagi nia.

Aku sebenarnya nak ajak korang imbas kembali zaman sekolah2 rendah dulu.

Zaman kite tak sabo2 tunggu loceng bunyik.
Bila msuk kelas waktu pertama, tak sabo2 tunggu loceng rehat.
Lepas abes rehat,tak sabo2 tunggu loceng waktu balik.
Zaman tu,makan kat kantin,makan gune pinggan plastik je kan.
Zaman mee goreng 5posen,6posen jer sepinggan.
Zaman air sirap 2posen,3 posen,5 posen segelas.
Zaman kepok lekor seposen jer sekeping.
Zaman kuih muih tu 2 posen sebijik.

Aishhhh.
Sekarang takdapat ar.
Rindu amat kot zaman skolah2 dulu.
Innocent je kite kan time tuh.
Makanan pon murah.
[Ok,winter kat UK skung,so aku selalu lapo n ckp pasal makanan~=.=']

Lupakan makanan tu,
ni aku mawu tanya;
Korang ingat lagi tak?
Dalam kelas kite main pemadam.

*Sumber: Google*

Korang tawu kan camne maen pemadam nih?
niha gambar aku jumpe google tadi :
*Sumber:Google*

korang berjaya tindih pemadam pihak lawan dapatlah score kat situ..
Aish..sonok kot teringat zaman2 tu.

Selain game,
aku teringat betapa kite innocent masa kecik2 dulu.
Bukti??
Banyak.
Jom,aku citer mane2 yang aku ingat ikot zaman aku ek.
lalala~
ni,
korang pernah tak alami konflik ngan kengkawan mase kecik2 dulu.
Ala,biasa lah kot,
Conflict budak2..
tibe2,
"Tak nak kawan!"

Jeng jeng jeng.

Innesen giler kite time tuh.
"Tak nak kawan awk,awk gune pensel kite tak bagitahu pun."
"Kite taknak kawan awk,awk potong barisan kite."
"Ko jangan kawan dia tau,dia jaat,curik pen kite semalam."
"Kite taknak kawan dia,dia kedekut,eksyen,jeling2 kite lak tibe2."
"Taknak kawan awk,kite bagitahu mak kite awk buat kite."

Giler ah.
Main taknak2 kawan pulak dah.
Pastu duk hasut kawan lain jangan kawan ngan orang tu jugak.
Pastu maen jeling2 mata.
Alah.
Kejap je tu.
Dua tiga hari kompem baik semula,dah mintak maap.
Alahai.
Comel jer.

Lagi..urmm...
ha,tengok gambar nih.
*Sumber gambar:google*

Janji?
Awak janji tak bagitahu sape2 rahsia ni?
Janji tau,
Kite dah sep jari tadi.
ecece.
Dah abes pecaya lah kat kawan tu bila ikat janji,main sep2 jari cenggini.
:P

Lagi..
kalau korang terpijak kasut kawan,mesti korang bagi diorang pijak balik kasut korang kan.
Kononnye nak berlaku adil lah ni.
Sama2 kotor kasut tu.
[ke aku n budak2 skola aku je wat cam tu?:P]

*Sumber:Google*

haha.Siyes innesen.
Lagi bukti kite innesen time kecik2 dulu?
Ha..
Ingat tak term 'pengorek' pensel a.k.a pengasah pensel @ sharpener.

*Sumber:google*
Ok,ni pengasah pensil versi petak.
Dulu ade yang jenis bulat belakang ade cermin.
Penting wo cermin.
Lagi2 budak2 pompuan.
Nak betolkan tudung woo.
Bagi tajam muncung abes tudung wooO.
Ok,bukan pasal tudung,
aku taknak dcop perkauman wanita.
fiu~fiu~fiu~
:P
Sambung kisah pengorek pensel tadi ha.
Ingat tak...
Kalau ade kawan kite mawu pinjam kite cakap gini:
"Awak jangan tiup tau,nanti tumpul pengorek kite tu"
Ye2 oOo je tumpul kalau kite tiup.
Entah.
sampai sekarang aku tak pernah wat eksperimen la pulak.

Lagi..
Pensil warna.
Brand Luna.
Ada ingat??
heh!Ni gambar aku google lagi.
[Rajinkan aku,gagah g google gambo2 tu]

*Sumber:google*

Wah..pensil kaler luna ni kira mahal la dulu2.
So,kat kotak tu slalu tertulis.
"Tak boleh pinjam"
Aku ingat lagi.
Ade kawan aku wat gitu.
Dia bagi pinjam kt besfren dia je.
Heh!
Like I care.
Aku pon ade.
48 batang punye taw.
Aku pun agak kedekut nak bgi orang gune kaler Luna aku time tu.
Kalau kawan aku nak pinjam,aku selalu pesan gini:
"nanti letak balik tau kat tempat dia"
Sayang woo.
Santek2 kaler dia.
Haha.
Innesen ke kes kedekut nih?
[At least aku tak tulis tak boleh pinjam cam classmate aku tu]
:P

Lagi2~
Ingat tak :
"Alif Lam Lam Ha,siape curik dosa besar"
"Tipu dosa mati seksa,masuk neraka padan muka"
Ha....ewah2...kecik2 dah pandai kite kan cakap camni.
Tawu pon hukum2 nih.
Dah besar2 tak ingat pulak pesan2 cam ni ha.
Dudududududu~

Ok.
Setakat malam ni tu je yang leh aku recall balik memori2 lama.
Oh Ooh!
Rindu sangat kot kat zaman sekolah2 dulu.
Sweet2 je time tuh.
Tawu nak maennnnnnn je kannnnnn??
Heh.
Begitu lah kite suatu ketika dulu.
Mase kecik2 dulu.
Sangat innocent,
sangat lurus,
sangat sOk2 suci je hati tu kan.
:'P

Dah besar2 gini.
Pening.
Banyak benda nak pikir.
Oh.
Hidup ini tak pernah semudah yang kita harapkan.
Takpelah,
Hidup penuh ujian n cabaran,
barulah adventure!~[Norfa,2010]

Sekian saje kate2 kosong NoPa ari ini ye.
Mahu tidur.
It's 2.25 am ady.

