Salam and good day everyone...
Apa khabar orang Malaysia?
Apa khabar orang Jakarta?
How are you guys in UK?
Apa khabar orang Brunei?
Yang di Canada juga,How are you guys???
Haha..macam ramai sangat je readers beLog NorFa nih...taPi ni seMua readers yang Norfa tengok dari my traffic..so sebut jo la yep....(^^,.)"
Ok..my topic for today is :
"SYAHADAH GADIS ATEIS" by Imran Haaz
If readers seorang penggemar novel,Norfa percaya yang anda tahu tentang buku yang Norfa mahu katakan kat sini.
Harga novel ni cuma RM16 jer~cepat2,dapatkan 1 untuk koleksi peribadi anda!!(^^,.)
Bukan nak promote and bukan Norfa dibayar ye untuk tulis tentang buku ni,Norfa cuma Moa cakap tentang buku yang Norfa suka nie~=)
Before Norfa bercerita lebih panjang tentang novel ni,jom baca tag line dia dulu :
"Semua orang bercakap mengenai Tuhan. Tuhan itulah, Tuhan inilah. Semua orang mahu saya menyembah Tuhan. Tetapi, saya tidak akan menyembah Tuhan yang saya tidak kenal dan nampak. Buktikan Tuhan itu ada!"
Selaras dengan tajuk novel,ateism ialah suatu fahaman tentang ketidakpercayaan seseorang tentang kewujudan tuhan.Rini,adalah watak gadis ateis dalam novel nie..Seorang yang berpelajaran tinggi tapi tidak percaya kewujudan tuhan. Alasannya?? Dia bersungut kerana dia merasakan tuhan tidak adil dan mepersoalkan mengapa tuhan tak pernah memakbulkan doanya.
Norfa suka novel nie sebab novel nie adalah novel dakwah namun ditulis dan diterbitkan dalam cara yang santai dan tidak memerlukan pemikiran yang terlalu berat. Segala persoalan tentng agama Islam dijawab oleh seorang pemuda dari sebuah universiti yang pemakaiannya langsung tidak menggambarkan ilmu yang ada padanya kerana perwatakannya dalam novel ini dikatakan seperti seorang 'rockers' dengan gitar kapaknya gitu..haha...Ingat rock2 tak pandai agama ke kawan??aiyaaaa~DOn't judge a book by its cover ya!!(^_^)
Salah satu part yang menarik dalam novel ni ialah tentang kepentingan kebersihan dalam makanan kita Telur ayam perlu dibasuh sebelum kita guna ya kawan-kawan. Norfa percaya masih ada segelintir antara kita memandang remeh benda ni. Hakikatnya setiap perbuatan kita itu perlu dijaga hinggalah ke soal pemakanan agar iman juga tetap terjaga.(^_^)
Novel ni terbahagi mengikut bab dan setiap bab menjawab persoalan agama yang insyaAllah boleh membantu kita meningktkan kefahaman dan kepercayaan kita pada Islam. Contohnya:
Bab 1 : Mengapa saya perlu menyembah Allah?
Bab 2 : Saya tidak akan menyembah tuhan yang saya tak nampak. Buktikan Allah itu ada!
Bab 3 : Mengapa Allah dan bukan Tuhan yang lain?
Bab 4 : Mengapa Allah tidak memakbulkan doa saya sedangkan ada janjiNya yang Dia akan memakbulkan doa hambaNya?
Itu adalah antara persoalan yang ada dalam novel nie..Menarik kan? Ada 13 bab semuanya. Sedikit sebanyak, buku ini boleh dijadikan panduan sekiranya kita berhadapan dengan persoalan dari mereka-mereka yang ingin mempersoalkan tentang Islam.
Owkey, jom baca komen-komen mereka yang berpengalaman dalam bidang penulisan pula:
"Padat tetapi menarik. Emosi tetapi berintikan dalil. Inilah novel wacana Islami yang jarang-jarang sekali kita temui dalam dunia persuratan tanah air."
-Zaid Akhtar, Novelis Salju Sakinah-
“Membaca kisah Syahadah Gadis Aties membuatkan anda tidak berhenti berfikir. Perbincangan yang berlaku antara Rini dan Nizam membawa pembaca ke dalam pengembaraan minda yang mempesonakan. Rini, seorang gadis yang tersesat jalan dan terpenjara dalam tembok persoalan. Nizam, pemuda yang membawa jawapan dan bukti-bukti kewujudan Tuhan. Beberapa perkara yang tidak pernah saya fikirkan dicetus dan diberikan jawapan dengan analogi yang mudah dan berkesan. Ia benar-benar dramatik.”
- A.Ubaidillah Alias, Novelis Warkah Cinta Berbau Syurga-
“Bukan novel biasa, bukan buku soal jawab agama tipikal. Syahadah Gadis Aties adalah manual bahasa mudah seorang Muslim yang diekstrak dari manual agung, al-Quran. Buku pemantapan akidah yang dipermudahkan cara penyampaian ini adalah bacaan wajib bagi setiap Muslim tanpa mengira umur, kedudukan, pangkat dan tingkatan ilmu.”
-Nur Zarawati binti Mohd Zain, Pengarah Urusan Zaratech Enterprise-
Ha..demikian adalah antara komen dari mereka yang berpengalaman. Norfa nak tunjuk lah novel Norfa:
Taaadaaaa!
Sekian saja untuk hari ni ya...Selamat membaca....(^^,.)
Salam ceria dan salam 1 Malaysia..
Hey kamu!!
Senyumlah sikit!!
(^______________^.)
3 comments:
mcm best je??best tk??
best3....^_^
nak baca novel ni.bf sy,dia seorang malay athies.sometimes hubungan kami pun jadi susah jgk sbab perbezaan ni.sedih lihat dia yg x mampu nk kenal tuhan spt mana kita (muslim) knal tuhan kita
Post a Comment