Till then,
Cuddles and smoochies!!

Hey U!
Senyum lah sikit!!
[^_^.]v

Monday, December 13, 2010

Part 1 : Masa Kecik2 dulu~

Salam and good day readers.
How are you?
Burp!!
Alhamdulillah!
Heh!Sendawa plak!
Kenyang makan karipap.

First time wat sendiri ngan kengkawan.
Slalu tu duk kacau ibu je.
Ni aku uli tepung sendiri!!hee~

*Eksaited lebih lak*
Thanks Ipah,Syin,Dila!!
Lebiu all!
^_^
*Gambar Karipap ade kat my FB*
Ngeeeeeeeee~
Ok.
Entri aku ari ni takde kena mengena pon ngan karipap.
Mahupun tepung.
Apetah lagi resipi karipap yang boleh di google walau di mana saje anda berada.
Dah.
Jom.
Try recall memori lama.
Flashback balik.
Korang semua masih ingat tak?
Masa kecik2 dulu
Kita selalu mintak mak kite beli mainan dalam kotak2 nih.
Bila...
Kat tv ade keluar iklan mainan baru.
Tora datang lagi!
Dinnnnnnnnnng Dangggggg!
tak pun,
Jo Jo!
Alaaaa...
Yang ade muka cam popeye tuh.
Yang ade muke mirip2 wajah doremon tuh.
Yang ade burung kaler biru,badak kaler ijau ngan jirapah tuh.
ok,
ni lah yang aku maksudkan.
tadaaaa!
*Google*

Bila kenang balik zaman muda2 kanak2 dulu,memang sweet walau tah pape je.
Hihi.
Padahal dalam kotak tuh cume beskot coklet ngan mainan plastik made in China jer.
Kalau Jo Jo mahal siket lah,Dalam tu dapat sumi.
Mainan pon canggih sikit.
Aku ingat lagi.
Aku pernah dapat kipas mini bateri 3A.
Comel je,kaler ijau neon.
ngaaaaa~
Canggih la kan dapat kipas mini tuh.
:P
Haaa...
Lagi 1.
Sumi.

*Google*

Term "sumi', ingat lagi??
hihi~
Tah dari mana datang term SUMI ni.
Sumi tu jelly pudding ah.
Takkan tu pon dah lupe.
Ish,lama aku tak makan sumi.
Cam teringin lak.

Oh,
jom tengok zaman2 sekolah rendah.
Darjah 1,2,3,4,5 mahupun 6.
alah,time dah masuk sekolah menengah pon main lagi kot.

"Main tiang"
Lagi2 time rehat.
Heee~
Mengganggu lalu lintas kat susur gajah je kan.

*Susur gajah~google*

Jap,ingat tak 1 game ni nama "main jadik2"
Sorang 'Jadi' yang len lari bertempiaran.
Yang dapat dikejar si 'jadi' tadi dia pulak yg jadi 'Jadi'.
Ha..
mungkin sebab tuh nama game nih 'Jadi2' kot.
Tenngggg!
Hehehehe.
Sukati aku je bagi sebab musabab nama game tu.

lagi,
ha...ingat game 'Zero point'?
Yang gune getah tempe tu.
Lompat2 atas getah tu.
Aku pun ingat2 lupe cara maen and 'level' game nih.
Ni la getah tempe
*Sumber:Google*



Lagi zaman game yang aku pernah main zaman kecik2..
Urm2,"Lubang tikus"
ha..ingat tak? Ingat tak?
Yang men lompat2 ade halangan tangan pihak lawan tuh.
Ke haku je yang maen nih...
=.="


Plus,Sape tawu "Ceper"?
Yang tutup botol tuh...!
5 'biji' ceper tu kena timbang,kena jentik.
Aku fail sikit men ceper.
Heh.
Kalah ngan abang aku.
Takpe.
Logik sikit kalah ngan seorang abg kan.

niha ceper.
*Sumber gambar:Google*



Oh,banyak lagi kot aku nak recall.
Seronok sangat zAman kanak2 dulu.
Sweet child of mine gitu.
Hehe~
Indahnya zaman kanak2 kan.
Masa tu takde assignment.
Masa tu takde masalah.
Masa tu takde banyak sangat benda nak fikir.
Yang kita tahu main,main,main.
Indahnye time tu!!!
Banyak sangat nak share zaman2 dulu punya cerita ni.
Tapi cam malas nak menaip panjang2 malam ni.
Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeee~
So,aku wat tajuk entri ni Part 1 ok.


Till then,
Cuddles and smoochiess!


Hey U!
Senyumlah sikit!!
[^^,.]v